Seminggu lebih takde entry. Bukan sebab malas tapi sebab anak2 tak sihat.
Minggu lepas aku langsung tak pegi kerja sebab Riefqi demam panas dan selesema. Isnin lepas bawak pegi Pusat Kesihatan. Suhu badan dia 38.4. Sangat panas kan, jadi kena cek darah sebab dah 3 hari demam. Alhamdulillah cuma jangkitan kat tekak dan bukan denggi. Aku risau jugak dah musim2 denggi sekarang ni.
Hari Rabu masih tak berubah. Doktor pun cuma bagi ubat demam Fepril ngan antibiotik je. Polisi hospital/klinik kerajaan memang takkan bagi unat selsema dan batuk untuk baby bawah 2 tahun. Tapi kena telan 5ml. Tak sampai hati plak aku tengok Riefqi menggelupur nak ngabiskan 5ml tu. Jadinya aku pegi ke klinik yang memang sejak azali aku pegi sejak Arief lagi.
1 sesi nebulizer sebab selesema hidung tersumbat. Ubat demam / selesema /kahak dan antibiotik yang kuat. Aku tawakal je la. Apa saja yang terbaik untuk anak aku kan. Alhamdulillah buat pertama kali sejak Sabtu, dia boleh tidur lena dan menyusu dengan baik. Dah bayang la aku terpaksa pam susu sebab dia tak boleh nak menyusu sangat. Dah idung tersumbat kan..Alhamdulillah juga by Jumaat dia dah gelak2 macam biasa.
Dan..upah pada demam dan selesema seminggu tu...Riefqi dah ada 2 batang gigi bawah dan dah mula merangkak setapak dua. Dan dia belum pun 6 bulan. Sangat cepat ini budak! Lepas ni kena cari bawah2 tangga la nampaknya..pasang gril kat tangga jugak. pastu lantai bersih sebab ada tukang mop guna lutut.
Oh...Adneen pulak demam sekarang ni. Mula dengan sakit mata. Dah 2 hari ni aku bawak dia masuk opis. Boss takde boleh la haha..nak hantar taska pun tak boleh kan. So what choice do I have? Nak amik maid pun amsih berkira2 nak ke tak..nak ke tak..
BIRTHDAY ARIEF
Ahad nan silam buat birthday Arief bersekali ngan 2 sepupu dia kat McDonald Telok Chempedak. Ye la aku kan malas piang nak masak bagai kan..Everything went well alhamdulillah. Cuma aku la tak enjoy sangat sebab menjaga Riefqi yang demam. Mujur tak crancky tapi most of the time tu bergayut jer la kat nenen. Mujur ada sling yang sangat membantu.
Bulan ni birthday Adneen pulak. Cadang yang sama je la, buat goodies bags untuk hantar kat Taska dan buat birthday sama sepupu2. Eh birthday aku sapa nak buat goodies bags?
BALASUNGKAWA
Takziah untuk Kak An sekeluarga atas perginya puteri bongsu Munirah Huda pada 1 April 2011. Arwah berusia 8 bulan, mengadap Ilahi kerana pneumonia. Semoga Kak An sekeluarga cekal dan tabah dengan pemergian arwah. Aku suka baca blog Kak An ni dan cedok resepi2 dia untuk dicuba...
Takziah untuk sahabat berbasikal aku Arel, atas perginya Ibu beliau pada 3 April 2011. Mama Arel meninggal dunia lepas lebih setahun menderita sakit yang tak tau puncanya. Arwah lesu, lemah tapi doktor kata tak sakit. Aku selalu juga jumpa arwah bila berkayuh di Bukit kapar...sabar ya Arel..
4 comments:
xper kak, blog bukanlah hakmilik kekalls.. ahaks
Al-Fatihah untuk Munirah Huda & ibunya Arel..
Org dewasa cam kita demam oklah jugak, tapi baby & budak2 kecik kalau demam, aiseh, kesianla..Riefqi dah ok, semoga Adneen akan kembali sihat dengan kadar segera lepas ni, insyaallah!
lps tahu psl baby munirah tu kan, terus teringat awatif..dh few days asik selsema jek..tnya nurseri, depa kata ok jek, tak teruk..huhuhu...
alaaa..besday ko nnti, buat le goodies pack, bagi kat staf pejabat..ok gak kan...
en_me
takde satu benda pun hakmilik kekal kita kan..huhu
Kak Dinas
betul kak, baby semuanya pun menangis je. kita pun tak tau nak buat apa kalau dah merengek tuh alahai..
Oren
baik la cepat2 cek apa yg patut, kengkdang nampak mcm biasa n ok tapi sakit tu sebenarnya makan dalam pelan2..
Post a Comment