Wednesday, July 13, 2011

MODU DAN FREE STYLE

"Salam, nk tanye cket, ari tu angah beli breastpump modu kan? then, beli medela FS. kenapa? sy nk tahu sbb sy tgh konpius nk beli modu ke FS? sbb kalu suction die sama, sy nk beli modu sbb murah sket. angah tolong wat pilihan utk saya..timakacih.."

Ini soalan yang aku dapat dalam komen. Aku jawab kat sini lah supaya boleh bg manfaat kepada semua ibu dan bakal ibu yang nak invest membeli breastpump.

Ya, hari tu aku beli MODU lepas bateri FS aku pecah berderai tu lah hehe..reason being murah dan kecil jadi mudah juga untuk bawa travel. Alhamdulillah performance MODU ni ok. Suction level boleh pilih. Memang takde automatic 2 phase suction mcm FS tapi aku set manually. Memula guna level rendah, bila dah rasa letdown reflex tu tukar level tinggi yang sesuai. Aku biasa guna level 5. Jumlah perahan adalah lebih kurang FS juga. Bunyi agak keras berbanding FS. Dan yang aku rasa best sebab didatangkan dengan nasal suction. Pernah guna masa anak aku selsema. And it works. Cumanya MODU ni kan guna elektrik. Ada sedikit keterbatasan disitu sebab masih kena cari soket.

Atas sebab faktor kerja yang berkehendakkan aku travel jauh ke kawasan pedalaman dan masa is an essence for me dan aku jugak rasa agak bersalah bila minta driver aku berenti kat memana yang ada soket letrik untuk pumping session dan most of the time agak susah sebab aku masuk pedalaman, dan kengkadang hampa sebab surau or masjid tu soketnya tak boleh guna. dan most of the time aku kena guna Medela Harmony dalam kereta dan sangat tak selesa..ye la kalau dah 20 minit x 4 sesi kan membuang masa perjalanan kan..

Jadi aku pun ambil keputusan untuk beli FS semula. Atas sebab tuntutan kerja. Bukan sebab performance pump. Kat opis masih guna MODU jugak. Kalau on the go aku guna la FS. jadi sekarang ni aku cuma suruh driver pandang depan dan aku pam kat seat belakang dengan guna nursing cover lah.

So Puan Anonymous..pilihan untuk puan beli samada MODU atau FS sebenarnya berbantung pada corak penggunaan Puan. Kalau saya pekerja pejabat yang tak travel, maka saya akan beli MODU. Performance ok, harga berpatutan dan dengarnya car adapter pun akan dipasarkan tak lama lagi. Cuma MODU ni tak didatangkan dengan keperluan BF yang lain macam cooler bag, ice packs dan sebagainya. Botol pun takde penutup.

Tapi kalau kerja Puan menuntut Puan ke sana sini macam saya, dan masa menjadi keutamaan maka FS adalah penyelesaiannya. Beg tote yang didatangkan sekali tu la handbag saya sekarang hihi.

Harap dapat menjawab soalan ya..

7 comments:

oren said...

sukerr..

kalo nak yg complete, bleh amik spectra3..didatangkan 1 set ngan bagpack dan cooler bag..

Dinas Aldi said...

kalau sesapa tanya, boleh akak bagitau suruh baca blog ni pasal breast pump. bnyk info yg sgt bguna sb berdasarkan pengalaman sendiri.

Angah said...

Oren
info sharing kannn..S3 pun boleh double suction cuma berat

KakDnas
Sharing is caring katanya..kalau boleh dimanfaatkan alhamdulillah

Anonymous said...

Angah, share resepi sup utk rifqie tu boleh?

Myluv - Syl said...

hi angah. arini sesaje blogwalking pasal modu dan tersempak blog angah. nice blog. :) oye.. modu angah masih perform dgn baik ke? berapa kerap angah guna? modu saya mcm slow sikit. next month mungkin kena hntar servis. oct dah masuk kerja.

Angah said...

Myluv-sylvia
betul la..modu saya pun mcm slow skit suctionnya..jarang guna dah sebab banyak guna FS..nak tanya ngan sarakids jugak hal ni..

Maznie said...

hi puan,

tetiba terjumpa blog ni, ingat saya lg tak? Dulu puan pernah tumpang pam dkt ofis di pej tanah cameron tp masa tu sy pregnant but now dh keje. Sy pun beli modu gak sbb nmpk pn pam ms tu n teringin nak try..hukhuk suction dia slow sgt la..lastly terus rembat fs plak..