Monday, July 25, 2011

KUDA HITAM DAN GUNUNG LEDANG

Seminggu tak update blog..gila lama. Minggu lepas aku ke banyak daerah buat siasatan tapak untuk bina baru gerai dan bengkel. Dekat2 4 juta la allocation yang aku kena setel by December. Jika aku terkincit dikejat dateline, bayangkan technician aku nak buat 20 BQ! Jadi aku pun borak2 ngan Boss dan akhirnya..bagi je subwaran pada Pejabat Daerah untuk pelaksanaan. Jadi kerja awalan aku selesai lah. Cuma kena siapkan pembentangan di peringkat Kementerian dan proceed ngan projek. Ada kawasan cadangan tu mcm tak logik je jadi kena la mohon NOC (Notice of Change) alihkan ke tempat lain. Disebabkan pihak Pejabat Daerah pun dah setuju untuk subwaran maka kerja aku cuma buat pemantauan berkala mcm biasa je lah. Alhamdulillah.

Hari Jumaat lepas bertolak ke Gunung Ledang lepas Isyak. Lambat gila sebab menyiapkan dokumen untuk Audit Bekalan Air Luar Bandar. Ada 3 syarikat terlibat. Letih otak plak makngah ye..tapi jangan tak tau sempat aku buat choc chpis muffin 100 biji untuk kenduri cukur rambut tau..ala 2 jam je pun setel. Oven besau kan..2 kali bakar je pun *motif cakap oven besau? hahaha

Choc Chips Muffin. Aku tambah almond sikit.

Sampai Gunung Ledang dekat 2 pagi. Dah sebab berhenti hantar muffin la, makan la, kencing la..tau la bebudak. Aku tidur kat Ledang Resort. Bilik pun so and so jek. Adneen bangun pagi cakap "Ibu..kata nak bawak kakak tidur kat hotel" ye...bebudak tak pandai menipu kan..

Hujung minggu dihabiskan dengan berendam sesuka hati kat air terjun. Eh..tak..air sungai je. Takdenye aku nak ke Air terjun atas2 sana tu. tak terkejar aku bebudak tu weh. Spisis anak itik kan..Abang memang sibuk dengan program Jamboree dia. Jadi ada sikit tak best disitu. Ada macam aku ni janda bawak anak 3 orang main air. Tapi sebelah petang abang ada lah..boleh aku duduk kat tebing lepak2 sambil tengok gelagat budak2 muda buat maksiat. Tetek ngan pepet je tak pegang. Duduk atas batu peluk2, raba2..sejuk la kunun Nak aje aku sound sorang2. 

Arief rilek je..Adneen dah kesejukan. Riefqi tgh tdo
Oh aku pun kena sound ngan sorang makcik ni sebab aku biarkan Riefqi mandi sungai. "ish tak boleh nanti ketegur, kan bayi lagi tu" Aku senyum je lah..patutko laserkan budak2 buat maksiat tu makcik oiii..

Eh..aku kan nak cerita pasal cuti2 aku kan..

Pegi Tangkak. Dah aku ni bukan jenis yang suka berhimpit2 berpeluh ketiak sebab nak cari kain murah. Setakat beza singgit dua tu memang aku tak tengok la..baik beli kat Nagoya dalam Mall..sejuk dan aman kan haha..Untung laki aku tak habis duit di situ ye.. Makan malam yang ntah hapa2..

Hari Ahad pun sambung main air 2 round. Checked out dlm pukul 2.30 pastu balik Kuantan lah. Singgah makan durian kejap. Sedap lagi Durian Hijau Beserah.Sampai rumah dekat nak maghrib.

Itu je la cerita cuti aku. Moral of the story jangan la ikut laki yang tengah bertugas tu. Memang tak rasa macam bercuti pun haha..mcm amah jaga budak je. Takpe la..bukan kena bayar pun stay kat sana kan. lenkali kita pegi cuti bebetul ek..

Oh..aku kan kena buat siasatan tapak kat Pulau Tioman untuk Program Bantuan Rumah dengan Jalan Perhubungan Desa. Pergi hari Khamis, buat kerja hari Jumaat dan sambung bercuti Sabtu dan Ahad. Sure ADUN ngan Tok Empat sudi bawak aku jalan2 kan..*wink*

Oh ada yang nak tengok basikal aku ye..ye lah..aku letak gambar. Dah upgrade sikit lagi. Fork dah tukar SID. Crank dah tukar Brothers. Wheelset ngan hub pun dah tukar Brothers jugak. Seat post dah tukar Thomson. Yang lain tetap pakai XT ngan XTR. I like!!

Ni tajuknya Titus Motolite aka Kuda Hitam

5 comments:

jojoe said...

hehehe aku yg kawin dgn org tangkak pun tak penah beli kat situ.. lalu-lalu je.. aku dah tua2 ni haish..tak berani mandi sungai. sejok!!


bestnyerrr gi tioman ngah

Dinas Aldi said...

adoi tak bleh tahan dengan kata2 si Adneen pasal tidor hotel tu. memang konpem bebudak kecik sangat jujur, hakhak!

Arena said...

Hotel2 kat malaysia, sgt teruk maintenance. Asal lama sikit, bukan nak refurbish. Pintu dah nak reput pon ada. And dont even get me started on sinks and toilets, ada three to 4 star hotel amk alih hotel yg agak lama nih. Ia refurbish carpet dan dan repaint je kot. Yg lain hazabbbb..

Angah said...

Joe
kalau dah tempat sendiri mmg tak ingin nak pegi. Mcm aku ngan Telok Chempedak la..lalu pun idok haha. Ala aku pegi Tioman dah macam pegi pasar jek huhu..

Kak Dinas
kan...mujur dia cakap depan ibu, kalau cakap depan manager hotel camne haha

Arena
Couldnt agree more! memang hazabbb.

oren said...

tak tau nk komen apa..hiks..tp suka tang laser..pepet n tetek..hahahahaha....