Wednesday, June 02, 2010

EXAM DAN CUTI

Bulan depan, to be exact 7 hingga 15 Julai 2010 aku kena pegi exam (Penilaian Tahap Kecekapan) kat The Mines. Tapi sampai saat ni satu benda haram tak study. Sebab kerja opis banyak. Balik rumah jgn harap la dapat study kan. Lagi satu plak, banyaaaaakkkk benda dalam silibus tu yang kalau diikutkan kena cover. But since kerja hakiki kita yang akan dinilai, camne kita present dsb, so aku tak risau sangat sebab lebih banyak practical daripada teori. Aku doa2 agar lulus, kalau tak cemerlang pun dapat Aras 3 cukup la. Malas makcik nak mengulang.

Lepas serabut otak menelaah dan exam dan tulis assignment bagai, apa kata kita rilekkan minda dan badan. So kebetulan pulak awal bulan 8 nanti abang dapat lantikan komisar untuk Langkawi International Mountainbike Challenge. Jadi aku pun cadang2 nak ikut sambil makan angin bawak anak2 makan angin. Sementara belum bersalin ni kan.

So aku book Rumah Peranginan Persekutuan kat Federal Villa. Booking bilik suite tak dapat sebab penuh jadi dapat la 2 buah bilik deluxe. Tak kisah la. Harganya RM77 semalam. Jadi aku cuma bayar RM462 untuk 4 hari 3 malam. Salah satu keuntungan kerja gomen hehehe..cuti pun dah approved alhamdulillah.

Aku ngan abang dapat lantikan komisar (pengadil) untuk SUKMA Melaka tahun ni. Aku tak dapat nak pergi dalam keadaan aku yang makin boyot ni. Abang mungkin tak pegi jugak sebab ada 1 group riders dari Itali nak datang kayuh kat Taman Negara. Rezeki tu takkan nak tolak kan. Lagipun kesian kat aku kena handle bebudak sorang2 kan. Kat Klang dulu lain sebab bebudak duduk rumah je. Kat sini kena hantar Tadika dan Taska. Lelah aku wei.. lagi la dengan pregnancy yang dalam kategori high risk kali ni.

Esok Antaenatal check-up. Berat aku dah naik sekilo (je?). Janji baby sihat sudah la. Jumaat plak ada meeting kat Pejabat daerah Lipis. about 3 hour drive from Kuantan tu. Takpe...guna kenderaan jabatan rilek sket. Duduk sebelah buat taik mata je. ..

Sidetrack...

Dia cakap "untung la korang ni..baru kerja 4-5 tahun dah naik 48, kitaorang ni ntah merasa ntah tak 48 tu"

Aku jawab " masa ko terima kerja tu ada tak orang acu pistol kat kepala suruh terima? Kalau takde dan terima dengan rela hati tolong jangan komplen dan kondem kerja org lain. Kalau rasa nak masuk skim aku pun boleh je kan lompat skim sekarang ni. Betul skim ko lambat naik tapi ada ko kena stayback macam aku, outstation sokmo, buat reports berjela, menjawab pada boss/public/stakeholder, kena bambu dalam meeting.."

Dia cakap "tak la...aku cakap je.."

My point is jangan buat assumption kalau tak tau fakta sebenar. Memang nampak sedap naik gred, naik gaji tapi tanggungjawab dan beban kerja yang dibagi tu kena fikir juga. "Grass is always greener on the other side" omputih kata..

3 comments:

oren said...

yer, aku setuju bngat tang naik gred tu..

cam aku, mmg bertahun la kalo nak merasa cam ko..tapi sebab tahu kerja korang memerlukan komitmen dan pengorbana tinggi, aku rasa aku lebih suka berada ditmpt aku sekarang..

sbb, bila bos nak suh g meeting pun, depa akan consider keadaan aku..akukan kena amik mira time lunch, pastu ptg lepas punch card jek, menonong beli mknan dan amik bebudak kat nurseri..so, kalo meeting yg lanjut2 tu, bos tak kasik aku pegi..dia suh org lain yg available pegi..oklah jugak..aku pun takde la rasa rendah diri ke hapa, sbb my priority is my kids..

kitaorg kat sini, takde ptk..diganti ngan sistem cpd, kena kutip point by attending kursus/bengkel blaa..bla..kalo nk naik aras, kena bentang paper mcm viva tuh..hikhik..

ctpayong said...

salam,
tak usah fikir sgt psl exam. Allah kata lulus pasti lulus tapi kenalah usaha jgk. yang penting baby kena sehat selalu.

Hambali ® said...

aku baru mohon ... bulan 10 punya ...saja amik lepas raya ....

tayah risau sangatla pasai exam tu ... jaga kesihatan lagi elok ... tak lama dah tu