Friday, April 18, 2008

Expressed Breast Milk

Got a call yesterday, from a friend who is enthusiastic to try to exclusively breastfeed her coming baby. A lot of questions and I'm gonna put it here for the benefit of all. Maybe some of these question have lingered in our mind kan.

Camne nak buat stok biar baby cukup?
Kena start simpan stok masa dalam pantang lagi. Angah start masa baby umur 1 bulan. Sehari perah dalam 6oz but depends jugak banyak mana kita boleh. Yang penting kena collect milk in between feeding la. Angah biasa buat masa subuh dan masa baby tidur lama.

Nak simpan dalam apa?
Angah simpan dalam bekas plastik yang biasa orang isi dadih tu. Boleh jugak isi dalam plastik untuk breastmilik macam playtex, dalam botol pun boleh cuma takut peti sejuk tak muat la. Then labelkan tarikh masa collect tu supaya kita bolehbuat sistem FIFO (first in fisrt out)

Jumlah dalam bekas?
As for my babies, angah simpan 3oz satu bekas. Not to much sebab sekali feeding je kan. Kalau banyak nanti tak habis sayang plak.

Pakai pump ke manual?
Angah guna 2 pump Medela. Harmony manual ngan medela electric double pump. Jenama lain pun ok jugak macam Avent ngan spectra. Memang agak mahal tapi worth the money I spent.

Botol ngan puting?
Botol angah guna medela ngan spectra polypropelene bottles yang bebas BPA. Sebab bila kita hangatkan susu takut chemical akan serap kat susu. Puting depends on our child's preference la. Masa Arief guna pigeon. Tapi Adneen sekarang guna NUK. Cuma kena ingat masa memula nak kenalkan botol biarla lepas sebulan lebih umur dia sebab nak elak nipple confusion. nanti kalau dia dah sedap guna puting botol tak nak plak nenen ibu sebab puting biasa ni easy flow compared to effort he has to make to suck mum's milk.

Lama tak boleh tahan?
Kalau dalam freezer biasa tu up to 3 months. Dalam fridge dalam 3 hari dan suhu biasa dalam 5 jam. Depends jugak suhu luaran tu berapa. But rule of thumb kalau susu tu berbau masam kena discard la. Dan susu yang dah nyahbeku tak boleh dibekukan semula.

Camne nak bagi bb EBM?
Kalau nak guna yang beku, letakkan susu beku tu kat ruangan bawah fridge sebelah malamnya supaya boleh cair. Susu ni tahan dalam 24 jam lepas dinyahbeku. Yang angah buat ialah alih susu ke dalam botol dan panaskan untuk baby minum. Sekarang ni ada jual alat untuk panaskan susu. Dulu rendam jer la. Jangan masak atas dapur ye.

Nak pam kat office camne?
Lain orang lain jadualnya dan lain jugak amount yang diperolehi. Susu pun ada pasang surutnya bergantung pada si ibu punya pemakanan dan emosi jugak. Angah pam 3 kali dalam pukul 10, pukul 1 dan pukul 4. Kat dalam bilik jer. Juat made known to your kengkawan and boss yang you ni BF mom so dalam 3 waktu tu memang orang tak kacau.

Jumlah plak... masa memula kerja lepas pantang memang banyaaakkkk tapi makin lama body makin adjust dengan keperluan baby secukupnya. So dun worry kalau nampak macam kurang. Awal dulu angah boleh dapat dalam 250z sehari. Masa Adneen dalam 6 bulan dalam 20oz dan sekarang ni around 12 - 15oz sehari. Kengkadang 9oz jek huhuhu. Umur Adneen 1 tahun bulan ni.

Simpan camne?
Angah simpan dulu dalam botol kat fridge office. Satu botol limit 3oz jer untuk sekali minum. Bawak balik dalam cooler box letak icepacks (techni ice). Sampai rumah simpan 12oz kat (4 botol) kat bhgn bawah dan kalau ada lebih angah letak dalam freezer buat stok. Kengkadang cuma 3 botol jer Adneen minum so lebih 1 botol tu boleh guna keesokannya. So on that day aku letak lagi 3 botol la.

Cukup ke cuma susu badan jer?
Alhamdulillah untuk anak-anak angah cukup. Kedua-duanya start solid masa 6 bulan lebih. Ada jugak baby dah tunjuk interest nak makan lebih awal. Pendapat angah is ikut la perkembangan baby tu. Nampak dia beriya2 nak makan (biasanya dia tengok kita makan tu nak capai la, kita beri sikit dia suka) so bagi la.. experts kata pun seelok-eloknya 6 bulan. Nak bagi lebih awal pada angah bukan masalah. Even experts kata pun boleh. Cuma jangan la as early as 4 months kan. Sistem dia tak ready lagi.

Breast tak jatuh ke?
Ini bukan masalah kalau kasih sayang ibu tu melebihi segalanya. Lepas habis BF tone up balik la ahahahaha

Susu tak cukup la, tu yang bagi formula.
Personally pada angah la kan, tak semua ibu bernasib baik dikurniakan susu banyak. Tapi dalam masa sama kita kena usaha jugak tambah susu. Angah minum milk maid tea. Psikologi pun kena kuat sebab susu ni mainan hormon. Kalau rasa memang dah tak boleh lepas usaha macam2 berila formula tapi jangan la berhenti terus BF. Ramai kengkawan angah yang BF sebelah malam sahaja. That is also a good effort tau.

Lagi satu, lactation experts say that it's a demand and supply thingy. Lagi banyak kita perah dan bagi baby nursing directly lagi banyak kita produce susu. Yakin Boleh ekekekeke. Memang kengkadang perah pun macam keluar 1oz jek... takper... mungkin setakat tu jer rezeki anak kita pada waktu tu kan.

Segan la nak nurse in public. Camne?
Memula dulu angah segan tapi lepas tu tak kisah dah. My breasts are serving their purpose. Giving my children their food. Kalau orang taknak faham biarkan la. Tutup bahu ngan selendang atau tutup ngan tudung dah tertutup. Tak dinafikan macam taboo jek kat luar sana nampak ibu menyusukan anak. Tapi tak kisah plak kan kalau nampak breast anak2 dara terdedah sana sini. Pakai baju tak cukup kain.

Banyak lagi soalan member tuh.. kang buat part 2 plak la okeh...ni aku letak la gambar stok susu aku.. tp dah lama dah...

Yang ni stok masa hujung tahun lepas la.. aku tak ngambik lagi gambar yang baru. Yang sebelah tepi warna biru putih tu icepacks (techni ice) aku guna dalam cooler box.

Yang ni masa aku balik kursus 4 hari sejurus selepas pantang, so kena la isi bekas tinggi sket, tak kang melambak plak bekas kan. Masa nak bagi baby tu bahagi 2 la.

No comments: