Hahaha tajuk ntah hapa2..janji paham sudah lah. Kali ni nak bercerita pasal pam susu kat opis. Ramai member tanya aku pasal ni sebab mereka pun ibu muda atau bakal ibu dan berminat nak belajar pasal penyusuan ibu secara eksklusif. Alhamdulillah, aku cukup seronok untuk menjawab.
Cumanya jawapan dan guide ni based pada pengalaman aku je ya. Yang aku praktikkan sejak bersalinkan Arief 7 tahun lepas, sampai la sekarang. Lain ibu lain pulak pengalaman masing-masing. Guide ni kira yg aku buat masa Riefqi lah sebab dia duduk nursery. Kira pengalaman baru jugak ni sebab abang ngan kakak duduk kat umah nenek dia je.
Entry bergambar je la..senang paham *mentang2 ada kamera baru muahaha..
Pump
Aku guna 2 jenis pam. Electric double pumping jenama MODU untuk pam kat opis. Ni baru dapat few days back. Sebelum ni aku pakai Medela Free Style. Tapi baterinya terhempas dari tingkat atas rumah aku..berderai huhu..so beli MODU sebab murah hihi..Performance ok (nanti aku buat review pasal MODU ni). Pam lagi satu MEDELA Harmony. Yang ni manual. Aku guna in between feeding. Kalau rasa breast masih penuh lepas Riefqi menyusu. Kat gambar tu hasil pam sesi kedua pagi ni. Dapat 7oz
Storage
Aku guna plastik jenama Suri dan Autumz. Botol plak guna MLO. Kalau store guna botol cepat la penuh freezer kan. Botol cuma diguna masa pumping dan transport ke rumah. Lepas tu aku alih ke plastik dan masuk freezer. Walaupun plastik tu boleh simpan sampai 120z, aku cuma letak 30z. Cukup2 sekali feeding. Senang pengasuh nak panaskan.
Susu tu aku asingkan dalam beg plastik besar ikut bulan. 1-15hb dan 16-30hb. Jadi senang nak guna kemudian. 2 plastik ni stok 15-30hb 4.
Coolerbag
Inilah dia. Aku ada 2 beg. 1 untuk bawak ke opis, masukkan sekali ngan pam lah. Satu lagi untuk Taska. Aku guna beg MLO sekali ngan icepacks.
Jadual pam
Kat opis biasanya aku pam 4 kali. 20 minit setiap sesi dengan jadual lebih kurang camni lah
Sesi 1 - 8.30 pagi
Sesi 2 - 11.00 pagi
Sesi 3 - 1.30 tghri
sesi 4 - 4.00 petang
Kadang2 3 kali je bergantung pada jadual kerja aku la jugak. Sehabis boleh kena cuba ikut schedule ya.. Aku bagitau je boss aku yang aku ni susukan anak. Staff pun paham kalau aku tutup pintu bilik tu mmg tengah mengepam la.. Sambil2 pam tu buat kerja gak la. Oh..aku gantung gambar breastpump kat tombol pintu.
Kalau dalam perjalanan, aku belasah pam dalam kereta walaupun on the way nak pegi site ngan driver. Aku gunakan nusing cover. Senang kan..Malu? tak la..dah itu makanan anak aku..tak pam kang takde makanan la si botak tu.
Jumlah Perahan
Tak tentu juga. Kengkadang banyak, kengkadang ok je. Average dalam 20-25oz lah sehari. Ada jugak pernah 10oz jer huhu..Tapi kena positif, itu rezeki Riefqi hari tu kan.. Biasanya 1st session tu banyak dan makin kurang sampai ke 4th session tu.
Ada yang tanya cukup ke baby hisap nanti sebab last session pukul 4, amik anak pukul 5.30. InsyaAllah cukup. Sebab bila breast kosong, lagi cepat akan full semula. Kena yakin.
Supplement
Setakat ni aku cuma amik 2 supplement. macam dalam gambar ni lah. GNC tu multivitamin untuk pempuan. Memang aku amik lama dah pun. Yang catalyst VCO ni baru cuba. Ada testimoni kata boleh rangsang pengeluaran susu. jadi aku cuba lah.
17 comments:
eh.. i pun mkn women ultra mega tu.. masa bf iqbal..
betul betul.. penting kena pump kat ofis.. aku tak dpt lah nak buat 4 session.. 3 session pasti..
dan gua nak positif jer ni.. positif positifff.. :) utk the 2nd baby.. ehehe
huish..kalaula aku boleh buat cam ko nih..kagum aku. I support BF mum :)
aku nak tekan butang 'like', tapi takdak plak..
hahahaha...
aku sukaaaaaaaaa......
memang tabik kat Angah pasal hal ni!
ko pakai modu ek? modu baru keluar kan kat sarakids tu ha? bagus tak? heheheh...tanya macam dah ada anak ek angah? takpe..takpe...persediaan mental yg penting... heheheheheh
wow banyaknya hasil!!! jeles ar..
kena try pump 4 kali lah gini kat opis.. sebab kalau kat rumah memang payah nak dapat buat..
entry pemanas ni
bulan sebelas aritu stop pumping.. sebelas tahun ni start balik..
chaiyook angah
Daun
Masa peknen pun aku makan gak. Ye positifffff..
Mawar
Buat untuk adik yaya! aku support ko
Oren
kahkahkah.. kasi motivate kengkawan katanya
Aida
haah..baru mula pakai. ok gak. nanti aku buat review. Takpe belajar2 ye untuk junior..
madulebah
Alhamdulillah, rezeki Riefqi. Apply demand and supply rule. kat umah angah pump kalau rasa breast masih ada isi lepas nurse baby.
kak dinas
hihi..dah makanan anak kak..kena la buat jugak
Ana
kita bako..kita bako haha..good luck ye..
sy terbaca blog u nie..nk tau sgt psl modu..tgh berangan nk beli..nnt review ye best ke x modu tu..tq
suka ngan ibu2 bf nie..sangat kagum..teruskan n salam kenal dr mummy maira..mcm cumiljer pump jenama modu tuh..ada jual kat mana ek?breast sheel dia mcm madela tak?rentak hisapan?
Seronok lihat semangat ibu! Keep it up ya! Chaiiyouk!
Leceh tak nak cuci breastpump Modu? Apa banyak parts tak? Kena guna sabun tak? steril?
Anon
Tak susah, parts dia sangat sikit berbanding Medela Free Style. Partnya cuma corong dan lapiknya dan valve.
Kat opis cuci ngan air saja dan balik cuci ngan sabun. Seminggu sekali steril ngan air panas.
Boleh refer entry review modu. ada gambar.
syok la tgok susu yg dhasilkn..sy br 1st tbby ni..so far da brape lama awk guna pam modu tu eks?ok keR
Si Putih
Saya guna sebulan lebih je, pastu suction mcm kurang tapi getaran makin kuat. So beli la fs semula
Modu ni freestyle jugak ke
Post a Comment