Tuesday, April 12, 2011

MAHAL

Tengok berita malam tadi. serombongan 50 orang makan ikan patin kat Temerloh dan kena bayar RM13K. Average sorang kena charge RM260. Walawei biar betoi. Aku selalu jugak makan ikan patin. Patin buah lagik! simple math la kan, kalau seketul RM40 pun, dan kalau aku makan 2 ketol pun tak sampai RM100 kan. Sekali ngan nasik dan lauk2 lain lah tu.

Tapi tak pulak disebut samada rombongan ni menapau lauk patin tersebut dalam skala besar. Puas la menjawab pekedai tu nanti. Pengajaran buat kita, lain kali nak makan kena tanya harga bebetul. Teringat plak kes kepala ikan tongkol berharga RM45 few years back kan.

Aku ngan abang suka makan ikan krai. Daging dia manis..Kalau ikan fresh harganya dalam RM38 sekilo. Tapi kalau dah digoreng boleh cecah dekat RM100. Jadi aku selalu beli ikan krai kat Pasar Malam Indera Mahkota. Seekor dalam RM50 lah..potong 4 dan boleh masak 2 kali kan.


kan aku cakap aku beli kamera kan..ini gambar pertama. Aku dah kurus sikit haha..Si Riefqi plak lebih suka duduk dalam tu berbanding sling. Tak kisah la..


Ini skill terbaru budak botak ni.


Ni nak mandi nih..budak busyuk..

2 comments:

Dinas Aldi said...

akak pun terkejut sakan masa baca berita tu kat paper. lain kali kalau makan ikan patin kena guna cara Che G yg suka tanya dulu harga itu ini berapa, hehehe

LavenderGal08 said...

angah..tu bukan kurus skit..kurus banyak tu