Semalam masa hantar Qiqi..ada baby kecik menangis... Abang cakap " best pulak dengar bunyi baby nangis " Ye...best dengar hahaha..i get your hint abang... Tahun depan lah yee... Sent from Yahoo! Mail on Android |
Friday, April 27, 2012
BAYI MENANGIS
Friday, April 20, 2012
KALAU HUTANG MESTI BAYAR
2 3 hari ni aku mengikuti berita mahasiswa berkampung kat Dataran Merdeka menuntut supaya PTPTN dimansuhkan. Awal2 dulu ada 300 orang..pastu dah 6 hari ni adala 2 3 khemah.
Aku pun pernah belajar kat U, aku pun ambil pinjaman pelajaran tapi JPA la..
Soalan aku mudah je kepada mahasiswa2 yang berhimpun berhari2 tu..Korang tak belajar ke? Ponteng kelas ek? Sanggup korang ponteng kelas dan bersidai kat situ buat tuntutan pemansuhan tu? Tak kesian mak bapak? Korang belajar guna duit sendiri ke duit mak bapak? Paham ke tidak dengan isu PTPTN ni sebenarnya? Study ke tidak asal penubuhan PTPTN ni? Tak takut tindakan dari pihak universiti ke? kengkawan mahasiswa yang berpuluh ribu lagi tu camne?
Dah jawab?
Ini jawapan aku..ini pandangan aku sebagai akak-akak la..
Adik2..nak buat tuntutan boleh, nak bagi pandangan boleh, nak suarakan pendapat pun boleh tapi boleh tak jangan buat benda bodoh camtu? It does not resemble your education level la dik..bila mak ayah hantar pegi belajar tu..pegi la belajar sampai berjaya genggam segulung ijazah dengan keputusan yang baik..bukan keputusan cukup makan..sila la bayangkan perasaan mak ayah kat rumah tu..elok2 hantar masa registration dengan nasihat bagai untuk belajar dan banggakan mak ayah..ini yang korang balas dik?
Akak pun tak nafikan yang interest PTPTN tu tinggi. tapi kan ke awak orang ada pilihan untuk terima pinjaman tu atau tidak. Kalau rasa tak sanggup nak bayar balik maka jangan la sain agreement. Carik la mana2 company yang tawar biasiswa. Setau akak PTPTN ni kalau keputusan akhir korang adalah gojes..boleh convert jadi biasiswa..jadi sila lah belajar betul2 dan dapatkan keputusan terbaik. Simple! takkan tu pun tak boleh pikir ye tak...
Pilihan untuk ambil atau tidak pinjaman yang disediakan tu adalah terletak pada tangan masing2. Takde pun pihak yang sediakan pinjaman tu paksa semua ambil kan..kan..kan.. nak sain, taknak sudah.
Dah kenapa ada isu nak mansuhkan plak?
Kalau mansuhkan interest tu aku agak setuju. kenapa aku kata agak setuju? sebab bebudak sekarang ni sanggup je bayar kad kredit, sanggup je buat personal loan, sanggup je berhutang kat sengheng, kat courtsmammoth..yang semua pun ada interest. Rendahkan lah interest tu sket..itu aku setuju. Kalau nak mansuh terus interest pun lagi baik, kan bantu orang belajar..heh belajar ni kan fisabilillah.
Lagi satu..aku tengok adik2 sekarang ni masa dapat duit tiap semester tu joli katak..katak pun tak joli camtu. Ni observation lah..bila aku jenjalan kan..wahhhh tengok student sekarang pakai telefon koman2 pun seribu lebih..banyaknye duit kan...dah bila tiba masa kena bayar apsal liat?
Dalam Islam pun dah kata..kalau berhutang sila la bayar. kamon laaaaa....cuba fikir bayar hutang pelajaran tu macam kita bayar ansuran kereta, bayar bil2 bulanan..potong gaji terus..sekejap je setel.
Camni lah...sebagai pelajar tugas kita adalah belajar. Kita ada tanggungjawab pada ibubapa yang nak kita berjaya dalam pelajaran. Esok2 dah dapat kerja, dah ada pendapatan sendiri..ikut korang la nak berhimpun ke, nak berpiket ke, nak berkhemah ke..sebab korang dah bukan bawah tanggungan mak bapak!
Agak2 kalau mak bapak korang ni terasa hati dengan perlakuan korang sekarang...berkat ke hidup ko dik? Orang besar2 yang datang salam2 ngan korang boleh ke tolong korang kalau redha mak ayah tu takde?
SILA LA GUNAKAN HAK UNTUK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA..
Tuesday, April 17, 2012
MASTER IN BREASTFEEDING
Ahad lepas qiqi dah 18 bulan. Alhamdulillah dia masih menyusu ibu sepenuhnya. Dan yeay! Dah dapat master dah. Lagi 6 bulan utk dapat phd. Semoga dipermudahkan baki perjalanan ini. Gambar kat atas tu hasil tuaian ke 4 mlm tadi kat rnr gambang. Berhenti solat dan makan, balik dari meeting kat putrajaya. Total smlm ialah 21oz daripada 4 sesi pam. 7.30am - dlm xtrail, buat power pumping (4oz) 1.30pm - kat hq (7oz) 5.30pm - dlm xtrail (5oz) 8.30pm - rnr gambang (5oz) Sejak 2 minggu lepas aku buat power pumping sekali setiap hari. Nak upkan production semaksima mungkin..sebab...sebab..sebab.. .. .. .. .. Aku cadang nak concieve ujung2 tahun ni, jadi nak pastikan qiqi ada bekalan ebm mencukupi andainya bila dah peknen dan dia taknak direct feeding dah. Masa peknen susu makin banyak sodium kan..so kalau la dia wean of..sekurang2nya dia boleh minum stok ebm sebulan dua..sblm kenalkan dengan freshmilk atau formula milk. Haha..planning tak hengat! Tapi ye la...aku dah tua, next year dah 36thn. So kalau nk baby ni la masanya pun..kot2 terlekat awal hikhik..qiqi masih boleh consume ebm kann... Oh...emak dah makin stabil. Sebab dia happy kot eh...jumpa anak2...harap makin stabil dan boleh discharge cepat.. Oh dan another story...aku renovate rumah hihihi...nambah hutang! Sent from Yahoo! Mail on Android |
Sunday, April 15, 2012
EMAK SAKIT
Bersiaran dari Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Emak dah 4 hari admitted to ward sebab komplikasi darah tinggi ngan kencing manis. Adik aku call , kata emak macam taksedar diri kat rumah, pastu kawalan kencing pun dah takde, malam meracau-racau panggil semua yang dah takde kat dunia ni..So bawak pegi hospital dan emak kena tahan. Aku bergegas ke sini lepas selesai urusan kerja hari jumaat.
Dalam pada tu aku bersyukur sangat sebab adik aku memang kerja kat sini. Dan HSI ni hospital pakar. Aku kirimkan GL pada dia sebab kelayakan aku kan bilik seorang. Jadi emak akan lebih selesa. Bilik seorang kat sini adalah sangat besar lengkap dengan set sofa dan TV. Memang lavish! Aku rasa lebih lavish dari hospital swasta pun. Dan kat sini takde doktor pelatih. Ni yang rasa nak beranak kat sini ni hihi..
Setakat hari ni keadaan emak tak banyak berubah. Doktor cuma monitor bacaan darah tinggi ngan kencing manis. Masuk IV drip. Diberitahu yang buah pinggang dan hati emak kurang berfungsi. Pundi kencing pun ada sikit infection. Bacaan pun tak stabil, kadand2 pagi ok petang dah tinggi semula. Aku redha kalau ini adalah hujung perjalanan emak..Selagi daya aku adik beradik akan jaga emak. Dia nak sangat balik kampung tapi dalam keadaan begini agak sukar juga. Tunggu lah bila dah stabil sikit keadaannya. Aku lebih suka memenuhi kehendak emak walaupun apa yang kami buat ni untuk kebaikan dia juga. Ye lah..bila emosi terganggu kita sendiri pun jadi murung, kurang nak makan dsb kan..
Masa aku sampai emak tengah tidur. Dah nampak sangat emak dimakan usia..Sebagai anak, luluh hati aku bila tengok emak...tangan yang semasa aku kecil menyuap aku makan, mendukung aku, memandikan aku..dah tak berdaya diangkat.., suara yang selalu menceriakan aku, menyanyikan aku, menasihatkan aku, cuma mampu berbisik, mengerang sakit bila rasa bisa pada badan..
Aku cuma panjatkan doa pada Allah supaya diringankan kesakitan emak. Aku berdoa pada Allah, berikan pada dia apa yang terbaik untuk dia.
Aku sedih sebab permintaan dia nak berjumpa dengan cucu2 tak dapat aku tunaikan. Kanak2 tak boleh dibawa naik, dan dia pun tak berupaya untuk turun. Yang boleh aku buat cuma merakam aktiviti cucu2 dia dan tayang pada dia. Sebak aku lihat emak menangis..Aku tahu dia rindu sangat pada cucunya..Aku rasa bersalah sebab tak selalu balik jenguk emak. Emak kata dia faham..aku tetap rasa sedih sebab aku terikat juga dengan jadual, dengan kerja, dengan anak2 yang bersekolah. InsyaAllah akan aku usahakan juga ambil cuti dan minta kebenaran sekolah untuk berada disisi emak.
Tapi aku tak boleh sedih, aku tak boleh lemah. Aku kena kuat untuk adik-adik aku. Aku harus redha yang ini adalah putaran kehidupan..yang sihat akan sakit kan...Aku berdoa agar Allah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk terus berbakti pada emak sampai akhir hayat..InsyaAllah..
Tolong doakan emak..tak perlu untuk kesihatan dia...cuma untuk apa yang terbaik untuk dia. Doakan aku juga agar terus kuat dalam menghadapi apa2 kemungkinan pun...
Monday, April 09, 2012
Marble Butter Cake
Hari Ahad..boring sbb xde benda nak buat. Adneen demam. Arief main bola..masuk kelab First Touch FC, Qiqi well behaved tgh tido, abg pegi mancing... Aku tengok butter ada dlm fridge. Telur pun ada, jadi aku pun decide nak buat butter cake bodoh. Eh pastu rasa mcm..ada pewarna ijau n merah..try la buat marble. Tapi aku tak mahir sangat. Warna ijau x cukup ijau pastu portion adalah hentam keromo. Takpe..janji rasa sedap. Bawak ke rumah adik ipar makan ramai2. Best! Lenkali bleh buat lagi..kali ni kena portionkan marble betul2. Sent from Yahoo! Mail on Android |
SAND PAPER
When people hurt you over and over, think of them as sand paper. They scratch and hurt you but in the end you are polished and they are all used up... Sangat betul kan...sangat betul! So come on..bring it on! Most often than not kita kena cari positif dalam negatif..kadang-kadang kita kena kesian kat mereka ni..mungkin sebab kurang kasih sayang maka terpaksa mereka sakitkan kita..sebab nak perhatian.. Lama2 dah penat nanti, dah haus nanti, senyap sendiri je.. When people are forgotten, they cease to exist! Sent from Yahoo! Mail on Android |
Sunday, April 01, 2012
KAKI BENGKAK
Akibat terlampau seronok sukaneka ngan staff. Terpeleot kaki aku masa tarik tali. Takpe..janji anak buah hepi. Aku kan boss yg sempoi hihi..tapi jalan terhencot2 la..pakai selipar ler minggu ni.. Sent from Yahoo! Mail on Android |
Subscribe to:
Posts (Atom)