Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa kan. Sure tak habis round lagi Pasar Ramadhan yang ada ye tak. Aku tak pegi pun lagik ahahaha. Malas nak meredah Precint 2 tuh. Jadi aku buat ler kuih muih sendiri, setakat ni ada karipap, cucur badak, donut dan rengas yang aku dah frozenkan. Jimat dan dijamin sedap (ikut standard aku la).
Puasa day 1
Abang pun ada kat sini sebab ada meeting ngan client Isnin tu. Bersyukur aku dapat buka puasa pertama dengan dia. Tambah pulak semua adik beradik aku ada. Mak aku punyala hepi tengok anak2 dia berkumpul. Kalaulah ayah masih ada mesti lagi seronok. Petang tu aku ditugaskan cari kuih kat Pasar Ramadhan tapi sebab anak aku sibuk nak tengok bot maka terpaksa divert ke jeti dulu la. Sambil menyelam minum air ahaaaaa, aku dapat beli ikan sembilang yang fresh. baru naik dari sampan. Sekilo RM 9, ok lah kan. Hantar balik rumah dulu mintak mak aku masak asam pedas ngan goreng jintan. Disebabkan dia akan dapat cucu lagi maka permintaan aku pun dilayan laaa. 2 ekor aku mintak kakak ipar aku bakarkan sebab nak masak lemak daun kesum untuk abang.
Buka puasa yang sangat superb. Macam-macam ada. Lepas makan semer aku solat mahgrib tapi separuh jalan. Separuh jalan lagi menyaksikan aku berlari ke sinki dengan lengkap bertelekung. Uweekkkkk!!! keluar balik benda yang aku makan huhuhu. Lesson learnt. makan ringan dulu, solat maghrib dan isyak baru makan berat sebab lepas tu boleh rilek.
Puasa Day 2
Abang jumpa client. Aku kerja. Bawak kereta macam zombie dari Klang ke Putrajaya. Bangun masak untuk sahur pukul 4.30. Lepas solat subuh sambung tidur setengah jam jek. Kat opis plak bos takde sebab bagi ceramah kat PULARIS. Aku pun amik bantal, pi ruang solat zzzzzzzz sampai 10.30 ahahahaha.. ding dong kepala aku.
Balik rumah, abang tepon ada kat pasar ramadhan Meru. Kirim ayam golek. So buka puasa ngan ayam golek yang kira ok je rasanya.
Puasa Day 3
Aku ngan abang keluar sekali, dia balik Kuantan. Aku gi kerja. Sedih la plak kan kena berpisah. Pulak tu hari ni aku kena buka kat rumah sewa ngan member je. Kesiannya aku. Buka puasa dengan cencaru bakar kuah percik, sup sayur dan frozen kuih yang aku bawak je. Buah je aku beli. Tak harap la Pasar Ramadhan kat sini. Mahal nak mamp*s. Kuih satu 40 sen!Sahur pagi tadi dengan roti wholemeal 3 keping dan air milo. Macam biasalah sejak day 1 lagik.
Puasa Day 4
Hari ni dah masuk 4 hari. Mual2 aku masih gak terasa. Tapi cubalah bertahan kan, kerja pun duduk jer kat kerusi tak berapa empuk ni. Petang ni cadang nak masak pajeri terung. Ikan pekasam pun ada lagik. Sambal belacan dan ulam. Goreng cucur badak rasanya. Lambatnya Jumaat. Aku nak berbuka ngan anak aku, ngan mak aku, kat rumah.
Pukul 4 petang bos ajak pi Pasar Ramadhan kat Precint 2. Oklah jugak jualan kat situ. Jumpa Kak Pnut. Mintak dia ajak aku buka puasa kat umah dia (tak malu sungguh aku nih) Kak Pnut nampak kurus laaaaaa... Aku beli 2 jenis lauk. Jadi kansel plan masak eheh...
Cakap pasal Pasar Ramadhan kan, aku rasa kuih kat sini takde kepelbagaian la. kalau kat Kuantan tu segala mak nenek kuih ada. Puas hati betul nak memilih dan membeli. Hujung minggu ni nak balik sana kalau sempat. Nak meronda Pasar Ramadhan yang berlainan setiap hari kat Cenderawasih, Taman Tas, Pokok Buluh, Tepi Stadium. Erkkkkk tapi aku cuma cuti 3 hari. Sempat ke ahahahahaha.
No comments:
Post a Comment