Monday, May 12, 2008

Rezeki dan Redha

Aku selalu percaya konsep rezeki dan konsep redha. Mak pun selalu pesan selalu percaya pada rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita. Memula susah nak faham tapi bila lama2 difikirkan dalam kehidupan aku selama hampir 31 tahun ni memang betul kalau kita faham dan nak faham konsep rezeki hidup kita akan sentiasa happy. Mak kata lepas kita usaha bersungguh2 tapi kita tak dapat apa yang kita impikan itu bukan rezeki kita dan kita kena redha. Kita kena redha yang rezeki kita sampai tahap tu je la. Usaha lagi jangan putus asa.
Aku bersyukur dalam usia aku sekarang aku dah dikurniakan rezeki yang bukan sikit. Alhamdulillah aku dah boleh take it easy dalam mengejar karier, aku dah boleh tarik nafas lega sebab dah ada suami dan anak2. Itu rezeki aku. Tapi aku tinggal berjauhan dengan suami sebab bak cari rezeki. Jadi aku mesti redha. AKu happy ke? YES aku happy because I choose to be happy...
Mak kata jugak jangan mengeluh bila rasa kesempitan tapi tukar dengan rasa redha. Masa aku kat Putrajaya dengan seorang anak dulu memang rasa sempit sket sebab duit habis travelling dan sewa rumah. Bila pregnant anak kedua aku fikir camne nak buat both ends meet.. Alhamdullillah aku ditukarkan ke jawatan sekarang. Gaji tak bertambah tapi rezeki yang Allah janjikan untuk baby baru aku dengan mendekatkan jarak perjalanan dari rumah ke ofis. Aku dapat channelkan duit yang sebelum ni habis kat jalan je kepada keperluan baby baru. Itu kan rezeki kan...
Bila rezeki bertambah dengan kenaikan gred, itukan rezeki... kereta pulak jadi masalah... jadi terpaksa amik kereta lain. Kena redha la bila duit tu dichannelkan ke arah situ plak ek...
Dah jadi rezeki abang kerja secara freelance untuk buat events dan dia sibuk sangat. Kami cuma jumpa sebulan 2 atau 3 kali saja. Mak kata aku kena redha sebab dah itu cara dia cari rezeki untuk keluarga. Allah datangkan pada kami suami isteri rasa sayang yang lebih sebab sekali sekala jumpa kan... itu aku anggap rezeki untuk emosi aku. Sometimes I do feel down but then again my mum said... happy tu pilihan kita.. jadi pilih la...
Dulu aku mengajar kat kolej. Aku boleh la mengajar but I dont feel right. Teacing is not my cup of tea. I like to manage things... thus I applied for my job now. Kalau nak jadi rezeki kan... sekali cuba dah lepas semua ujian. tapi kalau dah bukan rezeki kita kat situ memang takkan dapat. Aku bersyukur juga. Tapi tu la... grass is always greener on the other side kan... nampak macam best jer kerja aku ni...itu perspektif orang luar yang buat perbandingan. Bagi kami yang dah duduk kat kerusi ni membuat kerjanya memang hazab laaaaaa.. nak kena maki ke, nak kena hamun ke memang muka ni la. Aku pernah buat lawak kat staf aku.. kalau ada la elaun maki aku rasa memang aku dapat paling banyak. Takper la.. aku anggap kalau dah ini rezeki aku maka kenala hadapi rencahnya pulak.
Cakap pasal kerja ni jugak la... kengkadang aku menanah jugak bila browse web dan forum bila ada calon2 yang dah terpilih untuk Assesment centre boleh cakap "aku nak test market jek.. bukan betul2 pun" tak elok macam tu.. kalau tak serius nak satu-satu kerja baik tak payah mohon sebab in a way dah block rezeki orang lain yang betul2 nak kerja tu kan.
Part anak pulak.... Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang anak.. itu rezeki Allah untuk kami suami-isteri. Ada dikalangan kengkawan aku yang teringin either anak perempuan or anak lelaki tapi tak dapat. Aku selalu kata redha dengan apa yang kita dapat sebab Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak elok sebenarnya sebab tu Allah tak beri. Kalau kita tanamkan konsep redha dalam kehidupan seharian dalam masa yang sama usaha untuk apa yang kita impikan.. InsyaAllah... happy hidup ni walaupun ada masalah yang kita tengah hadapi.
Mak aku pesan lagi sebenarnya rezeki yang Allah beri pada kita tu ada hak orang lain jugak ke atasnya. Jadi berikan la hak tu. Personally aku buat potongan gaji untuk bayar zakat. Tak banyak.. aku potong dalam 20 hengget jer sebulan walaupun sebenarnya tak sampai tu pun yang kena bayar. Aku fikir hari2 pun aku belanja 20 hengget ntah kat mana2. Biarlah 20 hengget sebulan tu dapat tolong sesiapa yang perlukan. Disamping membersihkan pendapatatan kita kan...
Motif aku cerita pasal rezeki dan redha ni sebab aku nak pujuk diri huhuhuhuhu.... telefon hadiah abang masa aku pregnant tu jatuh dalam lubang tandas semalam. Terus kong! Sampai semalam jer rezeki aku dengan telefon tuh. Aku kena redha la..... abang gelakkan aku masa aku call dia... takper.. mungkin ada rezeki lain aku nak beli tepon lain nanti kan....*buat aksi manja sket pastu cakap manja2 sket pastu mintak telefon baru*
HARI IBU
Semalam double celebration macam tiap-tiap tahun jugak. Semalam ulangtahun ke 57 mak aku. We had makan2 session jer... and a small hadiah for her. Abang cuma wish selamat hari ibu which is good enough for me....
PLAN HUJUNG MINGGU
Khamis ni aku akan ke Kuantan untuk Kejohanan Lumba Basikal Piala Menteri Besar. Aku towkay protokol. Abang Pengarah Teknikal. Akan berada kat sana sampai Isnin. Kanak2 ribena tinggal ngan nenek. So will be 4 solid days for Mr and Mrs Mazlan.... mixing work with pleasure.. I likeeeee....

No comments: