Monday, June 16, 2008

Hari Ayah

Lama tak bersiaran kan.. minggu lepas aku pergi kursus Bahasa Inggeris. Bagus jugak kursus tu sebab dapat aku refresh semula penggunaan bahsa inggeris yang banyak aku dah lupa. Berkarat sangat rasanya. Tak perlah... cerita best pun takde sangat la... kursus kan..

Semalam Angah & Co pergi mandi manda kat Sunway Lagoon. Complementary ticket yang aku dapat dulu tu masih berbaki, sebelum expired baik gunakan. Kebetulan pulak semalam kan sambutan Hari Ayah. Sekali kan jer la... So semalam berhooray-hooray saja lah.. Poket tak rabak mana sebab kami berjaya menyeludup masuk makanan muahahaha... gambar jek tak banyak sebab semua kemaruk mandi sapa nak pegang kamera?

Tell you the truth, abang memang ayah yang sangat manjakan anak2. Aku ni yang rasanya lebih tegas ngan anak2. Mungkin sebab faktor berjauhan kan, jarang2 dapat jumpa anak, layan jer la perangan sorang-sorang. Anak dara aku pun kalau ayahnya ada, memang ibu tak laku la.. bila haus jer cari ibu.


Baru sampai, nak terjun kolam la masa ni. Nampak anak dara aku nak ikut ayahnya? Yer, aku ngan abang macam Dayabumi ngan Pejabat Pos muahahahaha, jadi kalau aku gemuk pun tak la nampak obvoius sangat kan?

Ini couple nombor 10. Sila ignore drumsticks aku tuh..

One for the picture... tengok la resemblance anak2 aku ngan ayahnya. Ni mujur Arief nak bergambar, tu pun lepas janji nak beli baju ultraman. Adneen macam biasa, melekat ngan ayahnya.

No comments: