Masa aku kerja kat Petaling dulu sebelum transfer ke Kuantan ni la. Sempat la join sukan jabatan. Saja bagi support kat anak2 buah kan, sambil2 tu boleh bakar lemak jugak ye tak. Masa ni berat aku dah turun dalam 10kg rasanya. Masih la bulat tapi ramai dah notice perubahan.
Aku hentam main semua permainan.
"Puan boleh masuk team bola tampar?"
"Boleh"
"Puan boleh main bola jaring tak?"
"Boleh"
"Puan dart tak cukup pegawai la"
"Masukkan la nama saya"
"Boling boleh Puan"
"Baling2 boleh la"
Ha...bersemangat waja sebelum main bola jaring kan.."sapa tak bagi saya bola ke hapa ke, saya tak luluskan cuti lenkali ok!" Boleh ugut camtu kan haha..
Niat aku nak support semangat staff. Tapi kan... bola tampar dapat no. 3, bola jaring no 2, dart pun no 2 tau... boling sebab aku memang antara ratu longkang memang hampeh la haha.. janji main sudahhhh...
Lepas pada sukan i aku tetap la gigih turnkan berat sampai dapat 60kg. Pastu peknen dan miscarriage, pastu pindah Kuantan dan peknen lagi. Ni dah 30 minggu dan berat aku sekarang ialah jeng jeng jeng.....69kg. Mungkin sangat berat atau sangat biasa pada orang lain, tapi pada aku dan kengkawan yang selalu dibelenggu masalah berat badan ni.. satu pencapaian wooooo..
5 comments:
wah tahniah tahniah atas smua kejayaan dlm sukan dan kejayaan menguruskan badan.
smoga ko kekal kurus dan sihat..dan cantik,bergetah you...hehe
ai sedang berdiet semula...
hiks... gigih nak pakai baju yang dah dikecikkan selepas penurunan dolu tu..
memang ringan tu ngah...klu k.bi yg time tk pregnant 45kg...bila pregnant cecah 65kg tau...naik sakan...muju lepas bersalin turun semula...
KakLuna
Aminnnn...bukan senang nak menten berat.. untung pada mereka yang tak ada masalah kan
KakPnut
Chaiyok kak!!!
Kak Bie
Kalau turunnya senang takpe kak..angah ni jenis amik masa nak turun.
wahh ko pon gigih bersokan ni yer.. hahahha..
Post a Comment