Friday, April 18, 2008

Expressed Breast Milk

Got a call yesterday, from a friend who is enthusiastic to try to exclusively breastfeed her coming baby. A lot of questions and I'm gonna put it here for the benefit of all. Maybe some of these question have lingered in our mind kan.

Camne nak buat stok biar baby cukup?
Kena start simpan stok masa dalam pantang lagi. Angah start masa baby umur 1 bulan. Sehari perah dalam 6oz but depends jugak banyak mana kita boleh. Yang penting kena collect milk in between feeding la. Angah biasa buat masa subuh dan masa baby tidur lama.

Nak simpan dalam apa?
Angah simpan dalam bekas plastik yang biasa orang isi dadih tu. Boleh jugak isi dalam plastik untuk breastmilik macam playtex, dalam botol pun boleh cuma takut peti sejuk tak muat la. Then labelkan tarikh masa collect tu supaya kita bolehbuat sistem FIFO (first in fisrt out)

Jumlah dalam bekas?
As for my babies, angah simpan 3oz satu bekas. Not to much sebab sekali feeding je kan. Kalau banyak nanti tak habis sayang plak.

Pakai pump ke manual?
Angah guna 2 pump Medela. Harmony manual ngan medela electric double pump. Jenama lain pun ok jugak macam Avent ngan spectra. Memang agak mahal tapi worth the money I spent.

Botol ngan puting?
Botol angah guna medela ngan spectra polypropelene bottles yang bebas BPA. Sebab bila kita hangatkan susu takut chemical akan serap kat susu. Puting depends on our child's preference la. Masa Arief guna pigeon. Tapi Adneen sekarang guna NUK. Cuma kena ingat masa memula nak kenalkan botol biarla lepas sebulan lebih umur dia sebab nak elak nipple confusion. nanti kalau dia dah sedap guna puting botol tak nak plak nenen ibu sebab puting biasa ni easy flow compared to effort he has to make to suck mum's milk.

Lama tak boleh tahan?
Kalau dalam freezer biasa tu up to 3 months. Dalam fridge dalam 3 hari dan suhu biasa dalam 5 jam. Depends jugak suhu luaran tu berapa. But rule of thumb kalau susu tu berbau masam kena discard la. Dan susu yang dah nyahbeku tak boleh dibekukan semula.

Camne nak bagi bb EBM?
Kalau nak guna yang beku, letakkan susu beku tu kat ruangan bawah fridge sebelah malamnya supaya boleh cair. Susu ni tahan dalam 24 jam lepas dinyahbeku. Yang angah buat ialah alih susu ke dalam botol dan panaskan untuk baby minum. Sekarang ni ada jual alat untuk panaskan susu. Dulu rendam jer la. Jangan masak atas dapur ye.

Nak pam kat office camne?
Lain orang lain jadualnya dan lain jugak amount yang diperolehi. Susu pun ada pasang surutnya bergantung pada si ibu punya pemakanan dan emosi jugak. Angah pam 3 kali dalam pukul 10, pukul 1 dan pukul 4. Kat dalam bilik jer. Juat made known to your kengkawan and boss yang you ni BF mom so dalam 3 waktu tu memang orang tak kacau.

Jumlah plak... masa memula kerja lepas pantang memang banyaaakkkk tapi makin lama body makin adjust dengan keperluan baby secukupnya. So dun worry kalau nampak macam kurang. Awal dulu angah boleh dapat dalam 250z sehari. Masa Adneen dalam 6 bulan dalam 20oz dan sekarang ni around 12 - 15oz sehari. Kengkadang 9oz jek huhuhu. Umur Adneen 1 tahun bulan ni.

Simpan camne?
Angah simpan dulu dalam botol kat fridge office. Satu botol limit 3oz jer untuk sekali minum. Bawak balik dalam cooler box letak icepacks (techni ice). Sampai rumah simpan 12oz kat (4 botol) kat bhgn bawah dan kalau ada lebih angah letak dalam freezer buat stok. Kengkadang cuma 3 botol jer Adneen minum so lebih 1 botol tu boleh guna keesokannya. So on that day aku letak lagi 3 botol la.

Cukup ke cuma susu badan jer?
Alhamdulillah untuk anak-anak angah cukup. Kedua-duanya start solid masa 6 bulan lebih. Ada jugak baby dah tunjuk interest nak makan lebih awal. Pendapat angah is ikut la perkembangan baby tu. Nampak dia beriya2 nak makan (biasanya dia tengok kita makan tu nak capai la, kita beri sikit dia suka) so bagi la.. experts kata pun seelok-eloknya 6 bulan. Nak bagi lebih awal pada angah bukan masalah. Even experts kata pun boleh. Cuma jangan la as early as 4 months kan. Sistem dia tak ready lagi.

Breast tak jatuh ke?
Ini bukan masalah kalau kasih sayang ibu tu melebihi segalanya. Lepas habis BF tone up balik la ahahahaha

Susu tak cukup la, tu yang bagi formula.
Personally pada angah la kan, tak semua ibu bernasib baik dikurniakan susu banyak. Tapi dalam masa sama kita kena usaha jugak tambah susu. Angah minum milk maid tea. Psikologi pun kena kuat sebab susu ni mainan hormon. Kalau rasa memang dah tak boleh lepas usaha macam2 berila formula tapi jangan la berhenti terus BF. Ramai kengkawan angah yang BF sebelah malam sahaja. That is also a good effort tau.

Lagi satu, lactation experts say that it's a demand and supply thingy. Lagi banyak kita perah dan bagi baby nursing directly lagi banyak kita produce susu. Yakin Boleh ekekekeke. Memang kengkadang perah pun macam keluar 1oz jek... takper... mungkin setakat tu jer rezeki anak kita pada waktu tu kan.

Segan la nak nurse in public. Camne?
Memula dulu angah segan tapi lepas tu tak kisah dah. My breasts are serving their purpose. Giving my children their food. Kalau orang taknak faham biarkan la. Tutup bahu ngan selendang atau tutup ngan tudung dah tertutup. Tak dinafikan macam taboo jek kat luar sana nampak ibu menyusukan anak. Tapi tak kisah plak kan kalau nampak breast anak2 dara terdedah sana sini. Pakai baju tak cukup kain.

Banyak lagi soalan member tuh.. kang buat part 2 plak la okeh...ni aku letak la gambar stok susu aku.. tp dah lama dah...

Yang ni stok masa hujung tahun lepas la.. aku tak ngambik lagi gambar yang baru. Yang sebelah tepi warna biru putih tu icepacks (techni ice) aku guna dalam cooler box.

Yang ni masa aku balik kursus 4 hari sejurus selepas pantang, so kena la isi bekas tinggi sket, tak kang melambak plak bekas kan. Masa nak bagi baby tu bahagi 2 la.

Wednesday, April 16, 2008

Free Publicity

Sabtu lepas aku dapat banyak sms dan call, lebih daripada hari-hari biasa. Semua sms dan call tu sebab satu benda saja. Entri pasal anak dara aku masuk sepital dalam blog aku ni masuk ruangan Blog Sana Sini kategori Peribadi kat akhbar Sinar Harian Sabtu lepas. Publisiti free. Terima kasih banyak la..

Kalau bercakap pasal blog, aku rasa banyak faedahnya kalau digunakan dengan cara yang betul dan mengikut landasan undang2. Macam aku sendiri la, melalui blog ni banyak benda aku boleh belajar. Aku pun perasan circles of friends aku pun lebih luas. Kat alam cyber ni aku ada beberapa kategori kawan la

1. Geng jurnal - yang ni yang mula2 aku join memang entirely on blogging dan ada jugak forum dan kengkadang jumpa jugak untuk hari weblog dunia misalnya.

2. Geng ibu-ibu - yang ni aku mula masuk line bila kenal IV. Kami share same passion that is breastfeeding. Lepas pada tu makin ramai aku kenal. banyak jugak tips yang aku dapat untuk besarkan anak2 aku.

3. Geng sekerja/karier - yang ni ni macam formal sikit sebab banyak yang aku masuk sebab nak bina kerjaya.

All and all semua pun share the same passion that is writing kan. Tak kisah la menulis pasal apa pun hatta apa-yang-aku-buat-hari-ni pun. masing-msing ada kecenderungan sendiri dalam penulisan mereka jadi suka hati la nak tulis apa pund alam blog kan. Orang lain ada hak beri komen tapi personally komen yang diberi tu tak patut mengutuk atau mempersenda si penulis sebab itu blog dia, suka hati dia la. Pendapat orang semuanya betul tapi salah kalau nak impose pendapat kita pada orang.

Aku bagi contoh la... kalau aku berjaya susukan anak dengan susu aku sendiri dan kalau aku nak brag all the way dalam blog aku suka hati aku la sebab aku tak pernah kondem ibu-ibu yang tak berjaya sebab tak semua ibu dikurniakan susu yang banyak macam aku. Dan seingat-ingat aku aku tak pernah pun ada entri dalm blog aku ni yang kondem ibu-ibu yang bagi formula kat anak mereka. Dan seingat2 aku pun aku tak pernah kondem mereka dalam blog orang lain. Yang aku pelik tu kenapa bila baca entri aku lepas tu terasa hati plak dan tulis benda pelik2 dalam komen. Grow up laaaaa.....

Lagi satu... kalau aku rasa aku nak tulis kecenderungan fahaman politik aku ke, pasal anak-anak aku yang comel ke (anak aku tentu la comel di mata aku kan), pasal husband aku sayang kat aku ke... suka hati aku laaaaaaa..... lain la kalau ada yang tercedera dengan tulisan aku tetiba patah tangan ke, tetiba naik gatal ke hapa.

Kalau aku decide tak nak jadi anonymous, aku post gambar aku dan keluarga semua, suka aku la kan... bukan aku ni celebriti yang orang cari2 ke hapa... kemungkinan untuk orang culik aku untuk ransom tuh amat la kecik.... so why bother? Kalau ada yang decide nak jadi anonymous aku tak kisah pun, ramai jek kengkawan blog aku yang anonymous.

Kita kena ingat blog ni ada kegunaan yang berlainan untuk setiap penulisnya. Ada yang tulis sebab nak release tension, ada jugak yangtulis sebab nak share pengalaman dan segala macam sebab kenapa blog tu ditulis. Jadi kita sebagai pembaca, kalau tak boleh nak faham pun apa yang ditulis, at least respek la kebebasan bersuara penulis tuh. Kalau rasa nak komen bagi la komen tapi jangan la yang menyakitkan hati. Kalau rasa menyampah ngan tulisan penulis tu biarla tegur dengan berhemah, jangan main hentam jer.

Tahun ni dah tahun ke ENAM aku memblog, aku menulis bukan sebab nak orang kenal aku ke hapa. Aku menulis sebab aku nak mengingat apa yang berlaku pada aku dan keluarga aku. Perubahan pemikiran dan kecenderungan aku dulu dan sekarang.

Lu fikir la sendiri.....

Tuesday, April 08, 2008

Catching up..

Lama tak update. Reason being. Aku penat sangat jaga anak. Cuti lebih seminggu sebab Adneen warded for Hand Foot Mouth Disease (HFMD). To cut the long story short, Adneen demam panas sampai 39.8. Bawak pi klinik dan aku perasan ada red spots ngan ulcers dalam mulut dia. Lepas pengawasan 24 jam red spots tu tukar jadi blister macam cacar air tapi kecik2. Aku syak HFMD. Refer kat hospital, test darah dan confirmed. Lepak kat ward pengasingan 3 hari. Lepas discharge kena pantau hidration ngan suhu badan dia untuk 3 hari. Ambil darah 2 kali dan baru doktor kata dia dah ok betul. Aku pun kerja semula.
Kesian kat Adneen sebab tak makan 4 hari. Mulut sakit kan. Mujur la dia breasfeed jadi nak juga la menyusu. Patut kena letak ubat macam gel dalam mulut dia untuk kebaskan area ulcers tu supaya dia rasa lega sikit. Tau la baby mana la pandai nak menganga, jadi aku kenala jadi kreatif. Aku sapu gel tu kat nipple dan masa menyusukan dia secara tak langsung gel tu pun akan kena kat tempat yang sakit tu kan.
So alhamdulillah lepas seminggu lebih Adneen dah ok. Cuma badan yang montok tu dah susut sangat la. Janji dia sihat aku dah bersyukur sangat dah. Mujur jugak bos aku cukup memahami masalah aku. aku start kerja minggu lepas, aku sendiri yang terkedu tengok workload atas meja sampai bawah meja huhuhu... lunch pun tak sempat ngkaauuuuu...
Arief plak aku kuarantinkan daripada pegang atau cium adik dia. Mengamuk la sebab dia jenis manjakan adik. Dah beberapa kali aku terangkan "adik sakit kalau abang pegang nanti abang sakit jugak". Lelama dia pun ok tapi sekejap2 tanya dah boleh pegang adik ke belum. Moga2 dia akan terus melindungi adik dia sampai besar nanti.
Ok habis cerita pasal anak aku. So kalau anak2 kita demam panas dan ada pulak nampak red spots yang lepas tu bertukar macam blister cacar air kat tangan ngan kaki, pastu kat dalam mulut ada ulcer cepat2 la pergi hospital. Anggap la sakit bebudak bawak 5 tahun ni serius walaupun nampak tak serius. Biar la sesal dulu kan.. jangan sesal kemudian.
HUJUNG MINGGU ANGAH & Co
Sabtu lepas sekeluarga kami memenuhkan Sunway Lagoon. Adik2 hubby semua datang dari Kuantan, termasuk adik beradik aku ngan keluarga pakcik2 aku yang terdekat celebrate birthday Arief selepas 4 tahun dia lahir. Memang havoc!
Kebetulan aku dapat complementary tickets dari pengurusan Sunway, kebetulan pulak tahun ni birthday anak sulung aku. Hangkut la sedara mara celebrate sekali kan. Yang seronoknya bebudak la, mak bapak budak pun tumpang enjoy la muahahahaha... sampai tempat tu tutup baru kami balik. Arief sampai kecut la baru nak naik.
Banyak pembaharuan berbanding kali terakhir aku datang which was 3 years ago! Dulu pakai band kertas jek kat tangan sekarang ni dah pakai macam bentuk jam yang warnanya beza ikut park mana nak masuk. Kali ni aku masuk amusement ngan water park. Dulu boleh bawak makanan sekarang tak boleh langsung. Tapi aku smuggle jugak ahahahaha. Mana tahan weh..... nasik RM 12, mineral water RM 3!
Lagi satu aku hangen kat bebudak muda yang sah2 belum kawen la... sempat jugak nak beromen, meraba2 kat dalam air tuh. Kalau berendam dalam sungai kelang lain cerita la sebab keruh, ni dalam kolam yang air jernih. selamba jek berpeluk la, tangan masuk baju la, necking la. Hubby aku sound direct satu couple Melayu tuh... "ni tempat riadah, bukan tempat romen, romen kat kawasan terbuka tak kira riadah" Aku yang tergelak but I loathe the fact that diaorang ni dah hilang malu hilang sopan dah sampai kat tempat penuh orang pun nak buat camtu. Bebudak tu hmmmmm... muka sadin jek.
Aku cakap kat abang.... "lama kita tak riadah bang" muahahahahaha

Friday, April 04, 2008