Ramadhan dah masuk 10 hari. Alhamdulillah puasa aku tak rongak lagi. Mudah-mudahan diterima Allah.
Saja nak cerita-cerita pasal kegairahan umat Islam ni berbelanja di bulan Ramadhan. Perasan tak, walaupun jadual makan cuma 2 kali sehari (berbuka dan bersahur) tapi rata-rata perbelanjaan melebihi hari biasa yang jadual makannya paling kurang 4 kali. Family aku pun tak terkecuali. Sebabnya senang je, masing-masing ada menu sendiri. Beli pulak tu melebihi kapasiti perut. Aku plak lain kes, aku tak selera makan makanan luar. Aku tetaplah nak makan masakan rumah. Jadinya tiap petang aku bersilat di dapur. Kuih muih pun aku buat sendiri dan frozenkan.
Petang semalam berbuka dengan pindang telur ikan, sambal belacan dan sayur rebus. Buah tembikai susu dan karipap yang aku buat hujung minggu. Sedih jugak berbuka kat rumah sewa ngan kawan serumah. Aku teringat suami di Kuantan, aku teringat anak di Klang. Apalah yang mereka makan. Rasa tak seronok sungguh hidup camni! Anak aku pun dah pandai cakap "ibu keje petajaya, ali maat ibu balik" (ibu kerja putrajaya, hari jumaat ibu balik) kalau orang tanya mana ibu dia. Dalam situasi sekarang aku tak mampu nak berulang dari Klang ke Putrajaya tiap hari. Aku tak mampu. Ya Allah, percepatkanlah proses pindah aku ke Kuantan....
Cuti aku sampai 31 Oktober dah lulus. Macam biasalah, raya pertama dan kedua di Kuantan. memang itulah rutin aku sejak kawen. Aku memang tak pernah beraya di Klang. Petang raya kedua baru balik ke sini. Tak per, yang penting aku boleh lepak lama gan mak aku. Hari ke berapa tu tak penting. Tak payah gaduh-gaduh pening-pening kepala nak raya kat mana. Sana sini pun keluarga jugak.
Tahun lepas raya macam tak raya je sebab tengah belajar. Cuti pun 4 hari jek. Orang tengah best beraya aku tengah buat assignment, orang tengah best berjalan, aku dah ada dalam kelas. Hampeh! So tahun ni bolehlah beraya dan bercuti sepuas hati. Pregnancy pun dah 4 bulan masa tuh, tak le risau sangat nak bergerak bebas.
Gaji bulan ni 16hb, masak laaaaaa nak nunggu gaji bulan 11. Kenalah belanja ikut otak bukan ikut nafsu. Kena ketepikan siap2 duit ke akaun yang susah nak keluarkan. Kang sedap2 berbelanja, tergelincir bajet bulanan.
Petang ni plan nak masak gulai ikan belimbing buluh dan daging goreng. Yum yum..
No comments:
Post a Comment