Thursday, January 24, 2008

Sasaran Kerja Tahunan

Malam ni aku akan berkampung di Palace of Golden Horses untuk menimbang tara prestasi tahun lepas dan merencana kerja tahun ni.

Abang Long ngan kak ngah aku tinggalkan dengan neneknya. kali kedua tinggalkan kak ngah tuh. kali pertama masa dia 40 hari aku pergi kursus bagi tujuan kenaikan gred. Takper.. EBM aku lebih daripada cukup untuk kak ngah.

Lepas mahgrib esok aku drive balik kuantan plak. angkut sekali mak ngan adik aku. Minggu ni je la boleh balik Kuantan pun. Bulan 4 sok kalau nak balik baru boleh. Aku dihambat kesibukan kerja dan kenduri kawin sedara mara dekat yang bertimpa-timpa. Abang plak kena lapor diri untuk Le Tour De Langkawi 5hb 2 ni. Musnah angan angan aku nak bercuti-cuti Malaysia sempena cuti raya cina ni. tak perla dah kerja dia kan. Makanya aku akan melongok tengok ESPN la tengok perati kalau2 ada muka abang terselit masa lintas langsung LTdL. Biasanya muka dia jer la muahahaha

Minguu depan merupakan minggu last aku menanggung kerja pegawai yang pergi berkursus 6 bulan tu. Alhamdulillah... kurang la sikit level sibuk dan stress aku. Boleh la rilek sket dan beri perhatian pada perjalanan kerja unit aku plak. Elaun tanggung kerja blum dapat pun. Elaun memangku pun blum dapat lagi walaupun surat pemberitahuan dah keluar bulan lepas. Takper.. aku tunggu areas la ehehehehe... rezeki anak2 di awal tahun.

Apa lagik ek.... ahaaaaa kak ngah dah merangkak 2 3 tapak. Milestone yang terkini la disamping mulut yang tak reti diam. Abang long macam biasa maintain emsem, tengah gila basikal ngan CD interaktif yang aku dapat kat opis. Kemaruk nak sekolah tapi aku tak layan.

Isnin depan aku akan ke Putrajaya untuk MAPPA 2008. harap la ada berita gembira untuk kami penjawat awam ni. Khamisnya plak ada taklimat sehari suntuk di Shah Alam. Jadi kengkawan jangan la pelikkalau nampak blog aku ni bermusim entrynya huhuhu

Friday, January 11, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini, 11 Januari 2008. Aku kat dalam dewan untuk morning prayer jabatan bila aku terperasan yang hari ni, 7 tahun yang lepas, aku kehilangan ayahanda buat selama-lamanya. Ayah sakit lama sebab gout. Setahun jugakla dia tak boleh berjalan, cuma mengesot jer sebab sendi dia banyak yang bengkak dah.

Aku ingat, pukul 2.00 petang tujuh tahun lepas, ayah pergi hospital sebab dada kiri dia sakit. ayah sempat pesan kat aku, "Lin, jaga adik elok2, ayah nak pergi dah ni". Ye la... ayah nak pergi hospital kan.. aku iyakan je pesanan dia. Man tau itu pesanan terakhir ayah pada aku yang aku pegang sampai sekarang. Ayah meninggal dunia dipangkuan emak, jam 1.50 pagi di hospital. Aku dapat call jam 2 pagi, masa tu aku ngan adik bongsu aku je kat rumah. Aku dah agak dan aku dah bersedia sebenarnya melepaskan ayah. Biarlah dia pergi daripada menanggung sakit. Kami adik-beradik redha.

Tapi kalau aku ditanya apa yang aku tak boleh lupa pada hari tu, aku tak akan jawab camne penerimaan aku sebagai anak yang kehilangan ayah. Yang masih terlekat kemas dalam fikiran aku sampai sekarang ialah lepas aku letak gagang telefon jam 2.00 pagi tu. Aku pandang adik bongsu aku yang tidur lena, aku sedih sebab aku tak tau camne nak bagitau dia yang ayah dah takde. Masa tu umur dia 8 tahun. Aku tak tau camne nak bagitau adik aku yang masa tu belajar kat UITM.

Aku telefon adik aku kat UITM, aku lagi sebak bila adik aku jawab telefon dan terus cakap "ayah dah takde kan kak lin?" aku cuma boleh cakap "takpe, ayah dah tak sakit lagi dik, kita redha je ya"

Aku telefon pakcik aku minta hantar kami adik beradik ke rumah nenek, sebab arwah ayah minta dikebumikan di sana. Lepas tu aku kejutkan adik aku, aku cuba susun perkataan, susun ayat nak bagitau dia..kesian adik aku tu.. terpinga2 bila dikejutkan pepagi buta. Aku cuma mampu cakap "bangun Noni, kita nak pergi rumah Wan, ayah dah balik hospital, dia ada kat rumah Wan" Dia cuma angguk dan pakcik aku amik aku dan kami jemput adik aku di UITM.

Kat dalam kereta, Noni tanya aku kenapa ayah balik cepat sangat sebab dia tau ayah sakit. Aku takde jawapan. Sungguh. Air mata aku cuma mengalir dan mengalir makin laju bila Noni cakap "Noni dah takde ayah ye kak lin, Ayah Noni dah meninggal kan" Aku peluk dia erat2. Aku cuma boleh cakap " ayah takde tapi kak lin ada"

Sampai rumah Wan, aku cari emak. Dia duduk tak jauh dari jenazah ayah, tak setitik pun air mata dia tumpah. Emak cuma cakap "duduk dekat ngan ayah tu, bacakan apa yang patut buat bekalan dia". Itu la yang aku buat pun sampai jenazah ayah diuruskan.

Saat terakhir aku berpeluang menatap wajah ayah selepas dikapan, Ya Allah... tenangnya wajah dia, saat aku cium dahinya buat kali terakhir... Ya Allah.. sejuknya dahinya. Aku tatap wajah ayah puas-puas, terimbau2 kenangan aku dengan ayah. Aku bisikkan "Ayah ampunkan salah silap Lin, halalkan makan minum Lin selama ni, doa Lin akan iringi ayah sepanjang masa, InsyaAllah"

Ya Allah... masa aku taip entry ni, aku rasa betapa aku rindukan dia. Tapi aku tau emak pasti akan lebih rindukan ayah.... I just cant continue.....

Al-Fatihah kepada Allahyarham Bahasan bin Yahaya (23/6/1948 - 11/1/2001)

Monday, January 07, 2008

Kena tinggal lagi

Angah.. the weeknd wife
Orang tanya aku, apa rasa tinggal berjauhan dengan suami. Aku jawab lebih kurang jer macam masa tinggal dengan suami sebab masa tinggal sekali aku selalu ditinggalkan (berapa banyak tinggal daaaaa). Tahun ni masuk tahun ke empat aku jauh ngan abang. Ntah la... dah jadi biasa dan aku tak rasa sangat la sedih ke apa... aku redha demi kelangsungan hidup kami sekeluarga.
Well... aku selalu kena tinggal sebab abang sibuk jadi komisar (pengadil) untuk kejohanan lumba basikal seluruh Malaysia dan kengkadang luar negara jugak. Ok aku bagi contoh tahun ni ya..
- Bulan 12 lepas - Jelajah Terengganu (1 minggu)
- Minggu ni - Jelajah Malaysia (1 minggu)
- Bulan 2 - Le Tour De Langkawi (2 minggu)
- Bulan 4 - SUKMA Terengganu (2 minggu)
Itu yang baru dapat la. Bulan 6 sampai 12 tahun ni pun akan ada la 4 - 5 kejohanan. sebab tu aku kata aku boleh adapt dengan agak mudah la part2 berjauhan ni. Cuma ye la time anak sakit ke, ada urusan yang memerlukan dia ke, memang la susah sikit. Time aku rasa down dan perlukan sokongan emosi seorang suami memang la rasa teruk sangat. But we managed somehow.
Aku selalu ingatkan kengkawan yang tinggal sebumbung ngan suami ni supaya bersyukur. Walaupun kengkadang (selalu sebenarnya) suami masing2 balik lewat at least setiap hari depan mata kan. Tak payah la komplen sangat. Just cherish that little time you have with your husband. Make it a quality time between both of you.
Cerita hujung minggu
Hari Khamis abang sampai dari Kuantan. Baru habis Jelajah Terengganu. macam biasa aku dapat la t-shirt sehelai. Hari Sabtu petang hantar abang pi Hotel Concorde Shah Alam lapor diri untuk Jelajah Malaysia 2008 yang sepatutnya aku pun join huhuhuhu. Memang best sebab jumpa balik kengkawan lama yang aktif dalam penganjuran kejohanan. Well.... aku kira moka lama la sebab aku dah join Jelajah Malaysia ni sejak tahun 2000 lagik.
Ramai muka baru. Yang confuse tengok aku pun ramai. Ye la kan.. apa la mak budak ni bawak anak 2 orang datang nyebuk ekekekeke..lepas check in dan jumpa member2 dan borak2 dan makan2. Its time to head home. Aku, abang long ngan si kecik balik la rumah sebab abang dah ada meeting officials.
Arief punya la excited dapat jumpa ngan uncle2 basikal dia. Nampak gambar Anuar Manan, terus jerit.. "Eiiii.. uncle nua la ibu...mana uncle aida ngan uncle nae ngan uncle awi"(uncle2 tu semua bebudak team Le Tua). Anak dara aku muka confuse jek. Kadang2 nangis sebab rimas ramai dok kelek dia.
Aku akan join the race 2 hari terakhir jer. Saja nyebuk kan.. tapi kalau aku ada mesti akan ada kerja la.. saja tolong2 member dan lepas gian anjur event.

Wednesday, January 02, 2008

Tahun Baru

Alhamdulillah.. umur aku dipanjangkan untuk meneruskan perjuangan hidup dalam tahun 2008 ni. Lama jugak aku tak update blog kan. Semuanya rutin seharian. Takde yang best untuk aku coretkan selain hari ni angah buat apa, kerja angah hari ni camne, anak angah dah pandai buat apa...



Nak cerita pasal azam tahun baru. Nak kuruskan badan ahahahaha..memang badan macam dipam2 lepas bersalin hari tuh. Walaupun masih belum period aku makan pil norriday. mana la tau kan dalam pada tak period tu terlekat plak.. huhuhuhu tak sanggup laaaa. Masalahnya berat aku makin naik... mendadak plak tuh. Jadi aku ambil keputusan untuk stop makan dan nak try IUD plak. Tapi kena tunggu period dulu la.



Tapi kalau nak diikutkan sejarah azam mengazam nih, aku jarang set azam tahun baru sebab aku jenis yang hidup day by day. Just live and face any obstacles when they come knocking. Adala azam yang besar2 macam tahun 2006 arituh aku nak pregnant. Alhamdulillah tercapai.



Tahun ni azam terbesar aku ialah menyelesaikan semua hutang kecik2 dengan pengeuaran duit KWSP aku sebab aku dah confirm masuk skim pencen. Lebihan daripada tu nanti aku nak masukkan dalam Tabung Haji dan tambah pelaburan dalam ASB. Aku nak jugak buat sikit pelaburan dalam perniagaan. Makan gaji jek mana boleh kaya ehehehe.. yang pertama2 harusla bayar zakat.



Alhamdulillah, pemangkuan aku dalam jawatan sekatang ni pun dah diperakukan. Rezeki anak untuk tahun baru ni sebab dapat elaun memangku. Bulan ni jugak bulan terakhir aku menanggung kerja sorang pegawai lain. So bulan depan boleh la aku merangka kerja unit aku plak untuk tahun ni. SKT tu dah ada cuma nak buat sikit rombakan dan perubahan untuk kelancaran kerja.



Anak-anak aku alhamdulillah sihat. Abang long tahun ni 4 tahun. Aku memang tak sabar la nak menunggu tarikh 29 Februari 2008. Pertama kali nak menyambut birthday dia. Sibuk nak pegi sekolah. Tapi aku ingat dia 5 tahun boleh la. Kang terbosan plak. Area aku tu mana ada playschool semua ni.



Adneen baru baik demam sebab tumbuh gigi 3 & 4. So dengan 4 batang gigi dia sekarang ni, aku dah mula bagi bite size food kat dia. Buah dan biskut la biasanya. Menyusu masih macam biasa la. Dia pun dah mula mengatur rangkak (ada ke word camni?) selangkah dua pastu jatuh balik. Berat dia naik 200g jek masa aku gi check minggu lepas. So sekarang berat dia 8.4kg jek. Perfectly normal untuk exclusively breastfed babies.



Ramai tanya aku camne aku maintain milk supply. Aku cuma pastikan aku minum banyak plain water, air soya dan pastikan aku pam susu mengikut jadual. Sekarang ni aku pam 3 kali kat ofis. Pukul 9.00 pagi, 12.30 tengahari, 4.00 petang. Dapat la dalam 16 - 20oz. dan aku jugak minum Milkmaid Tea, minuman herba untuk merangsang produktiviti susu. Tak dinafikan kengkadang pun kurang susu aku terutamanya bila aku rasa stress, tension dan penat. Hormon main peranan jugak kan. Itu je la yang aku buat.



Selamat tahun baru kengkawan semua. Semoga tahun baru ni menjanjikan kita kebahagiaan rumah tangga, kesihatan yang lebih baik dan semua azam akan tercapai hendaknya. Tahun ni jugak dah 6 tahun aku memblog ni. Lama jugak kan...