Monday, April 11, 2011

KAMERA

Aku beli kamera. Nikon coolpix je pun. Disebabkan kamera lama dah rosak dan aku malas nak ngambik gambau guna telefon. Damage cuma RM488. 14 megapixel dan automatic scene. Tak payah nak set2 profile ke, portrait ke, dim light ke hapa..tekan jek. Pagi ni aku tengok ada berbelas2 gambar kipas, aircond, lubang idong Riefqi dan lubang jamban jugak. Tak kerja Arief tentu kerja Adneen.

Minggu ni ada Temerloh Mountain Bike Challenge. Abang kena jadi pengadil. Aku ingat nak pegi jugak la. Lama dah tak jumpa geng2 basikal, geng2 komisar. Masa derang race aku boleh bawak budak2 pi jalan2. Kuala Gandah ke kan..duduk umah pun boring jugak. Kena carik hotel nih, sure penuh. Ala kalau takde boleh je lepak umah member aku.

Khamis ni nak pegi Kuala Lipis. Projek Agropolitan Gahai. Ada group dari UKM buat study dan projek bawah Kementerian aku ni salah satu komponen kajian. So Makngah kena bagi sikit taklimat dan buat lawatan tapak la. Huih lama tak pegi lawatan tapak jauh2 ni haha.. Semalam jugak aku beli slow cooker yang besar sikit. Disebabkan kalau masak bubur Riefqi, si Adneen mesti nak mengendeng jugak kan..murah je pun Alhamdulillah. So malam tadi try masak start pukul 10 mlm. Pukul 6 pagi tadi dah molek masaknya. Setting low.

Semalam jugak potong rambut Adneen. Dah menggerbang2 mcm langsuir aku tengok. Kalau aku nak ikat punya la susah, cuba cikgu..lajuuuuu je hulur kepala. Jadi sejak minggu lepas operasi memujuk bermula. Cakap la potong mcm Dora cantik bla bla bla..minah ni termakan jugak pujukan haha..so mlm tadi tebas ngan abang dia sekali. Eh..comel plak rambut pendek camtu. Ye la..dah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..

Aku dah masuk bilik sendiri kat opis. Yeay! senang sikit nak ngepam susu. Sebelum ni share. Lepas renovate opis maka dapat la duduk sorang2. Tapi aku suka buat kerja kat luar plak. Kat meja staff aku.

Tau ni baru bulan 4. Tapi aku dah pikir nak beli kain buat baju raya. Ye la kang lambat sure tak sempat. Dan kena bajet2 jugak la kan. Yang pasti kena beli sikit2 untuk bebudak ni. Aku pakai baju opis pun bukan org perasan. Rasanya tahun ni nak tempah designer label lah..(mampu?) warna coklat nampak sangat sweet kan..

Dan oh...berat badan aku kan naik lepas abis pantang aritu. Aku dah start consume Herba Life semula sejak 2 minggu lepas..(lepas buat bajet la..kan dah kena bayar kereta semula kan). Dan berat aku dah turun 2kg. Alhamdulillah. Rasa sangat berat lah huhu...org lain breastfeed kurus, aku gemuk plak. Sampai aku pegi sepital buat test lah..doktor cakap hormon tak betul. Yeah what's new kan..dengan cycling activity yang tak serius mcm dulu nih...dan dengan umur yang makn meningkat, dengan metabolisma yang makin turun kan..kena lebih giat usaha. Tapiiii aku tetap menten lawa hahaha..

3 comments:

Hambali ® said...

alamak apehal ko menaip jadi 1 peranggan panjang ni ....

ni rasanya sebab menaip pakai compose mode ni. Bukan HTML mode.

Angah said...
This comment has been removed by the author.
Angah said...

haaaaa sme!!!! kau telah menyelesaikan masalah aku..tapi kenapa jadi camtu ek..

rasanya takde aku kacau apa2 setting.