Hari hari aku baca surat khabar, tengok internet, nak tau berita semasa. Ada berita yang memang penting, ada yang tak berapa penting dan ada yang tak penting langsung. Nak contoh? tak payahlaaa.. Tapi konsumerism menyebabkan berita tak penting jadi isu muka depan. sapa buat sotkaba sebab nak rugi ye tak? Makapenuhla sotkaba ngan cerita yang takde faedah pun kalau aku baca. Nak contoh jugak? Ina tulis puisi untuk mawi... SO?
Ada Apa Pada Nama?
Anyway, ada beberapa berita yang nampak tak penting tapi kalau difikirkan disebaliknya tu, banyak benda kita boleh belajar jugak. Tak... bukan tulis puisi... Nak contoh lagi? ok.. ada satu orang dapat cucu baru, sedap nama cucu baru dia tu, makna pun bagus. FIRDAUZ. tapi kenapa dengan megah dipanggil PIDOT? hilangla makna nama yang jugak doa ibu ayah kepada anak kan.
Aku cukup terasa kalau anak aku yang namanya Arief tu dipanggil Arip, Mat Areh, atau apa2 yang bukan berbunyi Arief. Ayahnya dulu terikut2 jugak lidah ibunda, panggil anak mat areh, aku tegur elok2 kata nama baik yang kita beri tu doa, bukan suka-suka bagi. Baik letak Mat Areh dalam surat beranak dia kan. Cuma anak aku tu bahasakan dirinya abang.
Ayam Naik Harga
Ni satu lagi berita yang penting. Lepas ni pakat-pakat la aku makan benda lain nampaknya. seminggu naik sampai RM 1.05. Mudahnya alasan Persekutuan Penternak-Penternak Ayam Malaysia, nak compensate kerugian penternak2 ayam sebelum ni. Diorang yang rugi apasal plak pengguna jadi mangsa. Masa untung tak pulak turunkan harga ayam sampai RM 3 ke.
Raya dan Mercun
Semalam dengar ERA masa balik kerja. Linda Onn tepon artis la tanya pendapat pasal budak yang kena meriam buatan sendiri tuh. So dia tanya hilang meriahke raya ni kalau takde mercun dan meriam semua tu. Good question gone wrong if you ask me. Yang ditanya tu orang dewasa, public figure memangla jawapan mereka semua standard jaga muka.
Misya Omar kata : raya ni meriahnya sebab kumpul sedara mara, adik beradik buat kuih malam2, tak main mercun pun meriah jugak.
Zahid AF kata : takde semua tu pun meriah juga sebab jumpa saudara mara, berjalan menziarah, kalo nak main, main bunga api jer la. kalau nak jugak pi masuk tentera belajar buat letupan.
Angah kata : Tanya yang dewasa memangla, tanya aku pun aku akan jawab camtu. Masalahnya yang merasa keterujaan main meriam/mercun sambut raya ni kebanyakannya budak2 sekolah. tanya la mereka, sure jawabnya tak best la raya tak main kan. Pada aku orang yang kat rumah tu kena tengok la anak2 nih, kalau nampak nak start je main mercun ke, meriam ke, bagi je sedas dua penampar. Setakat nasihat tak jalan dah. Memang keras bunyinya, tapi cuba kita imbas balik zaman kita kecik dulu, masa mak ayah garang giler, berani ke kita buat semua tu? amenda la si Zahid tu kata nak belajar buat letupan pi masuk tentera...kalau budak percaya camne?
Lagi satu aku pelik, pernah dengar tak budak Cina ke budak India ke putus jari, putus tangan masa tahun baru Cina ngan Deepavalli? Kreatif sungguh budak2 Melayu ni kan. Lepas tu nyusahkan orang kena jaga kat sepital.
Dah laaaa...