Monday, April 11, 2011

KAMERA

Aku beli kamera. Nikon coolpix je pun. Disebabkan kamera lama dah rosak dan aku malas nak ngambik gambau guna telefon. Damage cuma RM488. 14 megapixel dan automatic scene. Tak payah nak set2 profile ke, portrait ke, dim light ke hapa..tekan jek. Pagi ni aku tengok ada berbelas2 gambar kipas, aircond, lubang idong Riefqi dan lubang jamban jugak. Tak kerja Arief tentu kerja Adneen.

Minggu ni ada Temerloh Mountain Bike Challenge. Abang kena jadi pengadil. Aku ingat nak pegi jugak la. Lama dah tak jumpa geng2 basikal, geng2 komisar. Masa derang race aku boleh bawak budak2 pi jalan2. Kuala Gandah ke kan..duduk umah pun boring jugak. Kena carik hotel nih, sure penuh. Ala kalau takde boleh je lepak umah member aku.

Khamis ni nak pegi Kuala Lipis. Projek Agropolitan Gahai. Ada group dari UKM buat study dan projek bawah Kementerian aku ni salah satu komponen kajian. So Makngah kena bagi sikit taklimat dan buat lawatan tapak la. Huih lama tak pegi lawatan tapak jauh2 ni haha.. Semalam jugak aku beli slow cooker yang besar sikit. Disebabkan kalau masak bubur Riefqi, si Adneen mesti nak mengendeng jugak kan..murah je pun Alhamdulillah. So malam tadi try masak start pukul 10 mlm. Pukul 6 pagi tadi dah molek masaknya. Setting low.

Semalam jugak potong rambut Adneen. Dah menggerbang2 mcm langsuir aku tengok. Kalau aku nak ikat punya la susah, cuba cikgu..lajuuuuu je hulur kepala. Jadi sejak minggu lepas operasi memujuk bermula. Cakap la potong mcm Dora cantik bla bla bla..minah ni termakan jugak pujukan haha..so mlm tadi tebas ngan abang dia sekali. Eh..comel plak rambut pendek camtu. Ye la..dah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..

Aku dah masuk bilik sendiri kat opis. Yeay! senang sikit nak ngepam susu. Sebelum ni share. Lepas renovate opis maka dapat la duduk sorang2. Tapi aku suka buat kerja kat luar plak. Kat meja staff aku.

Tau ni baru bulan 4. Tapi aku dah pikir nak beli kain buat baju raya. Ye la kang lambat sure tak sempat. Dan kena bajet2 jugak la kan. Yang pasti kena beli sikit2 untuk bebudak ni. Aku pakai baju opis pun bukan org perasan. Rasanya tahun ni nak tempah designer label lah..(mampu?) warna coklat nampak sangat sweet kan..

Dan oh...berat badan aku kan naik lepas abis pantang aritu. Aku dah start consume Herba Life semula sejak 2 minggu lepas..(lepas buat bajet la..kan dah kena bayar kereta semula kan). Dan berat aku dah turun 2kg. Alhamdulillah. Rasa sangat berat lah huhu...org lain breastfeed kurus, aku gemuk plak. Sampai aku pegi sepital buat test lah..doktor cakap hormon tak betul. Yeah what's new kan..dengan cycling activity yang tak serius mcm dulu nih...dan dengan umur yang makn meningkat, dengan metabolisma yang makin turun kan..kena lebih giat usaha. Tapiiii aku tetap menten lawa hahaha..

Friday, April 08, 2011

BREASTFEEDING THE END OF 1ST PHASE

Alhamdulillah. Lagi 1 minggu maka berakhirlah fasa 1 exclusive breastfeeding untuk Riefqi. Lagi 3 fasa untuk ditempuhi. InsyaAllah Angah boleh!

Secara keseluruhan putera ni agak berbeza dengan abang dan kakaknya. Riefqi tak consume bayak sangat di Taska. Cuma 12oz lebih kurang lah. Reverse Cycle baby kan..He gets most of his calories masa aku kat rumah. Sebaik saja masuk kereta, dan selang sejam or so kat rumah. After midnight dia akan bangun 3 kali untuk menyusu.

Takkk aku tak mengantuk sangat sebab ibu yang menyusu sepenuhnya ni dapat deep sleep yang bagus. Tentu ibu2 perasan kan, masa kita menyusukan anak atau pam susu kita akan rasa mengantuk dan senang terlelap.

Stok susu pun Alhamdulillah, cukup. Disebabkan aku pam kat opis dapat everage 20-25oz jadi stok ok lah ada surplus disitu kan.

Dan keterujaan aku tentu sebab minggu depan dah boleh kenalkan Riefqi dengan solid food. Dan rutin aku akan bertambah iaitu masak makanan Riefqi, ujung minggu akan tambah aktiviti rebus/stim/puree buah2an dan sayur untuk bekal dia nanti.

Takkkkk aku tak rasa terbeban pun sebab pengalaman aku dengan 2 anak sebelum ni, anak2 yang kita bagi makan buah/sayur/bubur ni tak akan memilih makanan bila makin besar. Semua pun dia boleh bedal. Lagipun tastebud dia dah terbiasa dengan rasa makanan ni semua kan..

Cuma kali ni aku ngada2 sikit hahaha..aku beli bottle/food warmer pastu aku beli feeding set MAM yang susunya tukar kaler bila makanan terlalu panas dan tak sesuai untuk bayi. Ala dulu pun takde benda ni semua pun ok je kan.. Eh..kan aku cakap aku ngada2.

So minggu depan akan bermula journey fasa 2 breastfeeding dan starting solid food untuk Riefqi bambam...wish me luck!!!

Thursday, April 07, 2011

LOLIPOP KAKI

Aku perasan ada iklan lolipop baru kat TV. Yang aku pelik apsal dibuat bentuknya bentuk kaki..hish takde selera aku nak menjilat kaki! Demam Adneen dah ok cuma pagi tadi sangat liat nak tinggalkan dia kat school. Dekat 1/2 jam aku pujuk. Alahai.. Pagi tadi hampir eksiden disebabkan sorang driver mangkuk hayun tahap dewata raya yang duduk kat lane kiri kat simpang empat tapi nak masuk simpang kanan. Lane kiri tu untuk terus dan simpang kiri je la bodoh!! Aku ni duduk lane kanan untuk terus dan simpang kanan. Jadi bila lampu hijau, aku terus dan dia nak ke kanan..sikit lagi nak hentam kereta aku..BANGANG!!! mujur anak2 aku duduk kat carseat. Dengan brek emergency camtu maunya terperosok patah riuk kat bawah seat/dashboard kalau tak guna carseat. Meraung Adneen ngan Riefqi. Hish memang BANGANG! lesen beli ke hapa! Aku lagi bengang bila fikir yang disebabkan driver mangkuk hayun camtu la banyak nyawa melayang. Ada dia berenti? takde!!! tapi takpe aku dah dapat nombor plate. Tau la aku nak mengajar driver tuh nanti. Kejap lagi nak call JPJ negeri tanya sapa empunya kereta. Tau la aku nak ngajornye..

Wednesday, April 06, 2011

INTERNET

Malam tadi aku saja2 borak dengan Adneen. Aku : Kakak lelaki ke pempuan Dia : Pempuan la..kakak pempuan, ibu pempuan, ayah lelaki, abang lelaki, adik lelaki Aku : Ye ke..mana kakak tau kakak pempuan Dia : Kat INTERNET.. Aritu aku borak2 ngan Arief Dia : Ibu..malam lailatul Qadar tu apa (kes belajar kat sekolah tapi tak paham) Aku : bla bla bla (menerangkan sefaham aku la) Itu je yang ibu tau..nanti bu carikan la, ibu baca buku, pastu ibu bgtau abang ok.. Dia : Ala...ibu bukak INTERNET je la.. hahaha..nampak sangat maknya ni pelayan internet tegar.

Tuesday, April 05, 2011

DEMAM

Seminggu lebih takde entry. Bukan sebab malas tapi sebab anak2 tak sihat.

Minggu lepas aku langsung tak pegi kerja sebab Riefqi demam panas dan selesema. Isnin lepas bawak pegi Pusat Kesihatan. Suhu badan dia 38.4. Sangat panas kan, jadi kena cek darah sebab dah 3 hari demam. Alhamdulillah cuma jangkitan kat tekak dan bukan denggi. Aku risau jugak dah musim2 denggi sekarang ni.

Hari Rabu masih tak berubah. Doktor pun cuma bagi ubat demam Fepril ngan antibiotik je. Polisi hospital/klinik kerajaan memang takkan bagi unat selsema dan batuk untuk baby bawah 2 tahun. Tapi kena telan 5ml. Tak sampai hati plak aku tengok Riefqi menggelupur nak ngabiskan 5ml tu. Jadinya aku pegi ke klinik yang memang sejak azali aku pegi sejak Arief lagi.

1 sesi nebulizer sebab selesema hidung tersumbat. Ubat demam / selesema /kahak dan antibiotik yang kuat. Aku tawakal je la. Apa saja yang terbaik untuk anak aku kan. Alhamdulillah buat pertama kali sejak Sabtu, dia boleh tidur lena dan menyusu dengan baik. Dah bayang la aku terpaksa pam susu sebab dia tak boleh nak menyusu sangat. Dah idung tersumbat kan..Alhamdulillah juga by Jumaat dia dah gelak2 macam biasa.

Dan..upah pada demam dan selesema seminggu tu...Riefqi dah ada 2 batang gigi bawah dan dah mula merangkak setapak dua. Dan dia belum pun 6 bulan. Sangat cepat ini budak! Lepas ni kena cari bawah2 tangga la nampaknya..pasang gril kat tangga jugak. pastu lantai bersih sebab ada tukang mop guna lutut.

Oh...Adneen pulak demam sekarang ni. Mula dengan sakit mata. Dah 2 hari ni aku bawak dia masuk opis. Boss takde boleh la haha..nak hantar taska pun tak boleh kan. So what choice do I have? Nak amik maid pun amsih berkira2 nak ke tak..nak ke tak..

BIRTHDAY ARIEF

Ahad nan silam buat birthday Arief bersekali ngan 2 sepupu dia kat McDonald Telok Chempedak. Ye la aku kan malas piang nak masak bagai kan..Everything went well alhamdulillah. Cuma aku la tak enjoy sangat sebab menjaga Riefqi yang demam. Mujur tak crancky tapi most of the time tu bergayut jer la kat nenen. Mujur ada sling yang sangat membantu.

Bulan ni birthday Adneen pulak. Cadang yang sama je la, buat goodies bags untuk hantar kat Taska dan buat birthday sama sepupu2. Eh birthday aku sapa nak buat goodies bags?


BALASUNGKAWA

Takziah untuk Kak An sekeluarga atas perginya puteri bongsu Munirah Huda pada 1 April 2011. Arwah berusia 8 bulan, mengadap Ilahi kerana pneumonia. Semoga Kak An sekeluarga cekal dan tabah dengan pemergian arwah. Aku suka baca blog Kak An ni dan cedok resepi2 dia untuk dicuba...

Takziah untuk sahabat berbasikal aku Arel, atas perginya Ibu beliau pada 3 April 2011. Mama Arel meninggal dunia lepas lebih setahun menderita sakit yang tak tau puncanya. Arwah lesu, lemah tapi doktor kata tak sakit. Aku selalu juga jumpa arwah bila berkayuh di Bukit kapar...sabar ya Arel..