Sunday, April 15, 2012

EMAK SAKIT

Bersiaran dari Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Emak dah 4 hari admitted to ward sebab komplikasi darah tinggi ngan kencing manis. Adik aku call , kata emak macam taksedar diri kat rumah, pastu kawalan kencing pun dah takde, malam meracau-racau panggil semua yang dah takde kat dunia ni..So bawak pegi hospital dan emak kena tahan. Aku bergegas ke sini lepas selesai urusan kerja hari jumaat.

Dalam pada tu aku bersyukur sangat sebab adik aku memang kerja kat sini. Dan HSI ni hospital pakar. Aku kirimkan GL pada dia sebab kelayakan aku kan bilik seorang. Jadi emak akan lebih selesa. Bilik seorang kat sini adalah sangat besar lengkap dengan set sofa dan TV. Memang lavish! Aku rasa lebih lavish dari hospital swasta pun. Dan kat sini takde doktor pelatih. Ni yang rasa nak beranak kat sini ni hihi..

Setakat hari ni keadaan emak tak banyak berubah. Doktor cuma monitor bacaan darah tinggi ngan kencing manis. Masuk IV drip. Diberitahu yang buah pinggang dan hati emak kurang berfungsi. Pundi kencing pun ada sikit infection. Bacaan pun tak stabil, kadand2 pagi ok petang dah tinggi semula. Aku redha kalau ini adalah hujung perjalanan emak..Selagi daya aku adik beradik akan jaga emak. Dia nak sangat balik kampung tapi dalam keadaan begini agak sukar juga. Tunggu lah bila dah stabil sikit keadaannya. Aku lebih suka memenuhi kehendak emak walaupun apa yang kami buat ni untuk kebaikan dia juga. Ye lah..bila emosi terganggu kita sendiri pun jadi murung, kurang nak makan dsb kan..

Masa aku sampai emak tengah tidur. Dah nampak sangat emak dimakan usia..Sebagai anak, luluh hati aku bila tengok emak...tangan yang semasa aku kecil menyuap aku makan, mendukung aku, memandikan aku..dah tak berdaya diangkat.., suara yang selalu menceriakan aku, menyanyikan aku, menasihatkan aku, cuma mampu berbisik, mengerang sakit bila rasa bisa pada badan..

Aku cuma panjatkan doa pada Allah supaya diringankan kesakitan emak. Aku berdoa pada Allah, berikan pada dia apa yang terbaik untuk dia. 

Aku sedih sebab permintaan dia nak berjumpa dengan cucu2 tak dapat aku tunaikan. Kanak2 tak boleh dibawa naik, dan dia pun tak berupaya untuk turun. Yang boleh aku buat cuma merakam aktiviti cucu2 dia dan tayang pada dia. Sebak aku lihat emak menangis..Aku tahu dia rindu sangat pada cucunya..Aku rasa bersalah sebab tak selalu balik jenguk emak. Emak kata dia faham..aku tetap rasa sedih sebab aku terikat juga dengan jadual, dengan kerja, dengan anak2 yang bersekolah. InsyaAllah akan aku usahakan juga ambil cuti dan minta kebenaran sekolah untuk berada disisi emak.

Tapi aku tak boleh sedih, aku tak boleh lemah. Aku kena kuat untuk adik-adik aku. Aku harus redha yang ini adalah putaran kehidupan..yang sihat akan sakit kan...Aku berdoa agar Allah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk terus berbakti pada emak sampai akhir hayat..InsyaAllah..

Tolong doakan emak..tak perlu untuk kesihatan dia...cuma untuk apa yang terbaik untuk dia. Doakan aku juga agar terus kuat dalam menghadapi apa2 kemungkinan pun...

8 comments:

Dinas Aldi said...

Akak sangat faham perasaan Angah. Akak doakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan pada Angah untuk menghadapi dugaan ini & semoga ibu Angah sentiasa berada dalam rahmatNya.

Papa, Mama & Azra said...

Mak Angah nak balik Klang ke? Agaknya dia nak rasa selesa kat tempat sendiri. Sabar yer Angah. Kita doakan dipermudahkan urusan Angah sekeluarga agar tenang menghadapi dugaan ini. Walaupun kita kenal kat alam maya ni je, tapi terkesan gak kesedihan Angah menghadapi saat2 sukar begini. Hang on there ya babe!

Anonymous said...

Angah, cqa tau angah kuat utk hadapi dugaan ini. cqa doakan semoga diringankan kesakitan ibu angah...InsyaAllah...Allah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang...apa pun, ibu angah sgt beruntung sbb ada anak2 yang prihatin dan sabar menjaganya dlm keadaan begini dan juga mendoakan yang terbaik untuknya. take care..

-Syiqah (cqa) -

cik puan daun said...

Doa aku untuk mak ko. Ameen Ya Rabb.

Mak Wardah said...

Salam kenal Angah.
Akak fahami sangat2 perasaan. Akak doakan ibu angah cepat sembuh, bangga akak jumpa anak2 sebaik angah

Mak Wardah said...

Salam kenal Angah.
Akak fahami sangat2 perasaan. Akak doakan ibu angah cepat sembuh, bangga akak jumpa anak2 sebaik angah

Mak Wardah said...

Salam kenal Angah.
Akak fahami sangat2 perasaan. Akak doakan ibu angah cepat sembuh, bangga akak jumpa anak2 sebaik angah

Mak Wardah said...

Salam kenal Angah.
Akak fahami sangat2 perasaan. Akak doakan ibu angah cepat sembuh, bangga akak jumpa anak2 sebaik angah