Tuesday, July 20, 2010

DURIAN HIJAU

Akhirnya aku telah berjaya makan durian hijau. Kan aku balik dari Klang hari Jumaat kan..Nak jadi rezeki aku kan, elok nak masuk simpang ke Bandar Damansara, elok je nampak pakcik naik motor bawak seraga penuh untuk dijual kat gerai dia (kawasan perumahan aku memang port jual durian fresh dari dusun). So abang berhenti dan beli 3biji dengan harga RM30. Murah kan..

Sampai rumah, lepas masukkan barang2 dalam rumah terus makan durian. Perghhh memang berbaloi-baloi. Sebiji durian tu ada la dalam 5-6 ulas yang isinya tebal dan manis. Tak lemak sangat macam durian kacuk. Tapi aku makan 2 ulas je.. kena beringat la sikit kan. Anak2 aku bantai makan macam la tak jual dah haha..suprisingly baunya tak la kuat sangat.

Selesai 2 biji durian, lagi sebiji kami jamu member yang datang ke rumah malam tu. sayangnya dalam kesibukan makan durian, aku lupa snap gambar. nanti aku beli lagi dan snap bebanyak hehe..


KEMBALI PADA-NYA

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dalilah Tamrin@Raden Galoh http://onebreastbouncing.blogspot.com atas pemergian Allahyarhamah semalam jam 8.50 pagi kerana komplikasi barah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Aku selalu berkunjung ke blog Kak Raden tapi jarang tinggalkan jejak. Membaca blog arwah membuat aku rasa sangat kagum dengan perjuangannya menentang barah payudara yang dihidapinya. Buat aku rasa apalah sangat dugaan yang aku hadapi berbanding yang dia, suami dan anak2 hadapi. Semoga yang ditinggalkan diberikan ketabahan insyaAllah.

10 comments:

oren said...

Ya ALlah..aku besa masuk blog kak raden tuh..tapi dh lama tak baca cerita dia..

*takziah*

Angah said...

Oren : aku pun baru tau tadi lps tgk byk sgt komen kat blog arwah.

tentangseseorang said...

baru masuk blog kak raden. tak perasan apa-apa. masuk blog akak ady pergi balik go thru komen-komen yang ada...

Unknown said...

ada ker durian colour biru hehehe

takziah to arwah kak raden walaupon aku tak kenal

Dinas Aldi said...

durian musim ni saya belum rasa seulas pun lagi, huhu.

innalillah, semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Angah said...

Adi
Angah pun baru perasan lps nampak komen box arwah banyak entri

Heero
Buduhs la hahaha..tu nama sejenis durian la wei..

Kak Dinas
cepat2 pi beli makan tau..nak yang fresh meh datang umah.

Arena said...

Salam Ngah,
Aku nampak dekat blog Kak Raden tu, thru blog Kak Lady. Bila ke sana, and read the comments abru perasan. The good thing was on her last entry, dia dah mintak maaf kat sumer orang kan. MOga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

WEi sedapnya durian kampung seb baik ko beringat makan 2 ulas jek.. karang senak or berangin.

Ummi said...

wah sedapnya durian,

hari ni akak order durian kg yang hijau2 tu, D24, sebiji dia ambil RM4, murah kan, so malam ni jenuh panas badan sebab makan durian dan akak beli 10 biji, aduhai kalau check kolestrol dan gula dalam darah mau naik ni, takut :(

tapi nak makan gak

angah, sorry tadi kat FB ada orang marah pasal akak tulis selekom, akak ni pengguna selekom dari phone hingga ke berukband, sebab tu akak syak depa yang bagi data untuk orang lain hehehehe

sorry, agaknya kawan angah tu keje selekom kot :)

mamalisa said...

angah: bagi email address nak invite...

Angah said...

mawar: angah1410@yahoo.com