Wednesday, October 18, 2006

My Belated Birthday

Aku dah pun berumur 29 tahun sabtu lepas 14 Oktober 2006. Alhamdulillah Allah beri lagi aku peluang bernafas di buminya ini. Takde sambutan pun. Cuma berbuka puasa dengan segala tok nenek makanan yang famili aku beli. Sebiji kek resepi rahsia jugak eheheh. Puas aku makan 2 hari. Sambutan la jugak tu kan.
Birthday aku tahun ni amatlah bermakna untuk aku sambut sebab ni laaaa tahun terakhir umur 20an, thn depan dah 30 dah! Aduhhhh tetiba terasa tua.
Untuk emak aku belikan sepasang sandal hush puppies. Nak belikan barang kemas dah tak valid dah ekekekeke. Buleh la dia pakai untuk beraya. Memang dah jadi kelaziman aku tiap tahun beri hadiah untuk emak masa birthday aku. Takde dia, takde la aku kat dunia ni kan.
Tahun lepas abang bagi aku jam tangan. Tahun ni dia bagi aku cash money sebab dah run out of idea nak bagi aku apa. Aiman tak kisaaahhhhhh.... dalam kepala aku ni memacam dah aku bayangkan nak beli apa. Yang pasti sesuatu yang boleh aku simpan buat kenangan. Ermmmm rantai tangan?
Oh ya... selamat ulangtahun ke-empat blog aku jugak. Bulan lepas sebenarnya. Actually aku dah start tulis blog ni thn 2001 lagik, kat tripod masa tuh. Tukar ke blogspot thn 2002. sampai bila aku nak menulis? sampai aku rasa puas.
Raya...Raya...Raya..
InsyaAllah, aku akan balik ke Kuantan Sabtu ni. Sejak kahwin memang aku beraya di rumah abang. Raya ketiga dan sampai aku habis cuti baru la di Klang. Pada aku yang penting berapa lama masa untuk aku habiskan dengan famili, bukan raya ke berapa. Kebiasaan di sebelah aku memang meriah raya ketiga dan seterusnya. Raya pertama dan kedua tuh lebih pada lepak satu keluarga je. Sebelah abang plak raya ketiga tuh dah macam tak raya dah ehehehe..
Raya Haji memang aku yang volunteer nak raya kat kampung abang sebab kat kampung aku takde sambutan langsung. Cuma sembahyang raya jek.
Persiapan raya tahun ni lebih la sikit berbanding tahun lepas. Ye laaaa.. tahun lepas kan aku beraya sebagai student. Mana la ada preparation sangat kan. Perut aku pun masih tak nampak, boleh la aku melaram ngan baju kurung. Kebaya dah invalid dah eheheh.
Bonus memang dah masuk, tapi tu laaaa cuma cukup2 untuk perbelanjaan raya jer. Tapi aku bersyukur jugak la kan. Bila kewangan terhad, kita pun takkan membazir betul tak? Untuk anak je aku belanja lebih sebab banyak baju dia dah ketat, seluar dah tak muat. Aku pergi reject shop jer. Ibu low maintainance, anak kena low maintainance jugak laaaa.. pergi jugak kids department tapi banyak aku kurang berkenan la.
Bunga Api, mercun, meriam
Abang aku dah start pasang pelita malam Ahad lepas. Meriah je rasa. Adik aku sibuk melayan Arief main bunga api kat laman. Aku, hubby, abang, emak duduk kat pangkin tengok telatah derang. Tetiba je aku sebak, teringat arwah ayah. Kalau hujung-hujung Ramadhan camni, dialah yang paling sibuk pasang pelita, temankan anak main bunga api.
Aku masih ingat, ayah akan petik pelepah pisang buat penyucuk bunga api. Takut tangan anaknya ni terkena percikan api tu. Lepas habis satu, dicucuhnya lagi satu, sambil dia hisap rokok tak lepas pandangannya pada anak-anak.
Aku pun tak sedar bila air mata aku tumpah. memang sedih sangat. Ayah pergi 12 Syawal 5 tahun lepas. Tak sempat dia tengok cucu sulungnya..Alfatihah.

No comments: