Entry ni adalah cacamerba..
Semalam birthday abang yang ke 37. Ya sudah tua dan sila la sedar diri sudah tua *mcm la dia baca pun haha*..sambutan takde pun. Ada gak yang tanya apa aku nak bagi sempena birthday abang. Aku jawab...mungkin aku akan cuba maafkan dia. Ntah..aku cuma wish dan hari berlalu macam biasa. Oh cuma aku belanja makan malam je. Boleh la tu..
Esok sepatutnya birthday Arief. tapi tahun ni takde 29 Februari. tahun depan kita celebrate ok. Aku cuma beli beberapa jajan dan masukkan dalam beg untuk bagi kat kawan-kawan sekolah dia. memula nak bagi kat kelas KAFA. Sekali tanya cikgu ada 132 students la huhuhu..jadi aku hantar kat sekolah kebangsaan je la. Bersemangat dia isi 50 beg tu semalam. Sendiri punya birthday kan..
Petang semalam bawak kanak-kanak ribena pi pantai. Tapi ombak kuat sangat jadi decided pi Mini Zoo Teruntum. Facilities pun nampak dah ok. Kurungan binatang pun nampak dah cantik. Anak2 pun enjoy. Mulut kakak tau la macam bertih..
Sampai kat birds cage tu Arief pun baca la senarai burung yang ada dalam tu. Ada Helang Siput, Merak dan burung hantu. Tiba-tiba dia nampak tupai dalam cage tu. Dan dia cakap "eh takde tulis tupai pun ibu" Apa aku nak jawab????? well observant sungguh anak ni . Bagus!
Sampai kat cage ostrich, si kakak punya komen bagi ibu blushing sebab pengunjung lain pun gelak2..."ibu..burung unta tu pakai lipstik" APAKAH!!! aduh anak dara ibu. takpe at least dia tau lipstik tu letak kat bibir ya..bagus!
Dan aku rasa remaja sekarang ni samada terlebih kreatif atau terlebih bangang. Ada ke patut buah pomelo atas pokok pun jadi mangsa vandalism. Boleh la pi tulis "Juliana love Adli" kat buah tu..adehhhh. Dah la satu bangang dating kat sebelah kandang ostrich. Pi conteng pulak buah pomelo tu..
Pastu bawak bebudak ni pi naik keter kecik tu. Kakak nak naik keter pink (yang memang takde). So dia tengok je la kat tepi trek. Si Abang naik mini bike. pandai gak dia imbang badan. Bagus. Abang kata nak belikan letak kat umah. Daripada beli menatang mini bike tu, baik beli susu stok setahun!
Mlm tadi lepas dinner yang aku belanja tu la hihi..pegi botakkan kepala Riefqi. dah 4 bulan baru nak botakkan kepala. Better late than never kan. Sekarang dah sama licin ngan kepala bapak dia.
Aku beli kereta. Sila ucap tahniah kerana berjaya membuat hutang baru.
Monday, February 28, 2011
Wednesday, February 23, 2011
STATISTIK
Semalam aku menggodeh ruang belakang blog ni. Saja tengok2 statistik pengunjung, post mana yang popular, aliran trafik dan komen-komen masuk.
Ni nak cerita ni. Sangat menarik perhatian aku..
Dalam pada membelek2 ruang belakang tu, aku terperasan ada sederet komen dari cik anon untuk beberapa entry aku yang berlainan. Ada dalam 10 ke lebih la jugak. Komen2 ni dibuat pada tarikh yang sama. Ye la dah sederet kan..statistik komen plak kan ke ikut tarikh dipostkan komen tu. Bukan tarikh entry.
Tarikh itu ialah 25 Julai 2009. Mana boleh aku lupa tarikh ni. Hari aku kena DnC lepas keguguran 12 minggu usia kandungan.
Aku tau siapa pengkomen tu walaupun anonymous. Yup..semuanya yang menyakitkan hati aku. Stail2 provoke dan kondem aku.
Rajin cik anon ni menyelak blog aku. Aku rasa jugak cik anon ni sakit hati plan nak dating pada tarikh tersebut atau minggu tersebut kena kensel sebab pakwe dia ada urusan lain. Pastu meroyan dalam blog aku. Aku yang sakit dia plak yang meroyan. Eh sapa kacau idop sapa nih?
Oleh kerana doktor kata aku keguguran mungkin sbb aku stressed..aku nak salahkan cik anon ni! ishhh macam2 cik anon ni sms aku dalam bulan 6/2009 tu..
haa meh la komen lagi..senang aku nak guna Seksyen 376 ngan Seksyen 377 Undang-Undang Syariah. Bukti pun dah banyak ni..

Tuesday, February 22, 2011
ANAK-ANAK IBU
Tanya la pada mana-mana ibu, anak-anak la sumber kekuatan mereka dalam mendepani segala masalah dan kesusahan dalam hidup ni. Tak kisah la kesusahan material ke, kesusahan emosi ke..apa sahaja akan dilakukan untuk kesejahteraan anak. Ibu sayang anak-anak ibu..kalian lah sumber kekuatan ibu saat ini..

Si abang, Muhammad Mifdzal Arief. Dah kurus dan tambah hensem ya..tinggi budak ni. kereta ben10 berharga 29 hengget beli kat Cowboy..dia declare itu hadiah dia dapat nombor 1. Aku belikan jugak track hotwheel utk dia..sebab tengok dia terkebil2 macam nak tapi takut nak cakap.

Si Kakak, Adneen Humaira. Anak dara yang becok mulutnya. Minah pink ok..semua nak pink. Koleksi cd barbie memang tak boleh blah! serba serbi pun barbie jugak. layankan je la..dah mula belajar kat tadika ni. Balik rumah nyanyi "this is my foot, this is my foot" tapi sebutan ialah "jeli mai put, jeli mai put" hahaha..

Si Adik, Muhammad Nadzhan Riefqi. Si bambam ni baru masuk 4 bulan. Dah fully berCD. Cuma minum 12oz susu kat taska sebab tengahari aku pegi susukan dia. Tak banyak kerenah sangat la..dan aku sangat semput bila kena dukung budak ni lama-lama.
Ketiga-tiga anak ni anugerah yang tak ternilai untuk aku. Take anything from me you may..but not them..

Thursday, February 17, 2011
BITCHING SESSION
Cuti Maulidur Rasul kelmarin kan, wedding anniversary aku yang ke-9 ikut kalendar Hijrah. Tal celebrate pun hahaha..instead I invited few of my friends for bitching session. So Kak Jehan and daughter Husna, Zela ngan sorang member derang datang (erkk apsal aku tak tanya nama dia?). Mereka ni ahli aktif Malaysia Nature Society. Tiap minggu masuk kuar hutan/ air terjun/gua..seronok kan..
Aku masak laksa penang ngan carrot cake je pun. Syiok la makan-makan sambil borak2 santai ngan member2 kan. Kongsi cerita2 gelak2 tak hengat haha..abang takde so boleh la membitching sesuka hati..
Riefqi baby yang sangat coorperative kelmarin. Tidur manjang, pastu bangun pun tak nangis. Jadi mangsa gomolan aunties la.
Ni carrot cake hasil tangan keras aku. Pemalas nak bakar 2 loyang kan, jadinya sangatla tambun. Biasa bakar 50 minit, ni 1 jam 20 minit. Letak creamcheese topping. Licin!!!!!
Semalam pi checkup Riefqi untuk 4 bulan. Alhamdulillah semua ok. Berat dah 7.6kg. Naik sikit je bulan ni mungkin sebab duduk Taska dan dia consume sikit je EBM. Takpe..graf masih cantik. Misi tanya minum susu apa..ibu dengan bangga jawab susu ibu sahaja. Aku pun pelik bila misi tu pelik dan tanya "abis masa kerja dia minum susu apa?" aku cakap "susu ibu juga, perah dan simpan" ok kita bersangka baik..tak semestinya dia misi dia tau selok belok breastfeeding.
Hari aku declare nak rilek kat opis..buleh? setelah 2 minggu berhempas pulas buat report tahunan 104 muka surat itu! buleh la kot ya..lepas aku buat report Akaun Kena Bayar utk Projek RMK9, maklumbalas mesyuarat jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, minit bebas surat2 semalam dan few calls pada pejabat2 daerah..haaaaa buleh ke nak rilek nih? huhuhu
Friday, February 11, 2011
KENANGAN SILAM
Gambar-gambar yang mencetus kenangan silam masa aku buat Diploma Pengurusan Awam selama 6 bulan tahun 2005 dulu.
Ada yang makin kurus, ada yang makin kembang, ada yang menten, yang beranak pinak pun ramai, yang kawen satu batch pun ramai
Memassing dah bertugas serata Malaysia dan serata dunia jugak. Kiranya kalau aku nak pergi bertugas atau bercuti kat mana-mana pun senang jer. Member ada kan..

Malam bbq dinner masa kat Outbound School Lumut. Ini watch Trusmadi. 2 kali pusing Pulau Pangkor tau..naik whaler ngan kayak. Hajah Pangkor aku nih haa..

Melepak petang2, kat OBS ni santai sikit aktivitinya.

Ni majlis makan malam lepas habis Modul Tentera. ras aku kat Pulai Spring Resort. Innocent jek muka sorang2 haha..letih seminggu jadi sojar.

Ni posing ntah hapa2 lepas turun dari Guning Angsi. Aku sangat debab masa memula DPA ni..lepas 6 bulan aku hilang 10 kilo!

Tengah berehat sekejap kat salah sebuah Pulau Kecil. naik whaler masa ni. Macam nak mampos pun ada. Penat seh! dayung kapal besau tu mcm hamba abdi. Geng2 ni sempat lagi main.

Sojar nametag pink! merasa la angkot M16 kehulu kehilir.

Latihan Polis kat Maktab Polis Cheras. Merasa la pegang pistol.
dah dekat 6 tahun berlalu dah. Masih terkenang seronoknya, penatnya dan sebagainya la..yang pasti bonding antara kami 334 orang satu batch ni memang kuat!...sedih juga bila teringat 2 daripada kami dah pulang pada Pencipta...

Itu lah...kenangan..
Subscribe to:
Comments (Atom)