Wednesday, April 17, 2013

MASAK DAN WAJAH

Wah lama tak update. Sibuk? Rutin? Boring? Semua sekali ahaha..
 
Nak bercerita pasal kulit. Tahun ni umur aku dah 36 (yer mak kertu) Jadi dah ada rasa2 mcm kulit tak elastic mcm dulu, laughing line dah makin ketara, jeragat makin gelap. Dan makin kering. The usual stories lah. Oh ye gemok jugak.
 
So lepas baca beberapa review pasal Ephyra, aku pun cuba lah. Sedap juga ephyra ni, mcm rasa air oren Tang bak kata Cekna Arena. Minum waktu pagi sebelum sarapan. Lepas seminggu aku dah rasa kulit makin lembap dan supple. Abang ngan anak2 pun perasan kulit lembut. I like! Aku dah masuk bulan kedua guna. Nampak la jeragat pudar sikit. Dan lepas cuci muka tak rasa ketat. Takde la kulit mulus mcm telur kupas kulit tu, cuma aku rasa kualiti kulit aku makin elok lah banding sblm ni.

Satu lagi aku perasan rambut dah kurang gugur dari sebelum ni. Which I like sebab lepas bersalin qiqi sampai la sekarang rambut gugur tu amat menakutkan. Lama2 boleh botak aku!

Ini gambar bulan 1, aku pakai total effect dan compact powder.

Ini gambar bulan lepas, muka togel tak pakai apa2

Ini gambar minggu lepas, pakai total effects dan compact powder.
 
 
Mungkin pengcahayaan mas aaku amik gambar ni main peranan jugak kot aku tak tau lah.. Cuma yang aku perasan bila pakai pelembab dan bedak lebih sekata. Lebih lembap tapi tak oily. Paham tak? Radiance la senang cakap. So motto aku sekarang, biar gemuk jangan huduh haha..
 
 
Ok cerita pasal masak pulak lah ye..
 
Aku buat cupcakes semalam utk member. Assorted RVC (creamcheese ) ngan Choc Moist (whipped choc ganache)
 
Saja buat frosting tu dual tone. Borong asik putih jek. Whipped ganache guna dark choc. Aku makan pun rasa sedap ehehe..
 
 
Ingat tak aku cerita Mak Mertua kesayangan aku tanam banyak pokok pisang kat rumah. Alhamdulillah dah ada hasil.
 
Ini namanya pisang toman. Kecik sikit dari pisang tanduk. Depan tu pokok manga epal.
 

Pisang nangka belakang dapur. Abang tebang kelmarin. Malam tadi aku dah goring pakai tepung magik. Sedap. Nimatnya makan sebab dari tanaman sendiri.
 
 
 
Aku tanam pokok ceri, longan, mangga epal, mangga biasa, cempedak, jambu batu, pulasan pun ada. Esok2 dah berbuah best je kan..
 
Ok dah.. tu je.



9 comments:

Amyz! said...

Sedapnya pisang nangka digoreng. Mmg fav. Kat JB rare sgt la jumpa pisang nangka. Aku sebut pisang nangka pun dorg buat muka pelik. Sedih aku.

Aku penah try gak Ephyra ni. 2 bulan pertama je. Lepas tu, dah pregnant. Mabuk2. Minum je muntah. Rugi ephyra aku. Lepas bersalin aje la aku sambung balik. Haha.

Irfa said...

biar gemuk jangan huduh

hahaha..aku setuju
x cantik tp kulit cantik pun bagus juga..ada org muka lawa.tp kulit tak lawa..

nihadriz said...

1. wowww jelitaaaaaa... pastu mesti org propa kata kak Angah suntik vit C hahahahaaa

2. nak tanam macam2 kat kuarters ni alamatnya kena hambat keluar hihi... best ada pisang sebab Amna suka pisang. tapi pisang lemak manis la :P

Anonymous said...

Berapa harga sekotak?

Angah said...

Anon..rm198 including postage ada 30 sachets

Papa, Mama & Azra said...

I heart Ephyra! I heart Tepung Magik! Kau punya brownies yg boleh pos tu pon sedap nak mamps!

Papa, Mama & Azra said...

Oh lagi satu, I heart Spicy Curry Cornflakes!!!

Dinas Aldi said...

Akak punya moto pun gitu jugak, biaq gebu kentang asal jangan huduh, kehkeh!
Memang ada nampak perubahan la Angah :)

izza ephyra said...

Salam,

being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.

FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure)

let me know if you are interested :)

spread the love!

Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619