Thursday, August 09, 2012

PLANNING.. IDEALLY LAH

Serius tak tau nak letak tajuk apa haha..

Sekejap je dah 20 Ramadhan kan. Lagi 10 hari je tinggal untuk kita rebut peluang mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan ni. Aku rasa tahun ni macam lagi teruk je performance aku. Terawih pun ada tertinggal, Tadarus memang kat rumah tu dapat 2 mukasurat dah cukup banyak dah, jadi aku buat kat pejabat je lah.. sebelah pagi masuk opis sekejap. Terkesan dengan entry Arena pasal belajar tajwid dan membetulkan bacaan tu. Sangat2 bersyukur sebab dulu masa kat UIA, kelas tajwid adalah wajib! ada credit hour ok!.. masa memula massuk matrik pun dah ada Quranic placement test. Yang ok masuk kelas usrah, yang so and so masuk kelas Al-Quran. Makcik Oren mesti ingat kan.. dan sebab aku dari sekolah biasa maka aku kena ambil kelas bahasa arab mula dari level 1. Belajar satu-satu perkataan sampai la level 6 boleh buat karangan pendek. Memula tu memang alahai.. susahnyaaaaa.. tapi lama-kelamaan bila baca Al-Quran, dan kita dapat tangkap makna sikit2, dapat agak bila nak berenti, bila nak sambung rasa macam Ya Allah.. bestnya.. Sekarang ni bila anak buat homework boleh la aku tolong. Rasanya nak enroll kelas la jugak.. kena cari masa juga ni..

Planning utk raya ye.. ok . Adalah diumumkan bahawa angah akan bercuti pada kadar melampau. Start 18hb sampai 31hb! Big Boss tanya apsal lama sangat. Maka aku pun bagi la alasan seperti berikut
  • Taska tutup sampai 26hb. mana nak letak anak?
  • Sepupu aku kawin 26hb. Aku kena la pegi dan sah2 sampai 27hb.
  • Cuti sekolah, nak bawak anak2 pegi Universal Studio Singapura. Boss kena bagi sebab cuti sekolah yg lepas aku stuck dengan kerja yang melampau2 sampai anak2 duduk taska je sepanjang cuti sekolah. Kesian tau..
  • Baki cuti lepas aku amik tu pun ada 20 hari lagi!
  • Kerja2 aku takde yang pending!
Boss angguk2 dan luluskan. Yeay!

Urusan baju anak2 dah setel. Cuma nak cari casual wear saja. Mak ayahnya pakai baju yg mana ada je pun. Alah.. baju opis melambak guna jek la kannn...dapat jugak cari baju melayu utk Qiqi. Comel je jalan terkedek2 haha.. hensem anak ibu.

Tahun ni raya kat rumah sendiri. Walaupun rumah ibarat tongkang yang pecah bersepai dipukul ribut adehhh..takpe lah. Dah 2 tahun raya kat Klang kan. Semalam cakap ngan mak mertua, plan terus nak masak apa. Amik kau haaaa gila awal planning. Tapi mudah la kan. Ummi plak banyak order ketupat palas. Aku pun order gak yang ada indi serunding daging. Tapi kalau aku tak order pun memang akan ada ketupat lemak ngan inti serunding untuk menantu sorang ni..aku tak makan yg manis.

Balik klang on 24th. since emak pun raya kat JB ngan adik-adik aku. lepas kenduri selesai aku shoot tros ke JB lah.

RENOVATION

Ambik gambar dari luar pagar. Yang ni few days back
Setakat hari ni dinding semua dah naik, tengah buat roofbeam. Minggu ni adik ipar aku buat wiring. Porch depan pun dah hack tunggu untuk render simen dan letak tiles. Member abang je yang buat, bayar gaji hari. Seminggu siap lah. Kabinet dapur pun dah dapat 3D design. Aku suka hihi...sebab ikut apa yang aku nak dan within my allocated budget. Ye la.. buat renovation dengan bajet sendu kan.. kena la berhemah sikit. Pagar lepas raya baru buat lah..


Ni gambar tak semenggah anak2 aku huhuhu..kakak suruh aku beli kerusi kecik letak situ sebab dia nak buat kerja sekolah kat kabinet tu. senang tengok TV katanya.. alahai anak.. Qiqi pun sama nyebok..tarik2 abang suruh angkat dia letak kat situ, sekali ada adegan meletop2 kat TV melompat ke bawah terkejut haha..

PERJALANAN MENUJU KEKURUSAN
All in all aku dah turun 3kg. But the number flactuates though..averagenya 3kg lah. Sebab puasa kot eh.. yang aku perasan muka dah tirus. tapi aku memang spisis kalau turun berat tang muka yang nampak dulu kesan. Kiranya kalau amik gambar muka sure org ingat aku kurus hikhik..ada sikit longgar la baju seluar.. rasanya aku dah boleh fit in baju saiz 42. sebab saiz 44 ni mcm dah rebeh kat bahu. I guess I lost inches la kot eh..takpe teruskan angah!!!

Cerita lain plak eh.. adik aku nak amik anak angkat jadi aku akan jadi ibu susuan baby tu. Otomatik jadi anak sedara adik aku kan.. amik baby boy supaya senang urusan aurat dengan suami adik aku.. so happy for her sbb akhirnya decide nak amik anak angkat.. Dah kawen 5 tahun tapi belum tergerak hati nak cuba IUI or IVF katanya..takpe lah.. small steps dulu kan.. Aku lagi happy sebab aku dapat anak lagi! tanpa perlu beranak.. oh bliss!!


3 comments:

Irfa said...

part anak susuan tu aku terkagum jugak

3kg?
samalah kita ;)

oren said...

makcik oren adalah sudah lupa psl kelas tajwid kat uia..yg aku tau, aku jadi naqibah..teror kan? hahahaha..

arabic, ok..start level 4 sbb dh ada basic..ari tu, my boys tnya aku, kalo 100 arab ckp apa? selamba aku jawab 'miatun'..depa terlopong dan kagum..ekekeke..senang jek nak buli anak2 aku..hahahaha..

baguslah dpt anak otomatik, tanpa perlu beranak..

3 kg? aku tak turun apapun? aduilaaaaa....ke, penimbang tu yg rosak kuttt????

oo..tv leper dh turun bawah eh? hmm..bilalah aku nak renovate gak? kabinet sinki tu, tunggu masa jek nak runtuh..nak tambah kabinet lagi, nak tmbh brg dlm bilik lagi..porch dpn mmg tak buat lah..pakai jek simen yg dh pecah2 tu..

izawani said...

Ada beberapa perkara baru dibuat kat rumah akak, tapi tak amik pic lagi... lupa plak...

Caiyok caiyok angah !

Bestnya dapat baby... akak baru jer teringat ingat nak pi umah anak yatim nak amik anak angkat sorang utk dibaiyai (tak amik bawak balik, bawak balik sesekali)... tapi tak tau camna nak proceed... lagipun tak tau penerimaan family...