Aku suka tengok Oprah show dan aku suka jugak membaca. Tak kisah apa jenis bacaan pun. Aku selalu kumpulkan kata2 yang aku petik daripada cerita yang aku tengok atau aku baca untuk motivate dan nasihat diri sendiri. Dan aku rasa ianya berkesan untuk pujuk hati.
Bila hati rasa resah ke, aku ada masalah ke, aku akan buka balik jurnal dan aku baca balik kata-kata menarik yang aku kumpul. Somehow macam beri aku satu bentuk ketenangan, knowing that those words sooth my heart, buka beberapa jalan yang boleh aku pilih untuk seesaikan masalah aku.
Kata-kata ni tak semestinya berirama ke hapa, ia mungkin dialog spontan atau nasihat dalam ruangan Cik Seri Siantan tapi asalkan berkaitan ngan kehidupan aku sebagai seorang wanita, anak, isteri, ibu, pekerja, adik, kakak dsb, aku akan ambil dan tulis dalam jurnal aku.
Agaknya kalau aku terbitkan boleh la duduk kat rak bawah kedai buku ehehehe...rak atas ada buku La Tahzan.
Macam baru ni aku tengok Oprah Show pasal kerja amal oleh ordinary people like you and me. Sorang ni buat pijama program. Dia kumpulkan pijama dan berkan pada rumah perlindungan kanak2. Walaupun cuma sehelai pijama tapi untuk budak2 yang tak pernah ada pijama untuk tidur that means a lot. Dalam 5 tahun dia dah kumpul 85,000 helai pijama baru. Bukan terpakai tau. Sorang lagi dermakan buku untuk negara2 miskin. Mulanya derma la tapi lama-kelamaan dia wujudkan satu organisasi yang hala tujunya untuk beri pendidikan pada kanak2 dunia ketiga. Yang last tu gunakan kupon percuma yang dikumpulkan untuk tukarkan dengan makanan dan wujudkan Food Pantry untuk the whole community.
See how small things (at least when it was first started) can change the life of hundreds and thousands of people. Aku terfikir apa yang aku boleh sumbangkan untuk membantu? Kebanyakan kita nak membantu tapi tak tau cara. Betul tak?
Aku specifically suka satu kata2 dalam Oprah Show tu that is "educate a girl and the whole family will change, the whole community will change, the whole country will change" A girl will be a woman and get married. She will have her own children. Literate mothers will teach her children and through her we will save a number of children from illiteracy, education will help them escape from poverty" - which for me is very true. Pelajaran yang akan mengubah nasib satu keluarga dalam dunia sekarang ni. Tanpa pelajaran pusingan hidup tu akan sentiasa menghantui.
Aku pernah sarankan pada Pus*pani*ta. Daripada pergi buat lawatan ke luar negara atas tiket buat kebajikan baik kita gunakan duit tu untuk beri pertolongan pada orang dalam negara melalui program yang tujuannya untuk ubah nasib satu2 keluarga. Contohnya kumpulkan beberapa suri rumah dalam satu daerah yang kita rasa sesuai dan bantu untuk baikkan ekonomi keluarga dan pelajaran anak2. Omputih kata "if you give them a fish they will eat for a day but if yoy give them a rod they will eat for the rest of their lives" Jadi kita buat program yang beri mereka 'pancing ikan' tu. Bantuan memacam boleh....jangan asyik beri duit dan barang makanan tapi bantuan pendidikan, ajar cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan tu.
Aku cuma ada idea...kalau ada pihak yang ada rough idea lebih kurang aku, aku sedia nak mulakan program tu. Walaupun dengan permulaan satu family.
Semalam masa tengah makan-makan aku baca satu paper lama, ruangan sembang-sembang, tajuk dia 'hati terpaut suami orang' Aku bukan nak kisahkan ceritanya tapi aku suka komen dan nasihat penulis pada si gadis tu yang aku rasa betul juga. Katanya pembaca sekali baca akan anggap gadia tu patut dipersalahkan tapi suami orang tu pun patut disalahkan juga. Aku taipkan komen dia yang aku cukup suka..
"apapun kerana saya ada peluang untuk memberi komen, saya ingin menasihati Idayu agar menjauhkan diri daripada J sebelum terlambat. Kalau sehingga saat ini masih belum ada niat untuk berkahwin dengannya, kenapa tidak berundur sebelum dibuai perasaan lebih hebat
Jika sayangkan J dan ada simpati terhadap isteri dan anak-anaknya, elakkan hubungan ini menjadi serius. Saya percaya Idayu cukup bijak untuk menilai yang mana terbaik untuknya. Jika sekadar J boleh membahagiakan dirinya, saya berkeyakinan Idayu boleh mencari lelaki lain yang boleh memberikan kebahagiaan hingga ke hujung nyawa.
Buktikan yang anda bukan pengikis dan perampas. Jangan mengganggu kebahagiaan J dan keluarganya. Ada masa kita perlu melepaskan orang yang kita sayang kepada yang lebih berhak kerana mereka adalah pemiliknya yang sah. Macam mana sayang sekali pun, hak orang tetap hak orang. "
Nikmati hari-hari yang indah yang hanya akan singgah cuma sekali dalam hidup kita. Seiring dengannya, carilah sesuatu yang dapat mencegah berlakunya penderitaan sebelum penderitaan itu datang singgah dalam hidup kita"
Aku percaya semuanya terletak dalam tangan kita. Kalau nak memang jadi, kalau tak nak tak jadi la. Keputusan yang ditunjangi emosi takkan bawa kita kemana2. Tapi keputusan yang berlandaskan fikiran yang rasional insyaAllah akan beri kita kepuasan dan kebahagiaan dalam hidup tak kiralah keputusan apa pun.
Aku tak cakap senang. Memang susah tapi a thousand steps start with the first one kan....of course a long the way we will stumble and fall but those are part and parcel of our journey...takde masalah tak best la hidup beb...
No comments:
Post a Comment