Tuesday, March 01, 2011

ARIEF IS 7 YEARS OLD

Hari ni Muhammad mifdzal Arief telah berusia 7 tahun. Walaupuuunnnn bukan 29 Februari kan..sekejap sangat masa berlalu. dah sekolah pun anak bujang aku ni. Sangat mendengar kata. Alhamdulillah.

Sejak-sejak masuk kelas KAFA ni, dia yang selalu ingatkan aku untuk solat. Alhamdulillah. Ni la saham akhirat aku.

Masa kecik dia ni banyak la masalah kesihatan. Daripada Gastrophagal Reflux, Bronchitis, Lactose Intolerance bagai..kalau kena nebulizer tu dia siap pegang sendiri je..sekarang ni dah ok. Alhamdulillah.

Dia sangat sensitif pada persekitaran. Sangat observant jugak. Dia dengan senang boleh sense mood aku. Aku tak boleh tipu dia la..kalau aku tengah sedih /marah / bengang dsb. Dia mmg akan tau. Biasanya dia akan datang kat aku, peluk aku dan cakap "abang sayang kat ibu kan.."

Abang Arief..Ibu bangga punya anak macam abang. Doa ibu agar abang jadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah bila kami dah tiada nanti. Doa ibu agar abang jadi contoh yang baik untuk adik-adik, jadi pelindung mereka. Doa ibu agar abang jadi orang yang berguna pada manusia di sekeliling. Ibu takde hadiah nak bagi pada abang. Ibu cuma ada kasih sayang untuk anak ibu. Abang la hadiah paling hebat yang ibu dapat sebenarnya... Ibu sayang abang...


lepas lahir

4 bulan


2 tahun

2 tahun

3 tahun


5 tahun


5 tahun

6 tahun (September 2010)



9 comments:

Dinas Aldi said...

Happy birthday Arief! tang part sensitif pada mood ibu tu very touching..semoga Arief jadi anak yg soleh.

Jojoe, as you know her. said...

tah,,sebak lak aku bc ayat arief tu.
jaga ibu baik-baik ok. happy bday. cute nya ms baru lahir tu.

oren said...

gambar masa 4 bulan tuh, mmg sebijik lah rupa dia sekarang..bibir mungil bak angelina jolie..

gambar last, sgt cantik..mcm nostalgik gitu..

alhamdulillah..n hepi birthday to your hero..

tentangseseorang said...

still remember pangku dia sampai bagan lalang. bila corner dia buat bunyik eeeeeee boom. ahahahah

Angah said...

KakDinas
aminnnn

Jojoe
Arief ni mmg pandai amik hati aku

Oren
Gambar last tu mmg photographer amik hikhik

Ady
tahun bila tu..ermm 2006! jadi sudah berapa lama tak jumpa anak sedara!!

tentangseseorang said...

arrrrrrrrrr 5 tahun!

Arena said...

Owh baby tahun lompat lah ye arif nih..i like the last pic.. Happy birthday Arief and mama Arief..

mamalisa said...

Happy birthday Abg Arief :)be good boy and jaga ibu yeah ..

mamalisa said...

owhh..ni kali kedua ulang baca..sebak plak weh. Teringat kat alisa, kalau aku nangis masa berdoa dia akan tanya "mama doa utk akak ke?Doa biar akak jgn sakit lagi yeah?..mama akak sihatkan" sambil kedua tapak tgn kecil tu pegang pipi aku dan kami berpelukan..rindunya nak peluk dia *sobs*


Semoga ko berbahagia bersama family & anak2 yeah.