Seminggu lojing kat Klang sebab kena sepina mahkamah kes tanah tu la. Ni cerita kelakar seram. Apa la bengong aku tengok sepina tu tak teliti. Aku ingat cuma 8hb je. Jadi aku bawak cuma sehelai baju kurung. Baju anak2 pun cuma 4 pasang sorang sebab plan nak balik Kuantan terus hari Rabu tu. Sekali 8-11 Mac daaaa....menggagau aku! mujur ada lagi belen baju kurung kat rumah emak. Aku siap beli tudung baru 4 helai kat depan LHDN Jalan Duta tu. Lain kali baca betul2 ok!
Ramai tanya aku camne aku drive Kuantan-Klang dengan 3 anak. The youngest being 4 months old! Jawapan aku..aku dah mula drive dengan anak2 kecil sejak Adneen berusia 5 bulan. Masa tu Arief dah 3 tahun lebih. Senang je sebenarnya. Aku travel ikut masa dia nap paling lama waktu siang. Atau travel malam yang sah2 dia akan tidur. Pastikan dia selesa dalam kereta. That means baby carseat kena selesa. Suhu kereta pun main peranan jugak. Sejuk sangat pun tak boleh. Takde aircond lagi la out of the question. Rocking motion kereta bergerak tu kan mcm dia dibuai2 kan..so insyaAllah ok la dia. Cranky sikit2 tu adat la.
Masa bawa Riefqi Isnin lepas, aku bertolak pukul 3.00 ptg. Dia tidur elok je. Berhenti untuk menyusu di Hentian Lanchang, Hentian Genting Sempah dan lepas tol Jalan Duta. Pastu sampai Setia Alam dia cranky sket. Jadi aku drive sambil susukan dia. (DISCLAIMER : aku tak bangga buat camni ok. aku tau bahaya. kalau tak yakin jangan buat. ) Abang ngan kakak layan CD je. bagus jugak pasang TV kat kereta haha..oh..Arief kata "kereta ni tak laju la ibu..baik pakai FIAT" aduh anakku jangan compare la sayang oiii.. (nampak sangat ibu kaki rempit ye )
Dah alang2 sampai hari Jumaat kat mahkamah kan, jadinya aku terus la lepak umah emak sampai Ahad. Abang pun abis race Jelajah Malaysia kan. Ahad tu aku drive ngan anak2 sampai Gombak amik abang. sampai Kuantan tengah malam. end of story.
Masuk opis dan mengucap panjang tengok tray in aku huhuhu...but then whats new kan..
p/s : aku tak sedap hati la..apa la nak jadi lagik lepas ni..biasanya instinct aku betul..haih!
5 comments:
pasal instinct tu lah yang paling lemah sangat, kita ni memang kuat instinct, rasa macam takut aje berlaku dan kalau boleh tak nak ianya berlaku lansung
apa-apa pun jangan fikir sangat, tunggu dan lihat dan baru ambik action :(
tang tray in penuh tu yg lemah tu, hehe.
apa2pun berlaku, harap Angah akan kuat menghadapinya, ok
yay!! I LIKE
dasyatttt..drive senrorang no..drive sambil menyusu lagi dasyatttt!! hehehe apa apa pun biarkan instinct tu dulu, moga x de apa apa :)
take care
huhuhu..saat paling cranky masa drive ngan anak2 dulu, masa muhd kecik, n naufal pon kecik..aku zikir smpai lenguh mulut (kes takde cd player masa guna keta lama)
skrg pon, sementara nk smpai kat umah lepas amik depa kat nurseri pon, byk kali bebudak jadi cranky..time mood ok, aku pekakkan telinga (tp mmg pekak sungguh la..)time mood tak ok, aku berenti tepi jln, suh diaorg turun..hahahaha..
ko tunggu dulu apa nk jadi, baru take action..tapi, harap takde apa2 lah kut..
Post a Comment