Aku bukan graduate IT. Tapi aku yang kena buat kerja IT nan satu nih. Aku kan menurut perintah, maka redhalah...Semalam balik lewat, mujur sempat memasak. Aku berbuka dengan pajeri terung, ikan pekasam goreng, sambal belacan, singgang daging hari sebelum tu, petola rebus dan ulam. Punyala banyak menunya. Kuih plak rengas frozen tuh la.
Jerebu kat Putrajaya ni amatlah teruk. memang kerkabus jer nampak. Mata, tekak memang sakit la dibuatnya. Aku plak bawak kereta tak pasang aircond. Padan muka aku! nak pasang aircond aku masih rasa sejuk, sebab aircond kat ofis tu Ya Rabbi... sejuk yang amat. Aku rasa aku ni dok kat Malaysia, masuk jer ofis terus rasa dok kat Antartika.
Esok dah Jumaat, hepi aku sebab nak balik Klang jumpa anak. Rindunya la ngan mulut murai sorang tu. Sure banyak benda nak report macam bibik tak bagi naik basikal, susu dia Dina amik, kereta dia rosak, papa (pakcik dia) tak bagi tengok bot, nak makan roti canai...*kalau aku senaraikan semua tak cukup la 1 entry*
Perbualan malam tadi
ibu : abang buat apa?
arief : abang aik bacikal
ibu : nenek mana?
arief : pegi ulut (padahal nenek dia ada kat sebelah)
ibu : abang dah makan?
arief : elom, abang makan cokolat nenek tak bagi, abang minum silap nenek tak bagi
ibu : *gelak jek
arief : apa tawa! ibu nih!
ibu : *speechless
ibu : esok hari jumaat ibu balik ya, abang tunggu ibu ya
arief : ali maat ibu alik petajaya
ibu : ha'ah
arief : baby ali maat alik petajaya ibu
ibu : ya, baby balik juga
arief : abang nak cayang baby, nak jaga aik bacikal boleh tak?
ibu : nanti baby jatuh la naik basikal
arief : abang jaga laaaaa
ibu : ye lah
arief : okey beleshh (beres) babai ibu (nenek amik gagang)
lepas cakap ngan mak, aku pun tido. Abang call pun aku tak sedar. Teruk betul la.
No comments:
Post a Comment