Friday, April 20, 2012

KALAU HUTANG MESTI BAYAR

2 3 hari ni aku mengikuti berita mahasiswa berkampung kat Dataran Merdeka menuntut supaya PTPTN dimansuhkan. Awal2 dulu ada 300 orang..pastu dah 6 hari ni adala 2 3 khemah.

Aku pun pernah belajar kat U, aku pun ambil pinjaman pelajaran tapi JPA la..

Soalan aku mudah je kepada mahasiswa2 yang berhimpun berhari2 tu..Korang tak belajar ke? Ponteng kelas ek? Sanggup korang ponteng kelas dan bersidai kat situ buat tuntutan pemansuhan tu? Tak kesian mak bapak? Korang belajar guna duit sendiri ke duit mak bapak? Paham ke tidak dengan isu PTPTN ni sebenarnya? Study ke tidak asal penubuhan PTPTN ni? Tak takut tindakan dari pihak universiti ke? kengkawan mahasiswa yang berpuluh ribu lagi tu camne?

Dah jawab?

Ini jawapan aku..ini pandangan aku sebagai akak-akak la..

Adik2..nak buat tuntutan boleh, nak bagi pandangan boleh, nak suarakan pendapat pun boleh tapi boleh tak jangan buat benda bodoh camtu? It does not resemble your education level la dik..bila mak ayah hantar pegi belajar tu..pegi la belajar sampai berjaya genggam segulung ijazah dengan keputusan yang baik..bukan keputusan cukup makan..sila la bayangkan perasaan mak ayah kat rumah tu..elok2 hantar masa registration dengan nasihat bagai untuk belajar dan banggakan mak ayah..ini yang korang balas dik?

Akak pun tak nafikan yang interest PTPTN tu tinggi. tapi kan ke awak orang ada pilihan untuk terima pinjaman tu atau tidak. Kalau rasa tak sanggup nak bayar balik maka jangan la sain agreement. Carik la mana2 company yang tawar biasiswa. Setau akak PTPTN ni kalau keputusan akhir korang adalah gojes..boleh convert jadi biasiswa..jadi sila lah belajar betul2 dan dapatkan keputusan terbaik. Simple! takkan tu pun tak boleh pikir ye tak...

Pilihan untuk ambil atau tidak pinjaman yang disediakan tu adalah terletak pada tangan masing2. Takde pun pihak yang sediakan pinjaman tu paksa semua ambil kan..kan..kan.. nak sain, taknak sudah.

Dah kenapa ada isu nak mansuhkan plak?

Kalau mansuhkan interest tu aku agak setuju. kenapa aku kata agak setuju? sebab bebudak sekarang ni sanggup je bayar kad kredit, sanggup je buat personal loan, sanggup je berhutang kat sengheng, kat courtsmammoth..yang semua pun ada interest. Rendahkan lah interest tu sket..itu aku setuju. Kalau nak mansuh terus interest pun lagi baik, kan bantu orang belajar..heh belajar ni kan fisabilillah.

Lagi satu..aku tengok adik2 sekarang ni masa dapat duit tiap semester tu joli katak..katak pun tak joli camtu. Ni observation lah..bila aku jenjalan kan..wahhhh tengok student sekarang pakai telefon koman2 pun seribu lebih..banyaknye duit kan...dah bila tiba masa kena bayar apsal liat?

Dalam Islam pun dah kata..kalau berhutang sila la bayar. kamon laaaaa....cuba fikir bayar hutang pelajaran tu macam kita bayar ansuran kereta, bayar bil2 bulanan..potong gaji terus..sekejap je setel.

Camni lah...sebagai pelajar tugas kita adalah belajar. Kita ada tanggungjawab pada ibubapa yang nak kita berjaya dalam pelajaran. Esok2 dah dapat kerja, dah ada pendapatan sendiri..ikut korang la nak berhimpun ke, nak berpiket ke, nak berkhemah ke..sebab korang dah bukan bawah tanggungan mak bapak!

Agak2 kalau mak bapak korang ni terasa hati dengan perlakuan korang sekarang...berkat ke hidup ko dik? Orang besar2 yang datang salam2 ngan korang boleh ke tolong korang kalau redha mak ayah tu takde?

SILA LA GUNAKAN HAK UNTUK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA..






6 comments:

Amyz! said...

Ha, itulah. Malas aku nak cakap banyak pasal budak2 ni. Semua dapat masuk U, tapi tak pandai fikir. Sengal!

Nama pun hutang. Aku faham, kalau di akhirat esok, selagi tak bayar hutang, selagi tu tak boleh masyuk syurga. allahualam..

Pelik la budak2 skrg ni.

Irfa said...

sana sini citer psl ni
aku tak pandai komen..so aku tumpang baca je

cuma yg aku pasti HUTANG WAJIB DIBAWAR kalau tak roh tergantung antara langit dan bumi

nonie said...

Ada mak bapak derang ni pun sokong kot anak2 derang ni berdemo2 soh mansuh ptptn ni.... Sekepala dengan orang2 besar yang bangkitkan isu ni... Majoritinya org kita plak tu... Kalau camtula mentaliti derang, lepas ni pegila plak berdemo kat depan2 bank semua... Bank punya interest laaagi tinggi... Tak pun pi demo lawan dengan along2 tu... Ada bran?

oren said...

LIKE..LIKE..LIKE..

aku sokong kalo part nak mansuhkan ineterset tu, mcm JPA kan..takde ineterst2..

btw, aku pon loan JPA saja..habis belajar, aku amik inisiatif, hantar segala surat rayuan dan slip transkrip, dgn harapan dpt le diskaun..

mmg dpt pon..hutang 16,000 rasanya..bayar cuma 4 ribu lebih..dan dh habis pon potong bulan2 masa keja kat sunway dulu..

betul..hutang tetap hutang..tetap wajib dibayar balik..

oren said...

sori..salah taip..interest daaa...

Aida Manap said...

betul cakap ko tu angah, PTPTN bukan dia paksa ko amik, pilihan. Tapi berdasarkan pengalaman aku yg penah keje sana, bebudak yg tergedik2 nak pinjam PTPTN. Bila nak bayar, baru ingat haram sebab interest. Amboi, loan kete, credit card semua takde interest ke??

oh, untuk org yg maybe kata aku hanya pandai type saja..sori ye, saya dah bayar habis PTPTN masa usia saya 28thn dan lebih cepat dr yg dijadualkan. *emo tetiba*