Tuesday, February 26, 2008

Kerna Terpaksa

Kengkadang pernah tak korang buat satu-satu benda sebab terpaksa? I bet most of us did. As simple as going to work right? Apsal aku cakap omputeh plak? Wokeh.... saja la nak cerita aku sekarang ni memang tengah sibuk tahap gaban sebab terlibat ngan pilihanraya ni secara langsung. mana nak kejar kerja pejabat yang dah pastinya menimbun dan melayan orang awam dan peguam2 yang berurusan dengan unit aku ni. Dokumen yang perlukan signature pun dah melimpah ke bawah meja dah. Kalaula aku layak pakai signature yang cop tuh... waaahhhhh syiok kan. Campur plak ngan meeting OSC yang 2 kali sebulan ngan operasi menyelesaikan tunggakan kerja tanah lagik huhuhuhu... aku pun heran camne aku boleh senyum jek sepanjang hari. Balik rumah pengsan!
Hari penamaan calon Ahad lepas memang satu keterujaan untuk aku sebab first time ni. Macam2 perangan penyokong ada. Yang terpitam pun ada jugak sebab panas kan. Aku sampai Pusat Penamaan Calon pagi limun. Lalat pun tak bangun tidur lagik. Tu pun dah berduyun abang ngan pakcik polis. Aku tengok macam nak sama banyak ngan penyokong plak muahahaha..
Masa proses pun seronok tengok. Masa ni la boleh tengok calon ngan pencadang/penyokong berpeluh dahi takut pencalonan ditolak pegawai pengurus. Masa ni memang besar la power Pegawai Pengurus tuh. Siap cakap lagik "nikah pun tak suspen camni, kalau salah boleh gak ulang.. ni kalau salah habis laaaa...."masa dia nak announce keputusan pencalonan.
Sebelah petang ada meeting ngan calon dan ejen calon plak. Ok la.... aku pun bentangkan la sikit2 keperluan aku dan disebabkan mereka ni tertakluk pada power Pegawai Pengurus maka kata2 aku pun diangguk-anggukkan la....
Habis dah cerita kerja terpaksa nih...
Alhamdulillah semalam masa tengok gaji, pelarasan dah dibuat dan dapatla areas sikit. Rezeki untuk anak2. Boleh la simpan lebih sikit start bulan ni. Abang kata boleh la adneen beradik lagik. Aku kata boleh...... boleh blah! Kurang2 kena la susukan adneen 2 tahun. Lepas tu boleh cerita.
Adneen demam sekarang ni. Makan pun tak nak. Badan pun susut sikit. Nak belajar berjalan plak agaknya. Susu pun dalam 9oz je sepanjang aku kerja. Biasanya 12 - 15oz. Takperla.. janji milestones ikut progress sudah.
BIRTHDAYNYA SI ABANG LONG
Kami sekeluarga nak menjemput rakan-rakan blogger sekelian ke majlis hari lahir Arief yang pertama walaupun dah 4 tahun..jemputla datang kalau ada kelapangan ye..
Tarikh : 29 Februari 2008
Tempat : Lot 3986 Jalan Benteng Lama Kanan, Kampung tok Muda, 42200 Kapar, Klang
Masa : 8.00 Malam
Senang je nak sampai... hala je ke Kapar atau Kuala Selangor. Tepon jek aku 013-2680495. Nanti ada peta aku tampal la ok.

Thursday, February 21, 2008

Pictures only












Pilihanraya dan aku

Semua cerita pasal pilihanraya aku pun nak jugak...
Ini tahun kedua aku mengundi. Tahun 2004 dulu aku mengundi masa dalam pantang. Baru 20 hari bersalin. Ada kereta amik kat rumah dan hantar semula. Potong barisan lagik. Dalam setengah jam aku dah sampai rumah balik. Mak aku pun hepi la pasal tak payah beratur. Memang macam pesta tempat mengundi tu. Macam2 gerai ada.
Tahun ni aku mengundi di tempat yang sama macam 4 tahun lepas. Cuma bezanya tahun ni aku terlibat secara langsung sebagai petugas pilihanraya kat tempat aku bekerja ni la. Memang diberi pilihan untuk undi pos tapi aku akan mengundi cara biasa jugak. Akan potong barisan jugak gunakan pas petugas sebelum berkejar ke opis. Pengalaman best jugak walaupun aku dah start sibuk uruskan permohonan undi pos untuk petugas2 pilihanraya parlimen ni. Eye opener jugak la.
Kalu bercakap pasal nak undi siapa, mana yang boleh percaya, kerajaan bagaimana nak bentuk dan segala macam idealism yang dijual parti2 bertanding. Aku cuma boleh duduk tepi dan tengok/dengar. Kena la neutral. Cuma yang menjadi concern aku ialah fahaman ikut-ikutan kebanyakan orang kita. Dengar sana percaya, dengar sini percaya, pegi la pukul canang sini sana tanpa tau cerita sebenar. Yang lain bila dengar plak, tak tau hujung pangkal terus buat telahan sendiri. Kebanyakan yang ikut demonstrasi dan sebagainya pun sebab ikut-ikutan jer lah. Berbaloi ke kalau kena tindakan undang2. Mungkin orang cakap berbaloi untuk perjuangan. Tapi pada aku berbaloi kalau kena pada landasannya. Tau apa outcome dan consequencesnya. Kesian isteri dan anak2 jadi mangsa kan. Fikirlah panjang2 dan dalam2 sebelum buat apa pun.
Habis pasal pilihanraya..... Ahad lepas amik abang kat Concorde Shah Alam lepas Le Tour de Langkawi habis. Sempat jumpa Anuar Manan. Seronok sangat anak aku tuh sebab lama dah tak jumpa Uncle Nuar. Glamer la skrg aku cakap kat dia. Risau la awek ko Nua oiiiii...
Sempat jugak jumpa kengkawan commissaire abang. President Commissare tahun ni rupanya Timbalan Menteri Pelancongan Astonia. Memang selamba jek Mr. Madis tuh. Dia takbawak pun title menteri dia. Very professional. Lepas jumpa kengkawan lain dan borak2 kami pun balik. Kesian anak dara aku tinggal ngan nenek dia. Sampai rumah dia dah tidur pun.
MInggu depan aku akan bizi tahap gaban sebab penamaan calon dah settle da kerja2 undi pos akan sangat banyak. Abang akan balik sini semula masa birthday Arief yang akan aku sambut buat kali pertama nih (eksited sungguh) Aku cadang nak jemput kengkawan blogger yang dekat2 ke rumah. InsyaAllah. Nanti aku extend jemputan ek...
Dah petang ni, nak balik dah... letih laaaaa

Monday, February 11, 2008

Cecampur

Lagi satu entry tertunda... aku kan sibuk ehehehe...
Wokeh.. minggu ni a fresh start lepas 4 hari bercuti panjang. Aku cuma lepak je kat rumah jaga anak. Hari Sabtu je menghantar pengantin ke Sekinchan. Cadangnya nak balik Kuantan tapi abang involve ngan Le Tour de Langkawi. As usual la kan. Tahun ni jadi motor judge. So kalau memalam aku bukak TV 1 tengok laporan harian tu akan nampak la muka dia kat tempat sprint ngan dakian. Suka sangat anak teruna aku tengok ayah dia.
Hari ni stage ke 3. Akan lalu depan rumah aku kat Kapar tu sebelum habis kat Banting. ASbang tanya gak kalau aku boleh lepak kat 3rd sprint tu. Aku ada meeting la plak petang ni.
Minggu ni jugak berakhirla aku menanggung kerja pegawai yang berkursus tu. Alhamdulillah. Lega sikit aku. Boleh concentrate kat unit sendiri yang macam sedikit terbiar sejak 6 bulan lepas. Aku seronok jugak sebab pembaharuan yang aku buat melibatkan proses kerja kelulusan pindahmilik dan gadaian tanah, Insyaallah akan digunapakai di seluruh Selangor. Sekarang ni dalam pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri. Such a nice feeling..... Errrr.. boss.. tahun ni cemerlang la ek...
Aku cadang nak sambung belajar tahun depan. Hopefully LNPT aku melayakkan aku untuk pergi ke luar negara. Aku pasang angan-angan nak ke UK. Alang-alang nak mintak biasiswa kan, baik ke sana. Kursus apa tak tau lagi. Arief tahun depan dah 5 tahun. By the time aku balik sini, dia dah ngam-ngam masuk darjah 1. Mungkin produce satu lagi kat sana? muahahahaha. Itu cuma perancangan. Tengok la camne.
Anak2 aku sihat alhamdulillah. Arief macam biasa la. Abang yang lasak tapi manja. Susu masih la 5 tin sebulan. Dok mengaruk nak basikal baru (yang aku akan belikan jugak sebab basikal sekarang dah nampak kecik). Lutut dah nak belaga ngan handle. Dah tinggi anak aku. Buleh la plak cakap nak basikal macam uncle Nua. Hadoi nak... basikal uncle Nua tu kurang-kurang 15 ribu hengget nak oiiiii...
Adneen dah aku bagi finger food. Bite size biscuit, fruits, apa saja la yang aku makan. Biar dah besar tak memilih. Somehow kelebihan budak yang menyusu badan ni, dia mudah terima makanan orang dewasa. Alhamdulillah, senang ibu. Cuma dia batuk sikit. Tak per, bawak pi klinik pun doktor cakap paru2 dia ok jer. EBM sekarang ni cuma dalam 9oz jek dia minum sepanjang aku kerja. Sibuk sangat buat benda lain la tu.
CERITA LAIN PLAK
Pepagi dalam perjalanan kerja aku akan dengar radio (obviously!) kengkadang aku dengar Hot FM Morning Crew, kengkadang Fly FM Pagi Show. Stesen melayu guna bahasa omputeh, stesen omputeh guna bahasa melayu untuk tajuk slot mereka..... morning crew v/s pagi show.. Somehow aku suka plak "Pagi show" tu. Very the malaysian english lah! The way the deejays speak.. very syiok... sebab very la the original manglish. I like...
Benda yang sama gak aku selalu cakap kat adik aku.. maglish pun ok untuk belajar cakap omputeh. tak perlu la guna Queen English. Kita bukan dok kat Britain. Jani orang paham sudah la. Lain la untuk tujuan pembelajaran. Yang tu kena la bebetul sket. Tapi slang2 ni tak payah la nak tiru2. Memang buruk bunyinya. Very fake I tell you. Just stick to our root. Aku pun janji grammar tak berterabur sudah la masa bercakap secara formal. Setakat cakap ngan member2 aku lagi suka guna manglish. You know la... very informal kan.
Nak pi sarapan plak la.....chow...

Friday, February 01, 2008

Siaran Tertunda

Dah masuk bulan kedua tahun 2008. Kejap jek kan. Bulan ni memang aku tunggu2 sangat semenjak 4 tahun lepas sebab bulan ni ada birthday pertama anak sulung aku. Lepas tu 4 tahun lagi la kalau nak celebrate pun.
Well... kalau dah tajuk siaran tertunda maka akan aku siarkan la aktiviti2 minggu lepas.
Balik dari Palace of Golden Horses tu aku siap2 packing dah untuk balik Kuantan. Bertolak balik dalam 8.30 malam sebab kalau bertolak awal pun sure lekat kat jem la kan. Aku hangkut mak ngan adik aku sekali. Berhenti kat Gombak isi minyak dan bagi anak dara aku susu. Perjalanan smooth jer, aku pun bawak slow sebab hujan. Lagi 1 km nak ke R&R Temerloh ada roadblock speedtrap. Masa tu pukul 11.00 malam dah. Memalam pun ada speed trap ngkauuuuuu. Aku kan pemandu berhemah so lepas laaa. Berenti kat Temerloh kejap bagi Adneen susu dan terusla sampai Kuantan. Pukul 12.30 dah masa tuh. Masuk rumah zzzzzzzzz
Hari Sabtu cuma sesi santai menyantai jer la. Bagi ayah memain ngan anak2. Sarapan pun adik ipar aku beli. Baguih la ekekekeke. Sebelah petang aku jenjalan bawak anak2 pegi Esplanade. Sebelah malam pun pegi sana jugak jenjalan sambil tengok pertandingan memancing.
Hari Ahad pukul 3.30 aku balaik Klang. Saja balik awal sikit sebab takut jem. Sebenarnya aku nak tengk Juara Lagu muahahaha. Pada aku ok jer penganjuran tahun ni. Penyampai pun so and so jek sebab banyak lawak tak jadi. Persembahan banyak yang stereotaip. Lagu yang menang somehow aku dah boleh agak. Cuma aku jangka Izinkan Ku Pergi akan menang tahun ni.
Isnin pegi MAPPA. Yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak la frust. Pada aku kalau ada rezeki dapat la. Kalau tak maka takde la. As simple as that. AKu pun dah cukup bersyukur sebab bulan depan aku akan dapat gaji baru sebab surat pemangkuan jawatan dah dapat. Plus areas sebulan tu bolehla aku setelkan mana yang patut. Ada gak pegawai atasan aku cakap "untung pegawai sekarang ni, muda2 dah dapat gaji banyak, I dulu berbelas tahun baru nak dapat" Aku cuma cakap alhamdulillah, rezeki anak2. Kena la jugak ingat kan... berbelas tahun dulu jumlah yang aku dapat tu amatla banyak berbanding sekarang ni.
Petang ni Dato' SUK nak datang melawat. Aku kena kemas bilik nampak cantik sket la nampaknya. Fail2 kena atur bagi kemas. Kalu tak aku plak yang kena berkemas pindah tempat lain huhuhu
Adneen dah boleh berdiri dan menyusur dinding. Nampaknya tak merangkak la anak dara aku tu. Macam abangnya jugak. Makan pun kurang sekarang ni. Sibuk sangat explore dunia baru dia tu. Gigi masih 4 batang. Mulut pun tak reti diam la. Oh ya... 2 hari lepas dia jatuh katil Jerit sekejap je, apstu gelak balik. Jendul jugak la kepala tuh. So mak aku sudah keluar amaran... leas ni tidur kat bawah jer. Jadi aku sebagai anak yang taat turunkan la tilam tidur atas lantai jek.
Nak berkemas.... Dato' SUK nak datang!