Lama tak update. Reason being. Aku penat sangat jaga anak. Cuti lebih seminggu sebab Adneen warded for Hand Foot Mouth Disease (HFMD). To cut the long story short, Adneen demam panas sampai 39.8. Bawak pi klinik dan aku perasan ada red spots ngan ulcers dalam mulut dia. Lepas pengawasan 24 jam red spots tu tukar jadi blister macam cacar air tapi kecik2. Aku syak HFMD. Refer kat hospital, test darah dan confirmed. Lepak kat ward pengasingan 3 hari. Lepas discharge kena pantau hidration ngan suhu badan dia untuk 3 hari. Ambil darah 2 kali dan baru doktor kata dia dah ok betul. Aku pun kerja semula.
Kesian kat Adneen sebab tak makan 4 hari. Mulut sakit kan. Mujur la dia breasfeed jadi nak juga la menyusu. Patut kena letak ubat macam gel dalam mulut dia untuk kebaskan area ulcers tu supaya dia rasa lega sikit. Tau la baby mana la pandai nak menganga, jadi aku kenala jadi kreatif. Aku sapu gel tu kat nipple dan masa menyusukan dia secara tak langsung gel tu pun akan kena kat tempat yang sakit tu kan.
So alhamdulillah lepas seminggu lebih Adneen dah ok. Cuma badan yang montok tu dah susut sangat la. Janji dia sihat aku dah bersyukur sangat dah. Mujur jugak bos aku cukup memahami masalah aku. aku start kerja minggu lepas, aku sendiri yang terkedu tengok workload atas meja sampai bawah meja huhuhu... lunch pun tak sempat ngkaauuuuu...
Arief plak aku kuarantinkan daripada pegang atau cium adik dia. Mengamuk la sebab dia jenis manjakan adik. Dah beberapa kali aku terangkan "adik sakit kalau abang pegang nanti abang sakit jugak". Lelama dia pun ok tapi sekejap2 tanya dah boleh pegang adik ke belum. Moga2 dia akan terus melindungi adik dia sampai besar nanti.
Ok habis cerita pasal anak aku. So kalau anak2 kita demam panas dan ada pulak nampak red spots yang lepas tu bertukar macam blister cacar air kat tangan ngan kaki, pastu kat dalam mulut ada ulcer cepat2 la pergi hospital. Anggap la sakit bebudak bawak 5 tahun ni serius walaupun nampak tak serius. Biar la sesal dulu kan.. jangan sesal kemudian.
HUJUNG MINGGU ANGAH & Co
Sabtu lepas sekeluarga kami memenuhkan Sunway Lagoon. Adik2 hubby semua datang dari Kuantan, termasuk adik beradik aku ngan keluarga pakcik2 aku yang terdekat celebrate birthday Arief selepas 4 tahun dia lahir. Memang havoc!
Kebetulan aku dapat complementary tickets dari pengurusan Sunway, kebetulan pulak tahun ni birthday anak sulung aku. Hangkut la sedara mara celebrate sekali kan. Yang seronoknya bebudak la, mak bapak budak pun tumpang enjoy la muahahahaha... sampai tempat tu tutup baru kami balik. Arief sampai kecut la baru nak naik.
Banyak pembaharuan berbanding kali terakhir aku datang which was 3 years ago! Dulu pakai band kertas jek kat tangan sekarang ni dah pakai macam bentuk jam yang warnanya beza ikut park mana nak masuk. Kali ni aku masuk amusement ngan water park. Dulu boleh bawak makanan sekarang tak boleh langsung. Tapi aku smuggle jugak ahahahaha. Mana tahan weh..... nasik RM 12, mineral water RM 3!
Lagi satu aku hangen kat bebudak muda yang sah2 belum kawen la... sempat jugak nak beromen, meraba2 kat dalam air tuh. Kalau berendam dalam sungai kelang lain cerita la sebab keruh, ni dalam kolam yang air jernih. selamba jek berpeluk la, tangan masuk baju la, necking la. Hubby aku sound direct satu couple Melayu tuh... "ni tempat riadah, bukan tempat romen, romen kat kawasan terbuka tak kira riadah" Aku yang tergelak but I loathe the fact that diaorang ni dah hilang malu hilang sopan dah sampai kat tempat penuh orang pun nak buat camtu. Bebudak tu hmmmmm... muka sadin jek.
Aku cakap kat abang.... "lama kita tak riadah bang" muahahahahaha
No comments:
Post a Comment