Friday, July 30, 2010

BENGANG DAN REDHA

Hati aku dah lama terguris, aku dah lama memendam rasa. Aku biarkan saja insan tu terus ganggu hidup aku sebab aku tau aku ada Allah tempat aku mengadu. Kalau aku layan pun, kalau aku balas pun perbuatannya, apa yang akan bezakan aku dengan dia kan..

Cuma aku takut sampai satu tahap nanti bila kesabaran aku dah sampai penghujung...jangan sampai aku gunakan networking yang aku ada untuk susahkan hidup engkau. Bunyi riak kan? Try me! and you'll get the taste of your own medicine!

Aku tau insan tu pembaca blog ni, aku jugak tau insan tu mengintai2 FB aku. Itu hak dia,aku takkan privatekan blog ni semata2 sebab dia.

Yang aku perasan insan2 pengacau ni wanting to be acknowledged, wanting to be known and recognized. Pelik kan bila si pengacau sentap dengan statement yang dikacau.

Kata-kata KakLuna yang best "jgn marah dia angah, dia yang patut marah sebab benda yang dia nak tu dah jadi kita punya"

Masa ni aku lebih pentingkan baby dalam kandungan, family dan anak2 aku. Nothing more nothing less

Ya Allah...! Engkau yang Maha Tahu, Engkau yang menyimpan semua rahsia alam ini. Kuatkanlah hatiku Ya Allah! Aku tahu, semua yang Kau kurniakan padaku adalah pinjaman semata, Engkau berhak menarik kembali semua kepunyaanMu. Jadikan aku hamba yang redha dengan setiap ketentuanMu. Aku yakin tidak Kau berikan aku ujian diluar kemampuan dan di luar batas keyakinan dan keimananku. Maka, Kau kuatkan hatiku untuk hanya berserah kepadaMu dan tidak berpaling dari mensyukuri nikmatMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, July 29, 2010

SERVIS LEMBAP

Siapa yang tak rasa marah bila disajikan dengan servis yang lembap bolehlah dianggap sangat mulia.

Cerita berlaku dah dekat seminggu, baru teringat nak tulis. Malam Ahad lepas aku satu family pergi la East Coast Mall, saja berjalan bawak anak2. Perut pun lapar so nak dinner lah kan. Anak bujang nak makan KFC, tapi tengok yang beratur punya lah ramai. Malas nak menunggu la kononnya. So bergerak la ke Restoran Rasa*Mas yang dikhabar2kan sedap tu. Orang pun tak ramai mana..ada plak stik yang anak bujang memang suka makan. So k lah..

Haaaa... masuk2 je dah kena menyelit2 sebab sangat la sempit.Meja untuk 4 orang sebenarnya cuma sesuai untuk 2 orang. Takpe la..

SERVIS SANGAT HAMPEH!!!

Nak order pun lambat. Lepas order kena tunggu lama giler. Alasannya tak cukup staf. Takpe la mungkin sebab malam Ahad kot kan.. Angah sabar lagikkk

Air sampai. Aku order 4, dapat 3 je, pastu kopi O punya la cair boleh nampak Singapura!, kopi ais pun standard dah buat berjam2 lepas. Cair dan tawar.

Makanan sampai. Lambat jugak nak tunggu tapi sebab katanya dimasak fresh maka mungkin boleh harap kot..HAMPA!!!! Aku order lain, dalam resit lain, yang sampai lain! BULEH? Aku order Steak Primeroast with fries, ditulis Steak Primeroast with rice, yang sampai Chicken Roasted with fries. Aku tanya apsal plak, dia kata steak dah habis. Aku hangen satu badan dah masa ni.

"Kenapa tak bagitau saya dah habis sejurus lepas saya order?"
"Harga sama je kak"
"Saya tak tanya harga, saya nak steak sebab tu saya tunggu, kalau saya tau dah habis boleh saya pergi restoran lain"

Abang kata takpe la, kita rasa camne..fine. Makan la jugak dan tak la sedap pun! Ayam panggang aku buat lagi sedap.

Pastu sampai plak yg aku order untuk anak dara. Aku order drummet with rice. Yang datang nugget with fries! berangin makcik boyot ni dibuatnya..aku sound lagi sekalik la..kensel order tu walaupun dia dah buat. Pedulik apa kan..

Makan dengan perasaan yang tak best. Masa bayar aku sekolahkan manager restoran tu sekali lagi. Aku bayar ok.. bukan free!

Masa yang sepatutnya jadi masa happy2 aku ngan family jadi masa sangat tak best. CUma dihabiskan dengan menunggu makanan dan makan plak tak best.

Memang first ngan last la aku masuk restoran Rasa*Mas tu..TOBAT!

Wednesday, July 28, 2010

KENANGAN DULU-DULU

April 2008 aku start consume Herbalife. Masa tu berat aku whooping ke 81kg. Sangat berat! Alhamdulillah nampak la hasilnya sebab dalam masa 1 tahun aku hilang dalam 20kg. Tapi nak turun berat bukan setakat makan produk tertentu je, aku start exercise dan berbasikal ampir setiap hari.

Masa aku kerja kat Petaling dulu sebelum transfer ke Kuantan ni la. Sempat la join sukan jabatan. Saja bagi support kat anak2 buah kan, sambil2 tu boleh bakar lemak jugak ye tak. Masa ni berat aku dah turun dalam 10kg rasanya. Masih la bulat tapi ramai dah notice perubahan.

Aku hentam main semua permainan.

"Puan boleh masuk team bola tampar?"
"Boleh"

"Puan boleh main bola jaring tak?"
"Boleh"

"Puan dart tak cukup pegawai la"
"Masukkan la nama saya"

"Boling boleh Puan"
"Baling2 boleh la"

Ha...bersemangat waja sebelum main bola jaring kan.."sapa tak bagi saya bola ke hapa ke, saya tak luluskan cuti lenkali ok!" Boleh ugut camtu kan haha..


Niat aku nak support semangat staff. Tapi kan... bola tampar dapat no. 3, bola jaring no 2, dart pun no 2 tau... boling sebab aku memang antara ratu longkang memang hampeh la haha.. janji main sudahhhh...

Lepas pada sukan i aku tetap la gigih turnkan berat sampai dapat 60kg. Pastu peknen dan miscarriage, pastu pindah Kuantan dan peknen lagi. Ni dah 30 minggu dan berat aku sekarang ialah jeng jeng jeng.....69kg. Mungkin sangat berat atau sangat biasa pada orang lain, tapi pada aku dan kengkawan yang selalu dibelenggu masalah berat badan ni.. satu pencapaian wooooo..

Monday, July 26, 2010

ANAK-ANAK IBU

Beberapa gambar masa Sukan TADIKA Arief. Anak bertuah ni aku cutikan dari sekolah 2 minggu sebab ngikut aku pergi exam. Balik2 Kuantan terus pegi sukan. Alhamdulillah agaknya darah atlit tu mengalir dalam badan dia kan (mode riak haha) maka dengan selambanya dia bersukan. Dia daam rumah Ungu. Cuma anak bujang ni sekali sekala akan melilau mata mencari aku. Takut hilang katanya. Jadi ibu duduk statik kat bawah pokok. Ayah jadi kamera man.

Arief ni kedua tingi dalam kelas. Jadi untuk acara lari sambil kepit bola senang je la dia mengepit kan. Yang renek2 tu kesian sebab susah nak mengepit hehe..

Mulanya nak ngambik gambar dia, tapi makin rapat plak member2 kan. Sangat seronok berkawan. Bagusss


Anak dara ni macam biasa menyebuk je le. Masuk acara susun kotak ngan masuk bola dalam bakul. Menang tau haaa... masani tengah penyampaian hadiah, nampak kayu dua batang tu? Ye.. sambil ketuk2 kayu dia menyanyi seska hati "gajah berkaki empat gelek gelek, hidungnya sangat panjang gelek gelek, gadingnya sangat tajam tapi gajah tak makan orang gelek gelek" (ikut melodi lompat sikatak lompat)

Janji happy sudahhh...

p/s : ibu tengah bertungkus lumus mencuri masa buat assignment dcelah-celah kesibukan kerja. Ye la 2 minggu tinggalkan opis ngkauuuu...

Tuesday, July 20, 2010

DURIAN HIJAU

Akhirnya aku telah berjaya makan durian hijau. Kan aku balik dari Klang hari Jumaat kan..Nak jadi rezeki aku kan, elok nak masuk simpang ke Bandar Damansara, elok je nampak pakcik naik motor bawak seraga penuh untuk dijual kat gerai dia (kawasan perumahan aku memang port jual durian fresh dari dusun). So abang berhenti dan beli 3biji dengan harga RM30. Murah kan..

Sampai rumah, lepas masukkan barang2 dalam rumah terus makan durian. Perghhh memang berbaloi-baloi. Sebiji durian tu ada la dalam 5-6 ulas yang isinya tebal dan manis. Tak lemak sangat macam durian kacuk. Tapi aku makan 2 ulas je.. kena beringat la sikit kan. Anak2 aku bantai makan macam la tak jual dah haha..suprisingly baunya tak la kuat sangat.

Selesai 2 biji durian, lagi sebiji kami jamu member yang datang ke rumah malam tu. sayangnya dalam kesibukan makan durian, aku lupa snap gambar. nanti aku beli lagi dan snap bebanyak hehe..


KEMBALI PADA-NYA

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dalilah Tamrin@Raden Galoh http://onebreastbouncing.blogspot.com atas pemergian Allahyarhamah semalam jam 8.50 pagi kerana komplikasi barah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Aku selalu berkunjung ke blog Kak Raden tapi jarang tinggalkan jejak. Membaca blog arwah membuat aku rasa sangat kagum dengan perjuangannya menentang barah payudara yang dihidapinya. Buat aku rasa apalah sangat dugaan yang aku hadapi berbanding yang dia, suami dan anak2 hadapi. Semoga yang ditinggalkan diberikan ketabahan insyaAllah.

Saturday, July 17, 2010

SUKAN

Exam dilalui dengan tenang cewah! Aku harap sangat ada soalan pengurusan tanah, tapi takde plak. Abis 2 jam tangan rasa nak krem! Aku ingat nak balik Kuantan weekend tapi Arief ada sukan Tadika. So semalam bertolak balik.Sempat singgah Bike Boutique hehe..

Ni mengupdate blog sambil menunggu penyampaian hadiah. Blogger tegarkah? Boring sebenarnya sebab acara dah drag lama sangat.

Tinggal kertas tugasan individu dengan kertas renungan untuk disiapkan. 2 minggu bukan lama. Kena buat awal.

Oh..Arief dapat 1st place acara lari sambil kepit bola. Acara bawa bola ping pong dapat 3rd place. Adneen dpt 1st place acara isi bola dlm bakul. Susun kotak dpt no 2.

Ada harapan anak2 aku jadi atlit haha. Aku tak masuk pun sukaneka parents. Tak larat.

Acara penyampaian hadiah dah start...happy weekend!

Tuesday, July 13, 2010

I-CITY

group presentation dah selesai. Panel quite ok. Kena bantai tu biasa la. Tapi banyak yg panel komen tu betul.

Semalam habis sesi awal jadi aku singgah opis lama.Saja jumpa member kan. Balik rumah tengok anak2 macam boring je jadi mlm tadi yg sepatutnya dihabiskan dengan revision dan practice telah dihabiskan dengan mengukur tanah kat I-City Shah Alam. Bebudak happy mak budak pun happy jugak.

Tinggal written exam lusa. Esok kena study sikit no matter what. That means tak boleh duduk kat rumah la. Maybe lepak kat library HQ. lama tak menulis nih haha

Majority ingat pregnancy aku dlm 5 bulan. Sudah 7 bulan laa.. perut kecik dan rasa sangat padat. Beza dengan pregnancy sebelum ni. But its a fact that every pregnancy is different. Aku rasa lebih tenang dan bersedia kali ni. Dan aku rasa happy sebab kali ni ada encik suami yg sama2 share housechores dan feelings. Merasa la manja sikit kan..

Nampaknya baby ibu kali ni jadi anak Pahang..dah duduk rumah sendiri ni pantang sendiri lah. Import emak dari Klang seminggu dua.

boy or girl? aku tak tau. tak kisah pun.Doa aku agar baby dilahirkan sempurna dan sihat insyaAllah..

Monday, July 12, 2010

IBU..

Hujung minggu patut dihabiskan dengan ulangkaji dan persediaan untuk public speaking, group presentation dan written exam sepanjang minggu ni. Tapi sebab aku juga seorang ibu yang masanya untuk anak2 cuma ada sepenuhnya pada hujung minggu maka plan ulangkaji dan persediaan tu cuma terperap dalam beg dan dalam otak saja.

Hujung minggu dihabiskan dengan bawa anak2 jalan2, hadiri kenduri kawen dan pergi umah sepupu sepapat. Ambil peluang sementara balik ke tanah air sendiri ni.

Malam tadi lepas anak2 tidur baru ibu start brainstorming untuk public speaking pagi ni. terhenti kejap sebab encik suami called. Got rough ideas, planned the presentation, senarai few complementary ideas and that was it.

Pagi ni aku goreng jer lah mana yangpatut goreng. jangan hangus sudah..

Kesimpulannya..i treasure my role as mother more than anything else..i believe all mothers are..

Friday, July 09, 2010

KENA BANTAI

Sesi pembentangan individu bagi Penilaian Pengurusan Kerja (sasaran dan pencapaian kerja dalam gred jawatan disandang)

Dah lepas seksa pertama. Adat la kena bantai dengan panel. Senyum dan jawab sebaik mungkin. Giliran sebelah pagi,panel tgh fresh kan..

Ada 4 lagi seksa, impromptu public speaking, pembentangan kumpulan, exam bertulis generik dan fungsional sampai Khamis depan. Balik nanti kena tulis 2 paper dan hantar lepas 2 minggu.

Permudahkanlah urusan penilaian ini Ya Allah..

Monday, July 05, 2010

RISIKO

Makin lama makin kurang entry. Sebab hidup sangat la rutin haha..pagi pegi kerja, petang balik kerja...

Seminggu dua ni banyak kereta masuk area rumah aku, slow je..macam cari rumah sewa. Memula macam pelik tapi semalam ada satu kereta berhenti betul2 depan aku (aku tengah buang sampah) dan semua persoalan aku terjawab.

Rupa-rupanya potential buyers untuk fasa dua pembangunan perumahan kat sini. Itu ini la ditanya. Dia minat ngan pattern dan keluasan corner lot rumah aku. Harga yang ditawarkan memang la lebih mahal (kira aku untung la kalau nak jual pun kan hehe). Lepas tu dia tanya, boleh tak nak masuk tengok dalam. Haaaa..aku kata tak boleh. Dia macam terkejut jugak.

Takkkk bukan sebab aku sombong. Sebab suami aku takde kat rumah la. Takkan senang2 nak bagi strangers masuk rumah. Lagi satu, dibuatnya mamat tu sebenarnya bukan potential buyer tapi potential buglar camne? Tak pasal-pasal nanti aku dedahkan diri aku dengan risiko kan..zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat ngan orang. Mana tau dia nak survey barang apa ada kat dalam rumah, point of entrance mana yang senang nak pecah...eii jangan la amik risiko.

Mujur anak aku menangis..aku pun mintak excuse masuk dalam rumah.

Oh..aku dah kurang kayuh basikal sekarang. Perut dah berat macam nak cecah palang basikal haha.. so aku continue dengan briskwalk je keliling kawasan perumahan. Bawak anak2 ke taman permainan.

Tadi pegi anteanatal check-up. Awalkan seminggu sebab ada hal minggu depan. Alhamdulillah semuanya ok. HB pun dah naik sikit. Dah 27 minggu dan berat keseluruhan aku dah naik 3.5kg. Doktor macam pelik jugak sebab naik sikit. So scan baby dan perkembangannya setara dengan apa yang sepatutnya. Itu yang penting pun kan...aku senyum je la..mudah sikit nak lose the weight lepas bersalin nanti hehe...