Friday, October 22, 2010

BERPANTANG

Hari kelapan berpantang. Aku ni sangat la beruntung. Kedua-dua mak aku ada untuk jaga aku. Mak mertua aku yang paling sibuk setiap hari, dia la yang rebuskan air mandian, masakkan menu aku, buat kerja rumah dan sempat pulak kerjakan tanah belakang rumah aku ni. dah siap tanam kacang panjang, jagung, lengkuas, halia dan pisang jugak. Dah dapat geng pun, makcik jiran belakang rumah.

Mak aku plak part urut aku dan mandikan Riefqi. Kerja aku cuma susukan Riefqi dan makan je hehe..

Berat aku dah hilang 7kg. lagi sekilo dapat la berat sebelum mengandung. dengan diet dalam pantang yang aku makan sekarang, dengan breastfeeding insyaallah aku boleh lagi ringan dari sblm mengandung dulu kan..InsyaAllah. Chaiyok angah!

Abang ngan kakak punya penerimaan terhadap adik baru sangat beza. Abang Arief sayang sungguh pada adik. Cium asal ada peluang, cerita ngan adik, plan naik basikal dan main bola..ye la dapat adik lelaki kan. Teringataku masa dia lawat aku kat spital jumaat lepas. Aku cakap dia dapat adik lelaki. Dia salam aku, cium pipi aku pastu cakap "terima kasih ibu, bagi abang baby boy" terharu ok!

Kakak Adneen jenguk-jenguk camtu je. Tegur2 baby, cium2 baby. Tak passionate macam abang Arief la kiranya. sama la macam masa Arief dapat adik masa dia 3 tahun dulu. Asalkan tak smackdown adik dia sudah la..

Abang plak..masih la kekok dukung baby. Padahal anak dah 3 haha..dukung kejap2, cium acap2 la...aiiii takkan cium anak je kan, ibu yang melahirkan zuriat dia ni pun deserve kisses jugak. So setiap kali cium anak tu ibu pun dapat la...kan aku cakap..biar Riefqi jadi jambatan kasih kan..

6 comments:

cik puan daun said...

Untung gila ada dua-dua mak jaga masa berpantang.

Selamat berpantang. :) aku paling lemah berpantang nih. ekekeke. tak sabar nak habis pantang.

Angah, anything you need? extra bottle ke nursing cover ke? aku tgh cari idea apa nak bagi ko. ehehehe.

mamalisa said...

Wahhh...

Welcome to the World baby Riefqie :=) mesti comel macam mama dia hehehe..Tahniah beb.
Bertuah sungguh Angah ni dua-dua mak jaga, dasyat tu tapi best kan?

get well soon ya.

Dinas Aldi said...

memang beruntung sangat Angah, dua mak jaga tu! heheh siap dapat geng lagi tu mak mertua Angah, heheheh

Zana Jay. said...

wahhhh...ko sudah macam raja!!! kalau aku mau naik KG....hahaha
Selamat berpantang yek..

oren said...

selamat berpantang :)

Angah said...

daun
nursing cover mcm ok hehe..botol sudah banyak..

Mawar
thankyou auntie mawar..ibu mmg untung.

kak dinas
menantu perempuan sorang la katakan hehe

zana
ish mak mertua aku sgt strict bab2 makan nih..kalah jawa tau..

Oren
thanx :)