Friday, February 19, 2010

MAIN BOWLING

Hari tu ofis aku ada anjurkan tournament bowling antara kaki tangan. Aku hadir tapi tak main. Kang dapat gelaran ratu longkang plak haha..

Yang menariknya sebab ada 2 lanes untuk kanak2. 1 game RM2. Habis dalam RM30 gak la melayan anak2 main. Macam2 gaya balingan. Arief dapat la strike beberapa kali. Adneen siap nak pegi kat pin tu jatuhkan sendiri.

Yang penting anak2 hepi kan..

Menyeringai anak dara aku ni. Mungkin boleh ganti Shalin Zulkifli satu hari nanti hehe..

Wednesday, February 17, 2010

HARI TANPA PLASTIK

Minggu lepas balik Klang sempena cuti Tahun Baru Cina. Alhamdulillah jalan tak jem pun. Aku kan menongkah arus. Anak-anak la yang paling seronok jumpa nenek. Aku sampai rumah emak dalam pukul 2 pagi. Dah bertolak dari Kuantan pun pukul 10.

Sabtu tu aku ngan abang pergi pekan Kapar cari barang dapur. Diapers Adneen pun dah habis. Masa beratur nak bayar, cashier tu bagitau yang Sabtu ialah hari tanpa plastik di Selangor. Pelanggan diberi pilihan untuk bawa barang tanpa plastik atau bawa sendiri plastik atau shopping bag. Kalau nak juga plastik kena bayar 20sen untuk 1 plastik. Duit 20sen tu akan dimasukkan dalam tabung CSR. Aku memilih untuk bawak je barangan aku beli dan masukkan dalam bonet kereta.

Aku sangat menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik ni. Hijaukan bumi temanya kan. Lagi bagus kalau kita boleh bawak bekas lutsinar sendiri masa beli barang basah dan sebagainya. Masa nak beli nasi bungkus pun boleh bawa bekas sendiri kan. Ikut la yang mana senang kan. Janji boleh mengurangkan penggunaan plastik yang diketahui bawa kesan buruk pada alam.

Memang nampak kecil sangat tapi kalau 1 negeri dah start buat besar impaknya tu. Satu negeri ada berapa pasaraya kan. Kalau 1 negara buat? Usaha yang nampak remeh tapi sangat membantu mengurangkan pencemaran.

Towkay kilang plastik mungkin rugi tapi BUMI lagi penting la towkay...

Friday, February 12, 2010

DUE DATE

Due date given is 10 October 2010. Only today that i realized that its a nice number.

10.10.10

and if I were to deliver this baby in Selangor it would be even nicer number

101010-10-****

nice.


Happy Chinese New Year to my Chinese friends and happy long weekend to the rest.

Thursday, February 11, 2010

BAGI KAT AKU!

Aku sangat sedih baca berita pembuangan bayi beberapa hari ni. Memang tak boleh dipanggil manusia mereka yang buat perkara tu. Yang aku pasti bayi2 ni biasanya anak dari hubungan luar nikah. Dah la satu dosa, buang pulak tu lagi, tambah lagi dosa. Ya Allah.. apa nak jadi la.. binatang pun tahu sayang anak.

Orang yang dah kawin bertahun-tahun punya la usaha nak dapatkan anak. Sanggup berhabis duit berubat sana sini sebab nak zuriat sendiri. Yang berzina ni (aku tak sebut terlanjur sebab memang sama2 nak, sama2 melanjur) bila dah benih yang disemai tu hidup dalam rahim, dibuang pulak bila lahir.

Apalah salah bayi tu, dia tak minta pun dilahirkan ke dunia. Walaupun tarafnya anak luar nikah, apa salahnya kalau dipelihara darah daging sendiri tu. Dah salah kena insaf dan bertaubat la.

Kalau tak nak bela sekalipun, apa salahnya carikan keluarga angkat masa baby dalam kandungan lagi. Apa salahnya bagi pada pasangan yang memang nakkan zuriat. Aku yang entah sapa2 ni pun boleh menitis airmata tengok gambar baby dihurung semut dalam paper tadi.

Kalau tak nak sangat baby tu.. BAGI KAT AKU! Walaupun aku ada anak sendiri, aku rela bagi perlindungan pada baby2 camtu. Kalau aku tak boleh bela pun, ramai lagi kawan2 aku, badan2 kebajikan yang aku boleh hubungi.

Tapi INGAT! jangan nak mengaku mak bapak pada baby lepas dia besar dan berjaya kalau cuma nak menumpang senang dia.

Kalau aku dapat tau la siapa manusia macam setan yang buat benda camni memang aku lempang! jangan bagi alasan terlanjur la.. memasing dah besar panjang, dah ada akal, dah tau halal haram, dah tau akibat perbuatan. Cuma masing2 tutup mata tutup hati kan.. aku rasa ramai pun akan cakap 'tak sangka lekat'

Ntah la... ada je pihak yang akan disalahkan bila jadi benda2 camni. Pada aku yang salah ialah pelaku. Setinggi mana pun pelajaran kalau rohaninya kosong, ini la yang akan terus berlaku.

Ya Allah...

Wednesday, February 10, 2010

BERSARA

Bahawasanya dengan ini diumumkan persaraan angah dalam aktiviti pembasikalan secara aktif sehingga diberitahu kelak. Namun demikian, kayuh geli2 keliling kawasan rumah tetap diteruskan.

LAWATAN KERJA

Banyak sungguh lawatan kerja kat opis baru ni. Pahang pulak negeri besar kan. Nak sampai kat satu2 tapak pun berjam-jam.

Minggu depan ada lawatan tapak di Kuala Tahan. Perjalanan menaiki pacuan 4 roda lalu jalan balak dan bermalam di sana. Perjalanan balik naik bot pulak. Boss offer pergi dengan dia. Ikut hati memang nak sangat aku pergi. Tapi memikirkan keadaan aku yang camni dan sejarah kandungan yang lepas. Baik la aku duduk kat opis dan hadiri meeting je. Lawatan kerja/tapak yang dekat2 kat Pekan ke, Maran ke, Rompin ke, yang tak melibatkan kenderaan dan perjalanan ekstrim ni aku boleh la pegi.


SUSAHKAN YANG SENANG

Baca sinar harian tadi. Aku setuju dengan artikel pasal kita ni, yang suka sangat susahkan urusan yang sebenarnya sangat la senang. Contoh mudah yang dibagi, dia tanya sampai opis pukul berapa tapi jawapan yang diterima ialah malam sebelum tu tidur lewat sebab tengok bola jadi pagi ni bangun lewat, jalan pulak jem dsb.. jawapan sepatutnya ialah saya sampai pukul 8.30 pagi.

Aku rasa aku pun kengkadang camtu jugak la. Kena ubah ni untuk tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.


IKAN PEKASAM

Aku beli ikan pekasam yang salut beras tu minggu lepas. Member poskan ke opis. Masalahnya sampai minggu ni masih kat opis lagi. Asyik la lupa nak bawak balik. Bila sampai rumah baru teringat. Eiiiii apsal la pelupa sangat ni. Hari ni kena bawak balik. Goreng dengan bawang dan cili api.. sedapppp.

Nak singgah pasar malam beli tau fu fa. Lepas makan nasi ngan ikan pekasam, makan tau fu fa plak.. indahnya dunia hahaha

Tuesday, February 09, 2010

LOMPAT KELAS

Baca paper pasal cadangan kementerian untuk benarkan student darjah 1 lompat kelas ke darjah 3 di sekolah berprestasi tinggi (SBT). Untuk bebudak yang otaknya geliga. Kebanyakan budak darjah 1 sekarang ni dah lancar membaca mas aumur 5 tahun lagi. Anak aku pun dah lancar membaca. Sekarang ni tumpu pada maths ngan BI.

Aku sokong langkah ni untuk elak budak boring, dan kalau bebudak ni memang boleh catch up dengan study apa salahnya kan.

Cuma harapan aku pendekatan ni bukan saja akan dipraktikkan di SBT tapi juga di semua sekolah rendah lain. Ramai budak cerdik kat sekolah2 biasa jugak. Aku pun nak anak aku lompat kelas kalau dia berkemampuan kan.


CUTI

Minggu ni nak balik Klang. Sejak bawak anak2 balik Kuantan awal bulan 1 lepas, ni la kali pertama nak balik jumpa nenek. Cuti panjang ni seronok sikit kan. Bawak sekali adik aku yg sekolah kat Kuala Rompin. Jangan anak bujang aku taknak balik Kuantan lepas tu sudah la.

Friday, February 05, 2010

MAIN MAIN

Malam ni Jabatan aku anjurkan bowling. Aku pegi tengok je la bagi sokongan sebab bowling ni antara game yang aku tak berapa enjoy. Lagipun lama tak jejak kaki kat Kuantan Plaza tu. Abang pun kata ok so lepas maghrib ni pegi la kejap bawak anak2.

Esok cadangnya nak ke Sungai Lembing lagi, nak checkout homestay/chalet untuk MTB Challenge bulan depan. Duduk kat rumah pun bosan jugak kan. Sementara aku masih tak mabuk2 ni hehe

Sekarang ni aku enjoy main masak-masak. Tengok apa ada dalam fridge/kabinet dapur pastu aku try masak ikut resipi suka hati aku. Biasanya improvise resipi sedia ada la. Most of the time menjadi. Alhamdulillah. Anak2 aku pun enjoy makan. Aku pun happy.

Banyak cuba resepi Kak Pnut yang ringkas dan sedap dan berkhasiat. Sementelah barang senang dapat. Jangan tak tau, Giant tu seberang jalan rumah aku je.

Few days back aku bakar ayam, ada lebih so aku hiris nipis2, tambah mayo ngan thousand island pastu sumbat dalam roti pita. Licin.

Minggu ni nak try buat meatloaf plak. Sure takde leftover sbb boleh simpan dan perangat dalam microvave untuk sumbat dalam tortilla atau roti pita atau bun burger atau makan begitu saja.


BILA AMARAH MENGUASAI DIRI

Tentu ramai yang dah baca paper pasal seorang suami yang menetak kepala dan tangan isterinya dengan pisau pemotong daging sebab isterinya lambat balik. Isteri tu tengah pregnant 5 bulan. Kejadian plak disaksikan anak. Tak sempat isteri ni nak jelaskan sebab dia balik lambat terus kena tetak.Paper tadi cakap 3 jari dapat diselamatkan dan 1 jari terpaksa dibuang untuk keselamatan dia dan baby.

Tak lama dulu berita seorang isteri dijumpai mati dalam almari. Suspeknya si suami. Makwe suami tu pun kena tahan reman.

Mengucap panjang aku bila baca cerita-cerita begini. Bagaimana boleh sampai tahap camtu? Bukan ke isteri tu patut dilindungi? Kalau salah sekali pun takkan sampai begitu sekali tergamak buat pada ibu anak2 dia kan...

DONIA OH DONIA

Thursday, February 04, 2010

BAJU JUMAAT

Semalam Arief merengek nak baju jumaat. Aku pelik gak, apa bendanya baju jumaat tu. Rupanya nak pakai baju melayu pegi sekolah hari Jumaat. Aku tak bawak balik sini la plak semua baju melayu dia. So petang ni kena meround bandar la cari baju jumaat anak bujang aku ni. Masa2 camni ada ke jual baju melayu ye?

Terima kasih atas ucapan tahniah yang aku terima sepanjang hari semalam via blog, sms, facebook, email. Berita cepat tersebar kan. Ada juga yang tegur aku kenapa announce awal2 sangat, nampak riak la katanya.

Jawapan aku mudah. Ini blog aku, ini catatan kehidupan aku. Aku tak rasa pun aku buat announcement. Aku punyai sahabat yang sangat supportive, jadi apa salahnya kalau aku kongsi kebahagiaan ini dengan mereka. Bukannya aku blasting sms bagitau satu dunia, atau tulis status "aku mengandung 5 minggu" kat facebook. Lepas aku keguguran bulan 7 thn lepas, salah ke kalau aku rasa sangat gembira dengan kehamilan aku kali ni?

Apa-apa lah.. aku dah penat layan manusia camni. Manusia yang menyusahkan kepala hotak aku, yang memporak perandakan hidup aku. Aku anggap je la mereka ni seperti anjing yang menyalak bukit. Dah puas menyalak diam la mereka. Bukit tetap utuh camtu jugak.

Wednesday, February 03, 2010

REZEKI 2010

5 weeks and counting..

Alhamdulillah, Aku bersyukur atas kurniaan rezeki dari Mu ini Ya Allah.