Monday, March 07, 2011

SENDIRI

Fuhhhhh Legaaaaa!!!! Pilihanraya Kecil Dun Kerdau dah selesai. Maka selesai jugak aku bertanggak kat opis dan selesai jugak staf2 aku bertanggak kat site office. Memang lelah kerja pilihanrara nih. Lepas ni susul kelulusan projek plak, dah lulus kena siasat tapak, buat BQ, lantak kontraktor, pantau kan...haih..camtu la kerja aku. Tapi tak gak kurus aku ya haha..sabtu lepas pun sampai pukul 6 petang aku kat opis ditemani anak-anak. Mujur anak2 behave. Abang plak pegi Gunung Senyum, ada ride ngan Kementerian Pelancongan..kalau ada pelencongan? aku dah tak kesah haha..

Oh..terima kasih yang wish tahniah atas pertambahan hutang dunia yang aku buat. Pada yang meneka kereta2 bagak harga ratus2 ribu tu..tak la aku beli semahal itu walaupun mampu *propa aku banyak duit kah?

Aku amik SAGA FL automatik je. Janji boleh jalan sudah. Pusing2 dalam bandar Kuantan je pun kan. Kalau nak jalan jauh FIAT aku tu ada. nak lebih selesa kecek je Rexton bapak mertua aku. Eh kata menantu perempuan kesayangan kan..mercedes dia pun tersadai jek.Ada dia offer tapi idok le aku nak membayar roadtax ribu riban setahun. nehi kabi nehi. Nak pakai kalu..kita pinjam saja.

Semalam hantar abang ke Terminal. Dia involve Jelajah Malaysia tahun ni. Sebelum tu pi tinted tingkap kereta. Bagi gelap sket *feeling2 keter mahal katanya. Pastu menggatal letak TV. Control mechanism supaya anak2 tak membuas dalam kereta. On the way balik lepas hantar abang tu, memang betul la..berkesan sungguh! senyum je anak2 aku. Ngan Riefqi sekali rilek tengok DVD Barbie..

Jadinya minggu ni aku duduk ngan anak2 je la. Pagi tadi merasa la jadi makcik oren haha..bekelilau menghantar anak2 ke sekolah / tadika / taska. Eh berjaya jugak aku punch in pukul 7.44 pagi tau. Itu mujurnya sekolah bebudak ni semua within walking distance je. ngan opis aku pun sepelaung je jauhnya.

Petang ni aku bertolak ke Klang ngan anak-anak. Yer..aku akan drive Kuantan-Klang dengan anak2. Aku kena sepina ke mahkamah esok ngan lusa. Kes tanah la..masa aku kerja kat Petaling dulu. Ni first time nak bawak riefqi jalan jauh drive sendri nih. InsyaAllah ok. Arief aku siap mintak pelepasan ngan Guru Besar. Darjah 1 pun. Lama lagi SPM. mulanya nak tinggalkan dia ngan adik ipar aku. Dah menangis melolong taknak. Aku pun pi la tebalkan muka mengadap Guru Besar..prung prang prung prang.."ok puan, saya anggap special case la ni since puan datang sendiri jumpa saya" terima kasih cikgu. Mesti dia teringat aku datang kes anak aku kena tampo dulu kan..

7 comments:

oren said...

drive carefully n safely...

suami aku ada gak hint nak pasang tv la, hapa lah..aku biar kan aje..dia cakap tu, belum tentu dia nk pasang..hahahaha..aku takmo make up sgt, sbb dok target nak pasang box atas keta..maklumlah, tempat barang takde, so, last choice pasang atas bumbung jek la..tupun mau ribu2 gak tuh..bilalah tabung ayam nk penuh?

Angah said...

oren
hint2 jgn pecaya la haha..laki aku kata nak ke pasang, aku angguk je. kalu dia nak bayar ya silakan la..

box atas bumbung tu jenama paling bagus would be THULE..memang ribu riban. aku pasang rak beskal pun ribu riban gak huhu..

Jojoe, as you know her. said...

tetiba aku pun nk psg tv.. sbgai distraction kepada si kecik yg tak bley dok diam. anak aku ni dari umur 1 bln dah duduk car seat TAPI dia tetap gak nakal ok. Dia takan remain seated.. so kalo nk drive sorg2 with her.. agak daunting lah.

Sitikucing said...

Angah,
selamat sampai ke destinasi. Hehhe..saya pon org Klang gak...

Dinas Aldi said...

keta apa pun tak kisah, janji keta baru, kihkihkih! bukan apa, takla susah hati dia buat hal breakdown, bukan pasal nak eksen2 pun. itu la yg akak takut benor, dahla akak memang sorang2 pun, takda sapa nak call. oh ya, call abang mekanik la kan, kahkah!
weeeee, Riefqi jalan jauh first time ibu drive sendiri!

Hambali ® said...

iron lady. selamat hari wanita :D

Biarlah rahsia said...

angah jauh tu...boleh ke bwk baby sejauh tu?
k.bi pernah gak drive jauh dgn baby kecil dulu...tp takat 3 jam je( gua musang-KB) tu pun kes pi kl dgn adik ipar...on the way blk adik ipar kena crit birit yg teruk..so terpaksa husband k.bi drive kete adik dia dan k.bi drive kete kami...muju salsabila behave je masa tu