Monday, February 11, 2008

Cecampur

Lagi satu entry tertunda... aku kan sibuk ehehehe...
Wokeh.. minggu ni a fresh start lepas 4 hari bercuti panjang. Aku cuma lepak je kat rumah jaga anak. Hari Sabtu je menghantar pengantin ke Sekinchan. Cadangnya nak balik Kuantan tapi abang involve ngan Le Tour de Langkawi. As usual la kan. Tahun ni jadi motor judge. So kalau memalam aku bukak TV 1 tengok laporan harian tu akan nampak la muka dia kat tempat sprint ngan dakian. Suka sangat anak teruna aku tengok ayah dia.
Hari ni stage ke 3. Akan lalu depan rumah aku kat Kapar tu sebelum habis kat Banting. ASbang tanya gak kalau aku boleh lepak kat 3rd sprint tu. Aku ada meeting la plak petang ni.
Minggu ni jugak berakhirla aku menanggung kerja pegawai yang berkursus tu. Alhamdulillah. Lega sikit aku. Boleh concentrate kat unit sendiri yang macam sedikit terbiar sejak 6 bulan lepas. Aku seronok jugak sebab pembaharuan yang aku buat melibatkan proses kerja kelulusan pindahmilik dan gadaian tanah, Insyaallah akan digunapakai di seluruh Selangor. Sekarang ni dalam pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri. Such a nice feeling..... Errrr.. boss.. tahun ni cemerlang la ek...
Aku cadang nak sambung belajar tahun depan. Hopefully LNPT aku melayakkan aku untuk pergi ke luar negara. Aku pasang angan-angan nak ke UK. Alang-alang nak mintak biasiswa kan, baik ke sana. Kursus apa tak tau lagi. Arief tahun depan dah 5 tahun. By the time aku balik sini, dia dah ngam-ngam masuk darjah 1. Mungkin produce satu lagi kat sana? muahahahaha. Itu cuma perancangan. Tengok la camne.
Anak2 aku sihat alhamdulillah. Arief macam biasa la. Abang yang lasak tapi manja. Susu masih la 5 tin sebulan. Dok mengaruk nak basikal baru (yang aku akan belikan jugak sebab basikal sekarang dah nampak kecik). Lutut dah nak belaga ngan handle. Dah tinggi anak aku. Buleh la plak cakap nak basikal macam uncle Nua. Hadoi nak... basikal uncle Nua tu kurang-kurang 15 ribu hengget nak oiiiii...
Adneen dah aku bagi finger food. Bite size biscuit, fruits, apa saja la yang aku makan. Biar dah besar tak memilih. Somehow kelebihan budak yang menyusu badan ni, dia mudah terima makanan orang dewasa. Alhamdulillah, senang ibu. Cuma dia batuk sikit. Tak per, bawak pi klinik pun doktor cakap paru2 dia ok jer. EBM sekarang ni cuma dalam 9oz jek dia minum sepanjang aku kerja. Sibuk sangat buat benda lain la tu.
CERITA LAIN PLAK
Pepagi dalam perjalanan kerja aku akan dengar radio (obviously!) kengkadang aku dengar Hot FM Morning Crew, kengkadang Fly FM Pagi Show. Stesen melayu guna bahasa omputeh, stesen omputeh guna bahasa melayu untuk tajuk slot mereka..... morning crew v/s pagi show.. Somehow aku suka plak "Pagi show" tu. Very the malaysian english lah! The way the deejays speak.. very syiok... sebab very la the original manglish. I like...
Benda yang sama gak aku selalu cakap kat adik aku.. maglish pun ok untuk belajar cakap omputeh. tak perlu la guna Queen English. Kita bukan dok kat Britain. Jani orang paham sudah la. Lain la untuk tujuan pembelajaran. Yang tu kena la bebetul sket. Tapi slang2 ni tak payah la nak tiru2. Memang buruk bunyinya. Very fake I tell you. Just stick to our root. Aku pun janji grammar tak berterabur sudah la masa bercakap secara formal. Setakat cakap ngan member2 aku lagi suka guna manglish. You know la... very informal kan.
Nak pi sarapan plak la.....chow...

No comments: