Monday, February 28, 2011

CAMPUR

Entry ni adalah cacamerba..

Semalam birthday abang yang ke 37. Ya sudah tua dan sila la sedar diri sudah tua *mcm la dia baca pun haha*..sambutan takde pun. Ada gak yang tanya apa aku nak bagi sempena birthday abang. Aku jawab...mungkin aku akan cuba maafkan dia. Ntah..aku cuma wish dan hari berlalu macam biasa. Oh cuma aku belanja makan malam je. Boleh la tu..

Esok sepatutnya birthday Arief. tapi tahun ni takde 29 Februari. tahun depan kita celebrate ok. Aku cuma beli beberapa jajan dan masukkan dalam beg untuk bagi kat kawan-kawan sekolah dia. memula nak bagi kat kelas KAFA. Sekali tanya cikgu ada 132 students la huhuhu..jadi aku hantar kat sekolah kebangsaan je la. Bersemangat dia isi 50 beg tu semalam. Sendiri punya birthday kan..

Petang semalam bawak kanak-kanak ribena pi pantai. Tapi ombak kuat sangat jadi decided pi Mini Zoo Teruntum. Facilities pun nampak dah ok. Kurungan binatang pun nampak dah cantik. Anak2 pun enjoy. Mulut kakak tau la macam bertih..

Sampai kat birds cage tu Arief pun baca la senarai burung yang ada dalam tu. Ada Helang Siput, Merak dan burung hantu. Tiba-tiba dia nampak tupai dalam cage tu. Dan dia cakap "eh takde tulis tupai pun ibu" Apa aku nak jawab????? well observant sungguh anak ni . Bagus!

Sampai kat cage ostrich, si kakak punya komen bagi ibu blushing sebab pengunjung lain pun gelak2..."ibu..burung unta tu pakai lipstik" APAKAH!!! aduh anak dara ibu. takpe at least dia tau lipstik tu letak kat bibir ya..bagus!

Dan aku rasa remaja sekarang ni samada terlebih kreatif atau terlebih bangang. Ada ke patut buah pomelo atas pokok pun jadi mangsa vandalism. Boleh la pi tulis "Juliana love Adli" kat buah tu..adehhhh. Dah la satu bangang dating kat sebelah kandang ostrich. Pi conteng pulak buah pomelo tu..

Pastu bawak bebudak ni pi naik keter kecik tu. Kakak nak naik keter pink (yang memang takde). So dia tengok je la kat tepi trek. Si Abang naik mini bike. pandai gak dia imbang badan. Bagus. Abang kata nak belikan letak kat umah. Daripada beli menatang mini bike tu, baik beli susu stok setahun!

Mlm tadi lepas dinner yang aku belanja tu la hihi..pegi botakkan kepala Riefqi. dah 4 bulan baru nak botakkan kepala. Better late than never kan. Sekarang dah sama licin ngan kepala bapak dia.

Aku beli kereta. Sila ucap tahniah kerana berjaya membuat hutang baru.

4 comments:

oren said...

keta?? kasik tunjuk skit kat sini??

*makcik kepochi..hikhikhik..*

Jijie Armidza said...

mana gamba kete?????

Dinas Aldi said...

ha'ah, mana gambar keta baru? nak tengok jugak :)

Angah said...

kengkawan...keter pun belum dapat lagik haha..baru sign agreement. keter kecik2 jer pun. jadi laaaa