Wednesday, February 17, 2010

HARI TANPA PLASTIK

Minggu lepas balik Klang sempena cuti Tahun Baru Cina. Alhamdulillah jalan tak jem pun. Aku kan menongkah arus. Anak-anak la yang paling seronok jumpa nenek. Aku sampai rumah emak dalam pukul 2 pagi. Dah bertolak dari Kuantan pun pukul 10.

Sabtu tu aku ngan abang pergi pekan Kapar cari barang dapur. Diapers Adneen pun dah habis. Masa beratur nak bayar, cashier tu bagitau yang Sabtu ialah hari tanpa plastik di Selangor. Pelanggan diberi pilihan untuk bawa barang tanpa plastik atau bawa sendiri plastik atau shopping bag. Kalau nak juga plastik kena bayar 20sen untuk 1 plastik. Duit 20sen tu akan dimasukkan dalam tabung CSR. Aku memilih untuk bawak je barangan aku beli dan masukkan dalam bonet kereta.

Aku sangat menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik ni. Hijaukan bumi temanya kan. Lagi bagus kalau kita boleh bawak bekas lutsinar sendiri masa beli barang basah dan sebagainya. Masa nak beli nasi bungkus pun boleh bawa bekas sendiri kan. Ikut la yang mana senang kan. Janji boleh mengurangkan penggunaan plastik yang diketahui bawa kesan buruk pada alam.

Memang nampak kecil sangat tapi kalau 1 negeri dah start buat besar impaknya tu. Satu negeri ada berapa pasaraya kan. Kalau 1 negara buat? Usaha yang nampak remeh tapi sangat membantu mengurangkan pencemaran.

Towkay kilang plastik mungkin rugi tapi BUMI lagi penting la towkay...

6 comments:

SK Geting said...

sokong sangat2 kempen ni - kalau pasaraya boleh sediakan beg kertas lagi bagus - nasi lemak pun boleh dibungkus dengan daun pisang

Zana J. said...

aku pun sokong...beli nasi kat kantin bawak tupperware sendiri...

al-mankaraqi said...

kempen yg bagus..........saya sokong

oren said...

Ngah..

lagi satu, start la beli cloth diaper..tu pun nak hijaukan bumi gak..(disamping nak jimatkan belanja diapers..percayalah..)

mamalisa said...

Balik Klang tu singgah ler umah Mawar kat Shah Alam hehehe

kita balik pantai timur, awak balik pantai barat yer..syiok kan cuti-cuti!

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

Aslkm,5 tips percuma untuk hasilkan tajuk artikel blog anda dengan baik ? ~Sila klik sini http://tolongsenyap.blogspot.com ,ok bye