Monday, July 05, 2010

RISIKO

Makin lama makin kurang entry. Sebab hidup sangat la rutin haha..pagi pegi kerja, petang balik kerja...

Seminggu dua ni banyak kereta masuk area rumah aku, slow je..macam cari rumah sewa. Memula macam pelik tapi semalam ada satu kereta berhenti betul2 depan aku (aku tengah buang sampah) dan semua persoalan aku terjawab.

Rupa-rupanya potential buyers untuk fasa dua pembangunan perumahan kat sini. Itu ini la ditanya. Dia minat ngan pattern dan keluasan corner lot rumah aku. Harga yang ditawarkan memang la lebih mahal (kira aku untung la kalau nak jual pun kan hehe). Lepas tu dia tanya, boleh tak nak masuk tengok dalam. Haaaa..aku kata tak boleh. Dia macam terkejut jugak.

Takkkk bukan sebab aku sombong. Sebab suami aku takde kat rumah la. Takkan senang2 nak bagi strangers masuk rumah. Lagi satu, dibuatnya mamat tu sebenarnya bukan potential buyer tapi potential buglar camne? Tak pasal-pasal nanti aku dedahkan diri aku dengan risiko kan..zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat ngan orang. Mana tau dia nak survey barang apa ada kat dalam rumah, point of entrance mana yang senang nak pecah...eii jangan la amik risiko.

Mujur anak aku menangis..aku pun mintak excuse masuk dalam rumah.

Oh..aku dah kurang kayuh basikal sekarang. Perut dah berat macam nak cecah palang basikal haha.. so aku continue dengan briskwalk je keliling kawasan perumahan. Bawak anak2 ke taman permainan.

Tadi pegi anteanatal check-up. Awalkan seminggu sebab ada hal minggu depan. Alhamdulillah semuanya ok. HB pun dah naik sikit. Dah 27 minggu dan berat keseluruhan aku dah naik 3.5kg. Doktor macam pelik jugak sebab naik sikit. So scan baby dan perkembangannya setara dengan apa yang sepatutnya. Itu yang penting pun kan...aku senyum je la..mudah sikit nak lose the weight lepas bersalin nanti hehe...

7 comments:

Ummi said...

angah

masa mengandung anak-anak dua2 berat akak naik dalam 6 kg atau 5 kg aje, akak selalu kena marah dengan dr, tapi nak buat macamana, berat tak naik

batrisya 3.1 kg

damya 2.3 kg, masa damya teruk sebab depa consider baby prem, so dia kena ambik banyak darah untuk check itu dan ini dan masa nak beli insuran kat dia susah sangat, macam2 procedure akak kena lalui, at last dapat jugak akak beli untuk dia :)

so pastikan baby berat ok, kalau tak kesian kat baby nanti :(

Biarlah rahsia said...

skitnya berat angah naik...klu k.bi mesti lebih 15kg...hehe

tapi takpe...asal baby dan ibu sihat kan.

tahniah for the 3rd baby.

Pnut said...

dah tak lama dah nak due...
moga selamat semuanya..

Angah said...

Ummi
Tu la.. nk buat camne bukannya diet ke hapa..janji perkembangan baby ok sudah la kan..

kak bi
Pregnant dulu2 naik banyak jugak. Kali ni lebihkan eksesais dan jaga bentuk pemakanan hehe

K Pnut
Ha'ah.. pejam celik dah dekat 7 bulan..

Dinas Aldi said...

yalah betul la jgk, buatnya org tu perompak, naya ja! eloklah x bg masuk. bukan nak buat eksyen tp bahaya la, lebih baik jgn.

smoga smuanya selamat with the baby!

NONIE ABDUL AZIZ said...

hohoho laki tu ngok...suka-suka je nak masuk tengok design rumah org...skitnye angah berat badan naik...tapi tak pe as long baby dlm perut ngan maknya sihat..alhamdulillah...

bola2api said...

berat yg naik tu mcm berat baby dgn air ketuban jer..hahaha

aku naik 9kg hari tu. tapi dah ilang dah semua skang, alhamdulillah