Thursday, May 27, 2010

CARI SEKOLAH

Anak sulung aku start sekolah tahun depan. Sejak pindah sini aku meneliti beberapa kemungkinan persekolahan Arief. My main concern is logistics. Dengan kerja aku yang banyak outstation, melawat tapak dan endless meetings all over Pahang dan Putrajaya ni, susah juga nak decide kan. Dengan abang yang selalu kena pegi lumba basikal.. Adik2nya takpe, agak2 nak pegi central tu bawak je la. Sementelah rumah aku tu kawasan baru jadi sekolah rendah yang paling hampir pun agak jauh.

Ada sistem transit kat Taska dan kalau dengan bayaran tertentu boleh ke kelas KAFA sebelah petangnya. Tapi certain school je cater yang amatla jauh. Mau anak aku kuar rumah sebelum pukul 7 pagi kan.

So akhirnya aku opted for Sekolah Integrasi. Masuk pukul 7.45 pagi dan keluar pukul 3 petang. Silibus Sekolah Kebangsaan dan Silibus Sekolah Agama digabungkan sekali. Transport dan makan tengahari disediakan. Sebulan bayar RM 200++. Balik sekolah aku tumpangkan dia kat Taska berhampiran rumah sekejap sampai aku balik kerja. Selesai masalah logistics aku.

Dan yang paling best jiran selang 2 buah rumah aku pun akan masukkan anak dia kat situ jugak. Adala kawan Arief buat kerja sekolah nanti.

Adneen tetap kat Taska Azid dan baby pun akan masuk Taska yang sama juga. Alhamdulillah taska tu boleh uruskan breastmilk. So byr lebih sket pun aku tak kisah.

Tahun depan perbelanjaan sekolah dan taska 3 orang anak akan berjumlah hampir RM700, (Arief = 200++, Adneen = 180, baby = 280).

Bila fikir2 balik kan.. Ya Allah... aku dah naik kategori. Thn depan anak dah start formal schooling. Kena bersedia untuk belajar balik subjek2 yang dia akan belajar terutamanya subjek aliran agama. Angah BOLEH!

Wednesday, May 26, 2010

BARU 8 TAHUN

Semalam genap 8 tahun aku bergelar isteri. Alhamdulillah.

Mana ada rumahtangga yang tak dilanda badai, yang tak dilambung ombak. Terpulanglah kepada kita untuk hadapi badai dan ombak.

Aku berdoa agar terus diberikan ketenangan hati, kedamaian jiwa dan ketajaman akal untuk terus menjadi seorang isteri yang baik. InsyaAllah.

BABY

21 weeks and counting..

dan berat aku dah naik 500g hahaha

Monday, May 24, 2010

SIBUK

Makcik sibuk kejar dateline. Makcik kena buka 5 sebutharga dalam masa 3 hari. Satu sebut harga ada dalam 100 petender. Lepas tu makcik boleh berblog lagi..

Wednesday, May 12, 2010

LAMPU KIPAS

Aku rasa sejak pindah Kuantan ni aku tak pernah lagi update pasal renovation rumah kan. Sebab takde benda yang direnovate pun haha..pakai asal ada je ikut bajet semasa. Tapi ada la satu dua benda yang aku ubah jugak. Slow2 katanya.


Ini ruang tamu utama. Letak kipas 4 blade yang ada remote control dengan lampu ala2 chandelier yang harganya RM130 saja. Beli masa sale kat Seng Hup Kuantan.


Ni ruang depan sliding door. Lampu kembar 3 tu asalnya nak letak kat meja makan tapi macam tak sesuai jadi letak je la situ. Macam ok gak. Harganya RM190. Lampu 4 segi yang tepek kat siling tu asalnya lampu dinding tapi diubahsuai jadi lampu siling. Harga RM60 saja.


Ini ruang rehat kat tingkat atas. Actually kesemua bilik aku pakai lampu jenis sumbat kat siling ni aje, termasuk la kat porch. Murah dan terang. Camni la pesennya. 1 kipas dan 4 biji lampu. Cuma kat master bedroom ada 7 biji dan tambah aircond. Untuk keselesaan katanya.

Untuk kos pendawaian, lampu dan kipas satu rumah ni aku habis dalam RM3500 saja. Tu pun sebab syarikat adik ipar sendiri hehe.. bayar pun ansur-ansur. Kalau tak, senak jugak la kan.

Nanti aku update lagi la lepas perabot dah masuk sikit2. Sekarang ni cuma ada yang sangat asas je. Nak tunjuk pun segan.

Monday, May 10, 2010

IDAMAN KALBU


Kedua-dua anak aku memang exclusively breastfeed sampai la umur 2 tahun. Perjalanan yang sangat la panjang tapi sangat berbaloi.
Dah beberapa breast pump yang aku pakai sepanjang breastfeeding journey ni.
1. Medela Mini Electrict
Aku beli masa Arief. Harga dlm RM 300++masa tu bajet ciput tapi alhamdulillah bertahan jugak tau. Aku dah jual pun pada member.
2. Medela Harmony
Aku beli untuk casual pumping, harga dalam RM200++, in between feeding dan masa2 hujung minggu yang tak perlukan aku pump secara serius.
3. Medela Pump In Style Advanced (PISA)
Aku beli masa bersalin Adneen. Rabak la makcik dekat RM 1700. Tapi sebab determine nak hasil maksima dalam jangkamasa pendek maka beli la jugak.
Ramai yang tanya aku tak rugi ke beli mahal2 ni, pakainya sekejap je. Terpulang la pada pendapat masing2. Kalau ibu yang tak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tak perlu la invest sangat. Macam aku plak, aku pinjamkan pump2 aku ni pada ibu2 yang perlukan. Hygiene wise tak susah, sediakan je la breast shield yang baru.
Sekarang ni aku tengah berkira2 nak membeli Medela Free Style plak hehe.. harga memang mahal. RM 2300. PISA tu aku let go pada sepupu aku. Sebab nak beli hmmm..gadgetnya yang simple dan tak bulky mcm PISA. sangat mesra pengguna nampaknya.
Tunggu la Freestyle.. kau akan jadi milik aku juga hehe...kena tambah sikit je lagi modal. Untuk penggunaan selama at least 2 tahun dan melihat anak membesar dengan susu aku sendiri, aku rasa pelaburan ni memang berbaloi..
Sekarang ni pun aku dah start beli botol susu BPA free yang 2oz dan 5oz dan plastik utk store breastmilk. Sementara ada offer ni la..semuanya online. Modern mum katanya. Sterelizer dan bottle warmer masih elok. Nak beli techni-ice dan insulated bag je lagi.
Baju2, peralatan baby yang lain aku tak beli lagi pun, masa Adneen dulu dah tunggu hari baru start beli haha..

Tuesday, May 04, 2010

BAHANA SMS

Minggu lepas anak dara aku tak sihat. Birthday kecil-kecilan mmg cadang nak buat minggu ni. Aku pun batuk dan selesema. Sangat la tak selesa nak bekerja.

Semalam baca paper dan satu artikel sangat menarik perhatian aku. Pasal peningkatan kadar keretakan dan keruntuhan rumahtangga disebabkan SMS. Suami atau isteri main sms dengan teman tapi mesra.

I know the feeling. I really know the feeling. The feeling of being betrayed and cheated. And to and to the injury, that third party plak hantar mcm2 sms/komen blog pada aku. Macam haram kan..maruah letak kat tapak kaki! But I dont blame her entirely because it takes two to tango right?

Sekarang ni aku ambil pendekatan mudah. I choose to be happy. Kebahagiaan ada dalam diri aku sendiri, ada pada anak2. Dan aku sangat percaya pada hukum Allah. Takkan bahagia orang yang menghancurkan kebahagiaan orang lain. Bak kata omputeh "Pray for the best and prepare for the worst..."

Soalan mudah dari aku.. IS IT LOVE OR LUST?