Monday, March 03, 2008

HAPPY BIRTHDAY !!!!

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD MIFDZAL ARIEF BIN MAZLAN

Lambat aku buat posting ni. Dek kerana sibuk tahap dewa menguruskan undi pos bagi Parlimen tempat aku bertugas. Anyway entry ni untuk anak sulung aku yang birthdaynya cuma sekali dalam masa 4 tahun.....

Masa mengandungkankan arief, memang ibu rilek sungguh. Takde loya, takde pening dan cuma sekali tu teringin nak makan ikan pekasam. Other than that takde la. Masa bersalin pun alhamdulillah Allah permudahkan. Ibu sakit dalam 6 jam je sebelum bersalinkan Arief.
Membesarkan Arief pula memang satu cabaran yang amat la berat. Sampai sekarang ibu pun masih pelik camne ibu boleh survive ehehehe. For a start Arief ni ada bronchitis dan alah laktosa. Selalu pulak projectile vomitting. Badan pun keding je. Walaupun camtu ibu tetap usaha breastfeed dia sepenuhnya sampai la dia setahun lebih sebelum ibu buat Diploma Pengurusan Awam. Sekarang ni kalau tengok tak sangka la budak keding dulu tu dah besar gedabak.


Sejak kecik dah selalu kena tinggal ngan ibu. For a start, masa 10 bulan sebab terima jawatan ngan kerajaan. Lepas tu terus tinggal asing sebab ibu bertugas di Putrajaya dan buat Diploma. Lepas diploma pun masih tinggal berasingan sampaila Ibu ditukarkan ke SUK Selangor, which is April last year. Jom kita kira ya.... daripada bulan 12 2004 sampai bulan April 2007. Ibu sedih jugak sebab terlepas banyak milestone Arief. Mujur ada nenek tolong jagakan Arief untuk ibu.

Selalu jugak ibu menangis ingatkan keluarga kecil kita yang tak duduk bersama ni, lebih lebih lagi masa ibu mengandungkan adik Adneen. Ibu kat Putrajaya, Ayah kat Kuantan, Arief pulak dengan nenek kat Klang. Ibu selalu doa moga anak ibu ni ingat pengorbanan ibu dan ayah dia.Alhamdulillah , anak ibu ni cerdik dan pandai bawa diri dia. Ibu bersyukur sebab dipilih untuk jadi ibu pada Arief. Ibu bangga sebab dapat susukan arief hampir 2 tahun. Ibu pun suka sebab anak ibu ni sayang pada adiknya.

Sempena hari lahir Arief yang ke-empat ni, Ibu berdoa agar Allah pelihara Arief dari sebarang kejahatan, Allah permudahkan kehidupan Arief, Allah beri kesihatan pada ibu dan ayah untuk tengok Arief membesar jadi anak yang soleh.

Tahun depan dah nak sekolah.Ibu dan ayah takde harta untuk Arief. Ibu dan Ayah cuma ada nasihat dan usaha untuk beri Arief pendidikan yang baik untuk bekal Arief bila besar nanti. Supaya bila kami tua nanti ada tempat untuk kami menumpang kasih anak2. Supaya bila kami tiada lagi nanti ada doa yang dikirimkan pada kami.

Ibu dan ayah tak harap Arief jadi orang terhebat dalam negara, cukupla kalau jadi orang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan berbuat baik sesama sendiri. Ibu akan rasa cukup bangga.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE EMPAT. SEMOGA ANAK IBU NI MEMBESAR DENGAN BAIK DALAM LINDUNGAN ALLAH.


Uncle-uncle Le Tua pun ucap Selamat Happy Birthday kat Arief... Uncle Rahim, Uncle Nua, Uncle Yen, Uncle Nawi, Uncle Mali ngan Uncle Bujo... Uncle Awie tak dapat datang.....baik derang kan, dalam pada kena bergegas ke Shah Alam ada dinner raikan Uncle Nua menang Raja Pecut masa Le Tour De Langkawi baru ni pun derang sanggup pecut dulu ke rumah kita sebab nak sambut birthday abang.. Sok-sok ada masa kita pegi rumah derang ....

No comments: