Tuesday, October 26, 2010

BERAT

Ok bercerita pasal berat. Pagi tadi timbang. Lagi stgh kilo dapat balik berat sblm mengandung. Aku bukan la ringan sangat tapi aku tetap happy. Mujur jugak cuma naik 8kg sepanjang pregnant kan. So kena usaha dalam pantang ni untuk turunkan beberapa kg lagi. Ambil peluang dengan diet dlm pantang dan breastfeeding.

Semalam nurse dtg rumah. So timbang berat Riefqi juga. Dah 3.9kg. Tu diaaaa naik 400g dalam masa 10 hari. Khasiat susu ibu katanya kan. Tadi pi klinik cek jaundis dia. Alhamdulillah dah turun dan doktor kata tak perlu datang dah. Lega ibu.

Minggu depan dah boleh start sesi pumping untuk stok susu. Sehari dapatt 3-6oz pun dah cukup. Riefqi kuat menyusu jadi aku tak expect hasil perahan banyak macam waktu Adneen dulu. sekali menyusu memang borong haha..Aku harap kali ni pun aku dapat menyusukan dia selama 2 tahun macam abang ngan kakaknya. InsyaAllah.

Oh..Riefqi akan dapat sepupu baru bulan 6 tahun depan. adik ipar aku pregnant anak ke-empat. Tahniah Mazlina & Jefri..harap sangat dapat anak perempuan sbb semuanya hero.

Ada yang tanya menu aku masa pantang. Aku ni senang je, pagi milo ngan roti 2 3 keping. Kudapan ngan buah/air soya. Tengahari nasi, sayur rebus ngan ikan bakar, petang air milo/soya/biskut. Malam repeat tengahari. Yup aku makan buah dan sayur. kena tangok juga ketahanan diri dengan makanan yang kita ambil. trial and error konsepnya. Aku try makan epal tak boleh..rasa mcm menggigil. So aku makan buah lai/pear/limau bagi tak sembelit. Tau fu fa dan tempe pun aku makan. protein untuk penghasilan susu kan. Air masak minum selalu. Lain orang lain la menunya. aku selesa dengan menu ni sejak anak pertama.

Mujur mak ngan mak mertua aku tak kisah sangat. Ikut la mana yang rasa boleh makan katanya. jangan ngengada nak makan benda pelik2 sudah hehe..cuma adala satu dua benda yang mcm beza sikit. Ye la..mak aku jawa, mak mertua aku kelantan kan..aku amik tengah2. senang.

4 comments:

oren said...

mmg kena tgk ketahanan diri memasing..masa berpantangkan muhd, mmg aku takleh amik buah..asal mkn jek, menggigil, so beli oren jus, minum..

slmt berpantang dear..

aD said...

nak gambar.. nak gambar.. nak gambar baby.. hihi

Dinas Aldi said...

dapat gak pengetahuan pasal makanan org berpantang sebab diri sendiri tak pernah berpantang ni ha, heheheh

pB said...

makan ubat apa sekarang ni????