Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI

Hari jumaat dah.. lusa dah nak raya. Dan aku masih kat pejabat. Nak setel buka sebutharga so that next week jawatankuasa penilai dah boleh buat kerja derang plak sementara aku menikmati cuti yang ku dambakan..kuih raya yang ada kat rumah cuma tart nenas ngan popia mini. Malam kang lepas buka nak cari kerepek, maruku ngan kacang. Malas nak beli biskut raya. Aku bake la kek sesarang dua ngan muffin ke nanti bila org nak datang. Believe it or not aku tak tukar duit raya pun tahun ni! Cuma sedia yang wajib2 untuk anaka2 sedara sepupu sepapat terdekat je.

Kids are thrilled to sambut raya ngan sepupu2. Ye la.. raya kat Klang mana ada kan. Siap plan nak pakai apa raya ke berapa bagai. ibu layankan je laaa..

Akan balik raya ke Klang pada raya ketiga insyaAllah..

Progres Rumah
Tiles kat porch dah siap, sebelah tepi rumah tak siap lagi. Dapur pun dah naik kerangka bumbung. Raya kedua kontraktor sambung kerja. Lepas tu adik ipar aku dah boleh buat wiring. Memang huru hara la kawasan rumah aku tu. Jadi makin malas nak mengemas haha..takpe lah. Langsir pun aku dah cuci dan gantung balik. Ye..makngah tak beli langsir pun, pakai langsir yang sama sejak 2 tahun lepas. Apalah ada pada langsir kannnn...

Perjalanan menuju kekurusan
Started dengan 74kg. Pagi ni timbang dan angka menunjukkan 69.9kg. Alhamdulillah. Ada la penurunan. harapnya aku teruslah istiqamah menurunkan berat badan, dengan dugaan nak beraya ni aduhaiii..makanan semua sedap2 kan....mungkin akan terus berpuasa 6 lepas dah habis period ni..aku beli gak e-book Kevin Zahri pasal tips menguruskan pemakanan masa raya. jangan baca je tapi tak amal haha..

Target untuk 60kg sebelum bulan 2 ni. Harap2nya tercapai. Lepas raya ni dah boleh start excercise lah. bagi lagi cepat burn fat. Chaiyok Angah!

Dalam masa sama pun aku monitor milk production gak. Tak nak la sebab nak turunkan berat, susu terjejas. kesian anak aku takde susu nanti kan.. setakat ni alhamdulillah masih menten bawa balik average 15-18oz sehari untuk baby purba aku tu dan jugak bakal anak susuan aku insyaAllah.. 2 bulan je lagi untuk dapat breastfeeding PhD.

Gossip2..
Sapa suka dengar Hot FM? Aku memang tiap pagi la dalam kereta tu. Paling aku nyampah sekarang ni iklan 100plus Khairul Fahmi tu.. Very the fake ok! Sapa la yang buat skrip gitu gaya..fail lah..

Sapa dah tengok iklan raya BERNAS? best iklan so far! Sedih merembes2 air mata aku tengok pepagi Jumaat lepas. Dok terbayang kalau la anak2 tu anak2 aku camne lah..untungnya la anak2 aku hidup senang. Kalau aku jumpa memang aku bawak balik buat anak angkat! Oh semalam dengar Hot FM, ada doktor dan kawan2 dia from Kota Kinabalu nak beri rawatan percuma pada pelakon iklan tu Adik Fizi ngan Adik Ahmad utk mata ngan speech therapy. Alhamdulillah rezeki mereka kan.. Cuma satu yang aku perasan..kanak2 yang macam Fizi dan Ahmad ni kalau dalam dunia nyata sangat tajam akal derang, sangat terang hati derang ni.

Anak Angkat
Finally..aku akan pergi beraya kat rumah 4 anak angkat aku. Cikgu sekolah call, parents anak2 aku ni nak sangat jumpa aku. Fikir2 balik tak baik pulak menghampakan harapan orang kan.. They are doing well in Secondary School alhamdulillah. So insyaallah aku akan berkunjung ke rumah mereka raya ni dengan cikgu tu lah..tahun depan insyaAllah ada 2 anak angkat lagi. tahun ni takde calon layak kata cikgu. Nervous la pulak hahaha...Nak jumpa kontraktor pun tak nervous gini ok..

-
-
-
-

Dikesempatan ini Angah ingin menghulur 10 jari memohon kemaafan dari sahabat2 maya sekelian andai ada tulisan dan komen2 angah yang menyentap rasa. Selamat hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Lan, Angah, Arief, Adneen, Riefqi..

4 comments:

oren said...

like this entry..

selamat hari Raya jugak to Angah n family..

Dinas Aldi said...

Angah, selamat menyambut Syawal & maaf zahir batin dari akak naa :)

nonie said...

Banyak achievement angah... alhamdulillah, blh jadi sumber motivasi esp babkurus & susu....:) enjoy ur raya!

Irfa said...

semua part yg ko tulis aku baca dan aku suka..

part anak angkat paling aku suka :P

part berat tu aku masih angka 7
bermula dgn 75..sekarang 70.tp masih angka 7.huhu

harap dapat capai smpi 65kg