Tuesday, February 22, 2011

ANAK-ANAK IBU

Tanya la pada mana-mana ibu, anak-anak la sumber kekuatan mereka dalam mendepani segala masalah dan kesusahan dalam hidup ni. Tak kisah la kesusahan material ke, kesusahan emosi ke..apa sahaja akan dilakukan untuk kesejahteraan anak. Ibu sayang anak-anak ibu..kalian lah sumber kekuatan ibu saat ini..


Si abang, Muhammad Mifdzal Arief. Dah kurus dan tambah hensem ya..tinggi budak ni. kereta ben10 berharga 29 hengget beli kat Cowboy..dia declare itu hadiah dia dapat nombor 1. Aku belikan jugak track hotwheel utk dia..sebab tengok dia terkebil2 macam nak tapi takut nak cakap.


Si Kakak, Adneen Humaira. Anak dara yang becok mulutnya. Minah pink ok..semua nak pink. Koleksi cd barbie memang tak boleh blah! serba serbi pun barbie jugak. layankan je la..dah mula belajar kat tadika ni. Balik rumah nyanyi "this is my foot, this is my foot" tapi sebutan ialah "jeli mai put, jeli mai put" hahaha..


Si Adik, Muhammad Nadzhan Riefqi. Si bambam ni baru masuk 4 bulan. Dah fully berCD. Cuma minum 12oz susu kat taska sebab tengahari aku pegi susukan dia. Tak banyak kerenah sangat la..dan aku sangat semput bila kena dukung budak ni lama-lama.

Ketiga-tiga anak ni anugerah yang tak ternilai untuk aku. Take anything from me you may..but not them..

7 comments:

wan said...

angah, apa supplement ko mkn ye ketika menyusu?

Angah said...

wan
takde specific supplement. aku cuma pastikan minum banyak air.

oren said...

debabnya riefqi....

betui..walopun aku selalu gak ngamuk sbb mcm2 benda dlm kepala (eleeehh..takde la teruk mcm kes ko, cuma letih jek), bila mai opis, bila anak2 takde depan mata, mula la merindu..pastu bukak folder gambar diaorg kat pc, pastu tenung lama2..pastu nyesal, insaf la jap..huhuhu..

aku pon, sayang sangat2 anak2 aku..i wish they know this..

Aida Manap said...

angah...aku yg takde anak lagi ni pun kalau dah lama tak jumpa anak-anak buah aku boleh meroyan!! So, aku memang tak paham perasaan orang yang buang anak ni ok!!
*eh, tersalah topik...heheheh*

dah besar anak2 ko ek? aku still ingat masa ko dlm pantang anak kedua dan sanggup jugak attend kursus kat btn...bukan calang2 orang boleh buat gitu beb!!!

apa-apapun, diaorg memang beruntung ada ibu yang strong macam ko dan ko jugak beruntung ada cahayamata bertiga dalam hidup ko...doakan aku pun dapat merasa nikmat jadi ibu... :)

Angah said...

oren
hehe..kes aku memang teruk..sial la individu itu! anak2 la penyejuk hati kan..

Aida
haah kan BTN kat Ulu Sepri..baru 40 hari masa tu. tak pegi kang tercicir plak..Aku doakan ko pun dapat bergelar ibu ya..at the moment just enjoy the process hehe

tentangseseorang said...

angah, nih taruk gambar anak-anak sedara aku bebanyak nih....untuk menimbulkan rasa bersalah untuk lama tidak jumpa diaorg la nih ye? :P

Angah said...

ady
tau takpe muahaha