Aku mula kerja hari ni setelah berjaya minta cuti ngan boss beberapa minit selepas pengumuman keputusan pilihanraya tempat aku bertugas. Batuk dan selsema menghantui aku sekali lagi akibat bertugas daripada 6 pagi 8 Mac 2008 hingga 4 pagi 9 Mac 2008 non-stop. Indeed a tiring work! but an interesting one being an assistant returning officer. Sempat jugak aku pi mengundi kejap.
Aku dulu pun agak skeptikal dengan perjalanan pilihanraya ni. Ye la lepas disogokkan dengan macam2 cerita dari macam2 media kan. Tapi lepas sendiri kena bertugas. Aku boleh kata memang transparent la pilihanraya ni dari segi perjalanan pengundian dan pengiraan undi. Aku tak katayang lain ek.. aku cuma kata perjalanan pengundian dan pengiraan undi.
Aku kata camtu sebab semua yang dibuat adalah dihadapan ejen semua calon yang bertanding, keputusan pengiraan dibuat, dicatat dan ejen calon pun dapat salinan keputusan. Siap metrei perekat keselamatan. Dan sampul tu plak aku buka untuk rekod dalam score sheet di pusat penjumlahan undi depan ejen calon jugak yang witness dan sahkan nombor perekat tu sama. Perekodan pun depan semua yang hadir yang ditayangkan di skrin besar.
Sebab tu aku kata transparent. Kot ada jugak unsur penipuan aku tak tau la... aku bercakap atas pengalaman aku sendiri jadi Penolong Pegawai Pengurus.
Incident yang buat aku naik hangin pun ada jugak. Memang tak dinafikan lambat bos aku announce pemenang sebab nak tunggu pengesahan SPR negeri. ejen calon ngan penyokong2 ni dok hurung kami marah2 komplen2 sebab tunggu lama. Abis kami ni yang bertugas sejak pembubaran parlimen dan hari mengundi ni 24 jam tak tidur, kurang makan, tak sempat mandi pun legi layak cakap penat tau! Aku direct jek sound calon Parlimen PK* (dah menang pun dia) "Macam ni ke kelakuan bakal pemerintah? Tunggu beberapa jam pun tak sanggup, marah2 tak sabar. Macammana encik nak memimpin kerajaan? macammana encik nak kami penjawat awam ni bekerja untuk encik sepenuh hati? Kalau encik penat, kami lagi penat bertugas. Kami tau encik dah menang dan tak sabar nak celebrate. Tapi kalu dah SPR tak beri green light kami boleh buat apa? Encik dari PK* tu blah bodoh jek.....
Dah isytihar pukul 3.17 pagi, mujur dia datang balik dan ucap terima kasih. Aku bukan apa... tunjuk la perangai elok sikit kalau dah dipilih mewakili golongan marhaen macam aku ni.
Tengahari tadi Big Boss panggil semua untuk taklimat. Aku dah agak apa yang akan dikatakan. Surely pasal penjawat awam yang terikat dengan kerajaan of the day. Stay apolitical. Aku setuju. Aku kerja kat Selangor kan... first time tampuk pemerintahan negeri bertukar tangan mestila ramai yang cuak. Kerajaan pun tak tubuh lagi.. macam2 boleh berlaku kan.... kalau Perak setuju ngan kerajaan campuran.. tak semestinya ia berkalu di Selangor kan... mana tau parties involved decided to form an unsuspected coalition plak...polisi mungkin berubah but the fact that sebagai penjawat awam.. kami tetap menurut perintah to serve the public...
Big Boss kata... kita lantikan federal.. kalau state government decided nak guna semua state officer... kita balik federal laaaaa...
Personally I'm up to the wind of change. It's so true that the hardest thing in life is to accept change. Give the new formed government to prove their capabilities. Hopefully they stick to the manifesto.... I surely want a 3 months maternity leave, RM 75 nursery subsidy per head, 20% cut on cukai pintu, free first 20 cubic meter water usage every month... among other things.....sounds delicious aint it?
Wait and see.... judge and give score and finally make decision another 4 - 5 years...
Apsal aku cakap omputih?
No comments:
Post a Comment