Dah masuk bulan kedua tahun 2008. Kejap jek kan. Bulan ni memang aku tunggu2 sangat semenjak 4 tahun lepas sebab bulan ni ada birthday pertama anak sulung aku. Lepas tu 4 tahun lagi la kalau nak celebrate pun.
Well... kalau dah tajuk siaran tertunda maka akan aku siarkan la aktiviti2 minggu lepas.
Balik dari Palace of Golden Horses tu aku siap2 packing dah untuk balik Kuantan. Bertolak balik dalam 8.30 malam sebab kalau bertolak awal pun sure lekat kat jem la kan. Aku hangkut mak ngan adik aku sekali. Berhenti kat Gombak isi minyak dan bagi anak dara aku susu. Perjalanan smooth jer, aku pun bawak slow sebab hujan. Lagi 1 km nak ke R&R Temerloh ada roadblock speedtrap. Masa tu pukul 11.00 malam dah. Memalam pun ada speed trap ngkauuuuuu. Aku kan pemandu berhemah so lepas laaa. Berenti kat Temerloh kejap bagi Adneen susu dan terusla sampai Kuantan. Pukul 12.30 dah masa tuh. Masuk rumah zzzzzzzzz
Hari Sabtu cuma sesi santai menyantai jer la. Bagi ayah memain ngan anak2. Sarapan pun adik ipar aku beli. Baguih la ekekekeke. Sebelah petang aku jenjalan bawak anak2 pegi Esplanade. Sebelah malam pun pegi sana jugak jenjalan sambil tengok pertandingan memancing.
Hari Ahad pukul 3.30 aku balaik Klang. Saja balik awal sikit sebab takut jem. Sebenarnya aku nak tengk Juara Lagu muahahaha. Pada aku ok jer penganjuran tahun ni. Penyampai pun so and so jek sebab banyak lawak tak jadi. Persembahan banyak yang stereotaip. Lagu yang menang somehow aku dah boleh agak. Cuma aku jangka Izinkan Ku Pergi akan menang tahun ni.
Isnin pegi MAPPA. Yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak la frust. Pada aku kalau ada rezeki dapat la. Kalau tak maka takde la. As simple as that. AKu pun dah cukup bersyukur sebab bulan depan aku akan dapat gaji baru sebab surat pemangkuan jawatan dah dapat. Plus areas sebulan tu bolehla aku setelkan mana yang patut. Ada gak pegawai atasan aku cakap "untung pegawai sekarang ni, muda2 dah dapat gaji banyak, I dulu berbelas tahun baru nak dapat" Aku cuma cakap alhamdulillah, rezeki anak2. Kena la jugak ingat kan... berbelas tahun dulu jumlah yang aku dapat tu amatla banyak berbanding sekarang ni.
Petang ni Dato' SUK nak datang melawat. Aku kena kemas bilik nampak cantik sket la nampaknya. Fail2 kena atur bagi kemas. Kalu tak aku plak yang kena berkemas pindah tempat lain huhuhu
Adneen dah boleh berdiri dan menyusur dinding. Nampaknya tak merangkak la anak dara aku tu. Macam abangnya jugak. Makan pun kurang sekarang ni. Sibuk sangat explore dunia baru dia tu. Gigi masih 4 batang. Mulut pun tak reti diam la. Oh ya... 2 hari lepas dia jatuh katil Jerit sekejap je, apstu gelak balik. Jendul jugak la kepala tuh. So mak aku sudah keluar amaran... leas ni tidur kat bawah jer. Jadi aku sebagai anak yang taat turunkan la tilam tidur atas lantai jek.
Nak berkemas.... Dato' SUK nak datang!
No comments:
Post a Comment