Wednesday, February 10, 2010

BERSARA

Bahawasanya dengan ini diumumkan persaraan angah dalam aktiviti pembasikalan secara aktif sehingga diberitahu kelak. Namun demikian, kayuh geli2 keliling kawasan rumah tetap diteruskan.

LAWATAN KERJA

Banyak sungguh lawatan kerja kat opis baru ni. Pahang pulak negeri besar kan. Nak sampai kat satu2 tapak pun berjam-jam.

Minggu depan ada lawatan tapak di Kuala Tahan. Perjalanan menaiki pacuan 4 roda lalu jalan balak dan bermalam di sana. Perjalanan balik naik bot pulak. Boss offer pergi dengan dia. Ikut hati memang nak sangat aku pergi. Tapi memikirkan keadaan aku yang camni dan sejarah kandungan yang lepas. Baik la aku duduk kat opis dan hadiri meeting je. Lawatan kerja/tapak yang dekat2 kat Pekan ke, Maran ke, Rompin ke, yang tak melibatkan kenderaan dan perjalanan ekstrim ni aku boleh la pegi.


SUSAHKAN YANG SENANG

Baca sinar harian tadi. Aku setuju dengan artikel pasal kita ni, yang suka sangat susahkan urusan yang sebenarnya sangat la senang. Contoh mudah yang dibagi, dia tanya sampai opis pukul berapa tapi jawapan yang diterima ialah malam sebelum tu tidur lewat sebab tengok bola jadi pagi ni bangun lewat, jalan pulak jem dsb.. jawapan sepatutnya ialah saya sampai pukul 8.30 pagi.

Aku rasa aku pun kengkadang camtu jugak la. Kena ubah ni untuk tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.


IKAN PEKASAM

Aku beli ikan pekasam yang salut beras tu minggu lepas. Member poskan ke opis. Masalahnya sampai minggu ni masih kat opis lagi. Asyik la lupa nak bawak balik. Bila sampai rumah baru teringat. Eiiiii apsal la pelupa sangat ni. Hari ni kena bawak balik. Goreng dengan bawang dan cili api.. sedapppp.

Nak singgah pasar malam beli tau fu fa. Lepas makan nasi ngan ikan pekasam, makan tau fu fa plak.. indahnya dunia hahaha

6 comments:

Man CIOCC said...

Salam Angah,
Lama tak terjumpa. Ya, health kita yg paling penting. Itu No. 1, termasuk family.

Takpa, perjalan hidup masih jauh. Bila keadaan mengizinkan, kaki tetep akan berpusing. Ha ha!

Zana Jay. said...

masa mengandung memang kita boleh jadi pelupa...aku pernah dah sampai opis baru perasan tak pakai tudung...cuma ada serkup jek....hahaha...langsung terus malas masuk keje...Chuuuuti la...

Mak Su said...

salam singgah :)

saya ni tengah semangatkan diri sendiri untuk belajar buat ikan pekasam sendiri... tapi ntah bila ler, dok verangan jer

Angah said...

abg man
ye la lama betul. last jumpa masa PCM yg angah dtg ngan mak buyung aini tu. yee.. setahun je bersara pastu 3 tahun bleh rock n roll haha

Zana
hahahaha.. sampai tahap lupa pakai tudung tu dah kronik tu wehhh

Angah said...

Maksu
Angah pun tau makan je hahaha

bola2api said...

Apa pulak citer pekasam ni?hahaha

Makcik aku reti buat pekasam. Nanti aku tanyakan resepinya hehe..

Bila nk jumpa kau lagi eh? Rindu laa..