Again lama gila aku tak update kan. Hidup aku yang rutin, hari-hari buat benda sama, aku malas la plak nak tulis apa yang aku buat tiap-tiap hari kan. Tak banyak yang berlaku pun.. ada la beberapa events yang best sket kalau nak highlight pun. Sambungan pasal expressed breast milk tu aku akan sambung sehari dua lagik. Nak cerita apa?
Adneen Humaira
Anak dara aku dah setahun umurnya. Alhamdulillah sihat anak ibu. Setahun jugak la aku berjaya menyusukan dia secara ekslusif. Aku bersyukur. Another year to go and I'm all geared up. Milestones quite different ngan abang dia. Buat masa ni masih belajar menyusun langkah, bertatih jatuh. Speech department ok jugak la. Makan tetap la bubur yang ibu masak, cuma tukar2 lauk tiap hari. Macam abangnya Adneen suka makan sayur juga. Her favourite is brocolli. Adneen ni small framed. Berat dalam 9kg je kot sekarang. banyak susut masa dia kena HFMD bulan 3 arituh.
Mifdzal Arief
Anak bujang aku ni makin keletah. Nak pegi school tak habis2. Buat masa ni aku ajar dia sendiri jer. Dah kenal semua huruf ikut susunan dengan baik. Sekarang aku masuk fasa dua plak ajar bunyi huruf. Mujurnya aku dulu belajar Phonetics and Phonology so boleh la guna untuk ajar anak aku. Associating alpabhets with sounds and then spelling words using the sound akan buat anak lebih senang faham. Camne nak cakap ek... ok I-B-U of course la ibu kan. Tapi nak bagi budak 4 tahun faham I+B+U is ibu camne? If I can make him understand that (the sound of I ) + (the sound of B ) + ( the sound of U) is ibu then he can spell all and every word he wants to.
Aku perasan Arief ni ada photographic memory. Aku ajar dia kenal huruf gunakan konsep imej and visualisation. Beberapa contoh la ya. Masa aku nak ajar dia huruf G aku cakap 'C ada ekor' or masa ajar huruf H aku kata 'A kangkang'. R is 'P ada ekor' and V is 'A terbalik'. S is 'ular' so on and so forth... jadi masa dia stumble nak ingat camne nak tulis beberapa huruf aku akan gunakan imej dan association yang dia dah faham tu.
And aku ingat masa ajar nombor pun. 1 is I, 3 is 'B takde tiang', 8 is 'S sambung atas'. These codes so to say terpulang pada parents nak buat camne asalkan anak2 faham.
Sure orang akan tanya.. camne nak buat anak ni duduk belajar kan. Aku takde masa tertentu pun, kengkadang tu dia meniarap jer tepi kaki aku masa aku tengah masak. Aku prompt la for example. "ibu nak goreng fish la.. tapi ibu tak ingat la berapa fish ni.. abang tolong kirakan boleh?" dia dengan senang hati tolong kirakan. Pastu aku tanya plak la benda2 pasal ikan dalam mangkuk ngan kuali like colours, sizes, parts, cause and effects as kalau goreng jadi apa, and simple maths like... "ibu dah letak dalam kuali 3 fish dalam mangkuk tinggal berapa?"
The point I want to make is learning is not necessary duduk diam2 kat meja hadap buku. Everything can be used to teach our children dan aku banyak ajar dia masa aku buat kerja rumah. Libatkan dia dan gunakan apa2 jer within reach. Lagi contoh ka? okay... kan kat dapur tuh banyak label kan.. so kalau kita nak dia ulangkaji bab ejaan contohnya, amik la satu tin sardin dan suruh dia sebut huruf2 tu semua. Shapes and colours.. boleh minta dia arrange fridge atau cawan/pinggan mangkuk segala....
And the most important thing is encouragement. simple gestures like tepuk tangan bila dia betul, puji depan orang, cium ke, bawak jalan ke.... akan boost up minta dia lebih lagi. Aku jarang sangat bagi imbuhan bentuk barang ke apa... banyaknya aku bagi dia rasa seronok. Alhamdulillah aku bersyukur la Arief boleh terima cara aku mengajar tu. Sebab dia tak perasan pun dia tengah belajar muahahahaha... dia ingat tengah memain.
Aku
Apa cerita pasal aku ek... selain kerja opis rasanya takde la. Aku balik Kuantan weekend lepas, sorang2 jer. Suprisekan abang sebenarnya. Well tetiba aku terfikir nak balik Kuantan plak. Aku cakap ngan emak and she said yes. So on Saturday at 5.00 I was on my way driving alone from Klang to Kuantan. Reach my house at 8.30pm and called abang. As expected he was SUPRISED to see me. Saja je tak bawak anak.... mak bapak nak dating. Abang tanya.... "tetiba jer datang ni.." aku cakap "ha'ah... sekali sekala kena spotcheck"
Ahad tuh ada Semuji-Sungai Lembing Funride yang abang anjurkan. Aku pun ikut la saja2 jumpa kengkawan. Isnin balik Klang and since abang pun ada hal nak settle kat KL, aku jadi mem la dalam kereta...
17-19 Mei ni aku terlibat dalam penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Piala Menteri Besar kat Kuantan. Kali ni aku jadi towkay protokol. Kerja simple. That fact that aku sebenarnya nak epas rindu buat event and peluang la aku nak dating ngan abang sekali lagik ekekekeke...duduk asing ni kena la guna semua peluang yang ada untuk berdua-duaan kan...
Why am I being so lovey dovey nih? Wokeh.... 25hb ni 6th wedding anniversary kami. Sekejap jer rasanya..... so orang kata the ultimate test of the first five years tu dah lepas la....I'm far from being an excellent wife but I'm on the way......
Khabar yang dibawa angin kalau betul la mungkin membolehkan aku posting ke Kuantan semula...semoga angin itu membawa khabar yang baik untuk aku......sebab aku dah penat jadi weekend wife.. aku nak jadi everyday wife!
No comments:
Post a Comment