Wednesday, June 18, 2008

Kongsi-Kongsi

Aku ingat nak kongsi beberapa quotable quotes yang aku dah kutip merata-rata kat blog ni. I hope they benefit my readers la (macam la ramai sangat pun jenguk blog ni muahahahaha)
"HUMAN IS A CREATURE OF HABIT"
Aku dapat ni masa Kursus Bahasa Inggeris aku minggu lepas. Penceramah tu cakap kenapa majoriti kita pakai jam tangan kiri, bukannya ada manual kata kena pakai tangan kiri kan. Most of us answered sebab menulis tangan kanan, but there were some participants yang menulis tangan kanan dan pakai jam pun tangan kanan. Sebenarnya kita ni dah terbiasa dengan pemandangan jam disebelah kiri.
Let say kita try alih jam ke sebelah kanan, memula tu memang janggal, cuba buat sebulan sure terbiasa kan.. dan lelama jadi norms. Aku sendiri sebenarnya dulu pakai jam tangan kanan, tapi setelah pandai pakai gelang tangan yang aku rasa cantik pakai sebelah kanan, akutukar jam ke kiri.. memula hazab la tersalah tengok jek, lama2 biasa jer.
So sama juga dengan benda2 lain. Solat misalnya. Memula memang la susah, lelama buat akan jadi kebiasaan. Kalau husband nad wife plak boleh adapt untuk latih diri berkomunikasi lebih baik kan.. aku pun memula beratnya la mulut nak cakap ngan abang benda2 aku rasa, aku marah ke aku tak puas hati ke hapa... lama2 aku praktikkan jugak. Sekarang ni alhamdulillah aku boleh je cakap terus terang benda yang aku suka dan tak suka dia buat. Practice makes perfect gitu....I always believe communication is vital in relationship and that the other half understand our intended meaning. Tak nak la sampai teguran kita dianggap leteran dan aksi manja kita dianggap mengada2.
Aku adaptkan quote ni sekarang untuk ajar diri aku yang perbelanjaan sekarang ni amatla banyak sebab barang semer dah naik harga. Benda pertama aku buat ialah kawal penggunaan elektrik, air dan telefon. Susu ngan pampers tak de kompromi la huhuhu... aku kurangkan jugak makan kat luar, dan aku masak cukup2 untuk sekali makan jer biar tak membazir. Tak cukup boleh masak lagi kalau terlebih dah membazir kan..
Lepas ni, infact hujung minggu ni aku nak start projek tanaman sayur-sayuran. Tanam dalam pasu jek kan, letak tepi rumah. Setakat sayur kangkung, sawi and the like tu senang jer tumbuh. Lebih murah, lebih selamat sebab takde pesticide dan aku akan jadi lebih kurus sebab banyak kerja ekekekeke.... memula memang susah tapi lelama akan jadi habit.....
'ISTERI ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG AMAT BERHARGA. JADI HARGAILAH ANUGERAH ITU DENGAN KEMULIAAN HATIMU. ANAK PULA MERUPAKAN KURNIAAN PERMATA YANG TAK TERNILAI. JADI NILAIKAN LAH KURNIAAN ITU DENGAN SESUCI JIWAMU'
Yang ni kredit pada al-bima sakti. Aku cedok dari blog dia dengan kebenaran. Yang first part tu khas untuk para suami la ek.. aku nak sentuh yang second part tuh. Aku sendiri sebagai isteri dan ibu yang bekerja sepenuh masa, yang cuma jumpa anak lepas maghrib sampai la subuh sebelum pergi kerja memang terkesan ngan quotes ni..
Jom kita fikir berapa kali kita kata "ibu penat la / lain kali la / kejap la" dan sebagainya bila anak2 nak sesuatu?
Berapa kali kita berjanji dengan anak dan dia menunggu depan pintu dengan muka berseri2 tapi kita cuma cakap 'ibu lupa la... esok la' perasan tak air muka dia yang berubah mendadak tu..
Berapa kali sehari kita dakap, cium dan cakap kita sayang anak kita tak kira la umur dia berapa pun?
Berapa kali kita marah dia sebab hal remeh temah yang dia buat macam tumpahkan air ke, buat sepah ke, lambat mandi ke, benda2 kecikla yang bebudak selalu buat..yang dia tak tau pun sebenarnya benda tu salah..
Berapa kali tanpa sedar kita bandingkan pencapaian anak kita dengan anak orang alain depan dia dan sebenarnya kita jatuhkan self esteem dia..
Berapa kali kita puji dia sebab dia buat something simple like tutup TV sendiri, pakai baju sendiri, tak bising masa adik dia tidur dsb
Berapa ramai antara kita yang gula2kan anak dengan benda material untuk dia jauhkan diri dari kitayang penat balik dari kerja?
Aku boleh bagi macam2 lagi soalan untuk kita jawab bersama... cuma yang kita kena fikir tahap tu je ke nilai anak pada kita? cuma satu tanggungjawab pada ibu ayah, bukan permata yangtak ternilai yang kena di belai , dijaga biar tak hilang sinar.
Aku tak nafi memang kita penat, aku sendiri pun rasa Ya Allah penatnya balik kerja nak melayan kanak2 ribena tu. Tapi bila aku rasa nak mengalah aku kena cepat2 sedar yang mereka tak minta pun nak jadi anak kita, kita yang doa untuk dapat anak. Aku selalu anggap dan bayangkan kalau la permintaan atau benda2 yang anak2 aku buat ke hapa ialah yang terakhir, ataupun benda yang aku buat untuk mereka walau sekecil mana pun adalah yang terakhir, either way pun aku nak mereka tahu yang mereka ni memang permata hati aku.
Aku akan pastikan setiap hari aku peluk, cium dan cakap aku sayang kat mereka, berkali2 sehari in fact. Arief sampai sekarang akan cium aku tak pasal2. Which I like... aku akan cuba pastikan kehendak emosi mereka tertunai. Sebab kanak2 yang cemerlang yang akan membesar menjadi orang yang cemerlang ialah kanak2 yang masa kecilnya penuh dengan rasa sayang. Aku selalu percaya bila foundation dah kukuh, InsyaAllah anak2 kita ni campak kat mana pun akan terpelihara dari benda2 pelik tu semua.
Mana boleh dapat rasa sayang kalau bukan dari kita ibu bapanya kan.....benda mudah aku buat untuk buat anak2 express sayang mereka? satu contoh.. bila arief betul buat kerja sekolah dia aku upah cium dan peluk. Aku puji gila2 la.... dia pun seronok cerita ngan orang lain ibu cakap dia cerdik dan ibu dah upah cium kat pipi...
Jom kita.... remember.. memula memang susah tapi lelama mudah because we are all human and we are creature of habit!

No comments: