Sepanjang sebulan lebih yang lepas ofis aku ni ada sukan antara rumah. Satu ofis dibahagikan 4 rumah pastu main la memacam sukan. Dan disebabkan ada syarat pertandingan dimana pegawai kena sertai... aku boleh la dikatakan main semua permainan termasuk bola tampar, bola jaring, futsal, dart dan boling.
So Jumaat lepas aku main boling. Acara terakhir la sebelum Hari Keluarga Ahadnya tu. Main kat Sunway Pyramid Megalanes. Abang amik aku kat opis dah petang benar dah, tapi sampai kat Sunway Pyramid tu sempat lagi pi shopping. Abang belikan aku kasut sukan baru. New Balance yang dapat sangat berpatutan lepas 50% diskaun. Thanx a lot. Aku pun emmang perlukan sangat la kasut sukan baru sebab kasut aku tuh dah nak tercabut tapak dah...
So main ler boling 3 game. Jangan tanya la performance aku muahahaha.. boleh laaaaa. Abang layan snooker sambil tunggu mem habis game ni. Sampai dekat pukul 11 gak la baru abis. Habis jer lontaran terakhir aku terus balik, tak tunggu abis gamenya...
Hari sabtu pi shopping plak untuk anak2. lama sungguh tak beli baju untuk abang ngan adik. So sesi perabis duit kat Klang Parade. Kan sale kan.... sambar la beberapa helai untuk adik di Parkson pastu beli sandal adik jugak kat Al-Ikhsan. Untuk anak bujang aku.. kena pegi Reject Shop untuk cater saiz dia tu. Untuk Ayahnya sehelai cargo pant untuk kerja commissaire ngan jaket juga.. beli kat Ready 2 Suit jer. Untuk ibu cuma sepasang setokin huhuhuhu... takper semalam dah beli kasut sukan kan..
Malam Ahad tidur kat Kiara sebab esoknya tu nak ke Family Day opis aku kat Sunway Lagoon. Program separuh hari jer. Lagi separuh jari acara bebas. Berapa kali aku pegi Sunway Lagoon ini tahun? kira la sendiri muahahaha. Tak kisah la... yang penting acaranya bukan tempatnya kan..sengaja tidur kat Kiara sebab dekat ngan tempat kejadian. kena sampai pukul 8 tuh haaaa.. cleaner sunway lagoon pun tak bangun lagi kot..
But all in all we had fun. Well I had fun watching my staff having fun. Ada la sesi sukaneka bagai. Ada jugak clown buatkan belon bentuk macam2 untuk bebudak kecik. Ada lukis2 muka. Aku duduk jek kat tepi tengok anak2 buah aku main segala neka sukaneka sambil jaga anak dara aku yang merenyam nak main air.
Acara yang ditunggu2 ofcourse cabutan bertuah la. Tahun ni hadiah paling grand is Sony Home Theatre. Aku dapat dinner set jek. Rezeki jugak tu.. sapa nak bagi kan..
Lepas puas anak2 aku mandi manda.. we went back to Kiara around 2.00 and leisurely lepak2 depan TV dan tido ekekekeke.. bebudak penat main air kan. Dapat susu, kena aircond terus lena ngan mak pak sekali..
Dalam pukul 6 camtu pergi stroll kat taman. Layankan jer la bebudak tu main. Adnen baru dapat kaki, puas la mengejar. Malam aku tak larat dah nak masak, so pegi la pasar malam TTDI pastu mamam dan memasing tidur awal.... penat la semernyer kan..
Tu la kejadian di hujung minggu. Penat tapi berbaloi. Oh yer... aku bercuti Isninnya ehehehe...
No comments:
Post a Comment